Saturday, December 31, 2011

The winx club

once upon  a time. i and my mom and dad go to the winx club. I see my ugly  family i was riding a motorcycle my ugly  family is laugh at me..i and mom and dad see the evil electric. I went there to fight the evil.  my mom and dad  do not allow me to go. I wanted to go but, my mum do not allow me to go. However, I quietly went out to fight the evil,. I have POWER.

 i have a power of a snake. i can sniff the power.                i ran and ran until i reached the winx club. i will be turned into a fairy winx club. everyone have a big wings. my blouse and skirts were torn because of  the evil electric. the winx gives me a new skirts and blouse. the end....


by nurin hannani


Friday, December 30, 2011

Selamat Tinggal 2011

Nurin,

Hari ini hari terakhir kerja dalam bulan disember dan tahun 2011. Minggu depan dah bulan baru.
Tahun ni  kita ada dua orang "ahli keluarga baru" Arora dan Prince.

Tak lama lagi cuti sekolah habis, mama harap awak dah gunakan sebaiknya cuti sekolah ni untuk berehat dan mulakan tahun 2012 dengan semangat yang berkobar-kobar. Owh ya, cuti sekolah ni awak cuma pergi kelas Art dengan satu kelas baking je. Lainnya awak main je dengan kakak-kakak sepupu awak.

Cuti sekolah ni Alhamdulilah, walaupun tak jauh kita berjalan, mama dan ayah dapat bawa awak, kak fathin, kak caca, kak ajah dgn abg aiman ke Genting. Kak Ajah, Kak Zati dengan abg aiman ke Holiday Villa Cherating, Kak fathin kak caca kak ajah Kakak dan Oji ke FRIM dan ICT Shah Alam (snow walk). Kak Umairah dan abg Hurairah ke Aquaria. Cukup lah tu  buat masa ni. Tahun depan diaorang datang lagi insyaallah. Boleh la kita berjalan lagi.

Walaupun awak dah turun kelas dari kelas Intelek ke kelas Dinamik, mama anggap itu sebagai satu cabaran untuk awak supaya awak lebih beringat di masa hadapan. Jangan asyik tengok atas je, sekali-sekala kenalah tengok ke bawah juga.

Tahun ni juga agak sibuk sebab mama pindah ke MIMA, ambil exam RFP, awak first time masuk sekolah, nak ambik awak hampir setiap hari dari sekolah agama.. Macam-macam jugalah.

Semoga tahun 2012 akan beri kita lebih keberkatan dan rahmat. Amin..


Oyin dan besar

Yang,

Kali ni mama nak cerita pasal pengalaman awak mula tidur sendiri.

Dah berapa kali awak minta mama belikan katil baru sebab awak nak mula tidur sendiri. Dah tak nak tidur dengan mama dan ayah lagi. Awak kan dah besar.. Lagipun, awak dan ada roomate, cik Kiah jadi takde lah takut tidur sorang-sorang..

So, hari isnin lepas (26 dec) kita bertiga pergilah ke kedai perabot nak cari katil baru untuk awak. Memang cantik dan berpatutan harganya, tapi sebab nak ajar awak bersabar dan fikir dulu, lepas tengok kat 2 kedai perabot, mama dengan ayah kata kita balik dan fikir dulu. Kalau memang rasa perlu, baru kita beli. Yang best sekali awak kata, "Mama, kita balik bincang dulu ke?". Macam budak besar la anak mama ni.

Balik rumah, bincang punya bincang, awak kata tak payah la beli katil baru sebab dah ada katil lama yang masih elok lagi kat rumah, beli katil baru nanti masa kita pindah rumah je (bila? entah la).

So, malam Isnin tu juga kita buat kerja-kerja mengemas bilik dan menyiapkan katil awak.

Hari ini dalam sejarah untuk awak, hari Isnin 26 Disember 2011 awak dah mula dengan rela hatinya tidur sendiri kat bilik awak.

Tapi masa ada roomate aje la. Kalau roomate tak ada, awak nak tidur ngan mama lagi.

Thursday, October 27, 2011

father seahorse is pregnant

one morning, a fish meets a seahorse. the seahorse is swimming around in an upright position. "hello, uncle seahorse says the fish."why is your belly so big? are  you pregnant?"

"I am carrying my babies in the pouch," says the seahorse. That's why it look's big "Actually, a mother seahorse puts her eggs in my pouch". Explains the seahorse. There are about 500 of them".


"How long do you carry them?" asks the fish. "For about two months," replies the seahorse.

Suddenly, the seahorse starts bending and straightening. "the babies are coming out now," he says.


The baby seahorses came out one at a time. They can swim well. "Babies, don't go too far," says the father seahorse.

Catching Up - Banyaknya Perkara yang berlaku di sekeliling kita

Yoyin,


Masa mama menulis ni awak dah tidur. Kesian awak, mama sibuk kebelakangan ni dan tak ada banyak masa untuk awak. Baru je mama habis exam, mama kena siapkan project paper untuk lulus RFP. Dalam masa yang sama, mama kena buat banyak preperation untuk Board Meeting kat ofis.

Rasa macam dah tak terkejar, tapi sebab dah tanggungjawab mama, mama kenalah buat.


Dua minggu lepas, awak demam teruk sampai empat hari tak pergi sekolah. Kesian mama tengok awak, suhu sampai cecah 40 darjah and kena masukkan ubat ikut punggung sampai 3 kali. Mama pun risaau sangat dengan demam awak. Alhamdulilah, akhirnya awak dah baik.

Last week, exam sekolah kebangsaan, oleh kerana awak baru baik demam, pergi exam pun nampak masih lemah lagi. Harap-harap awak dapat jawab dengan baik dan tak turun kelas. Mama tak harapkan sangat awak dapat nombor satu sebab kalau asyik nak dapat nombor satu mama takut awak asyik kerja belajar formal je dan tak enjoy kids life.Asalkan awak boleh catch-up apa yang cikgu ajar kat sekolah, dah cukup. banyak lagi pelajaran hidup yang perlu ada selain daripada belajar formal kat sekolah.

Last juga seminggu awak tak pergi sekolah agama sebab motor ayah rosak dan sebabkan tak ada kereta nak hantar awak.


Minggu ni pulak, satu minggu cuti sekolah kebangsaan. Sekolah agama pun jadi cuti jugalah.Tak banyak aktiviti yang awak buat sebab mama tak boleh nak cuti. banyak sangat kerja. Inipun mama bawa balik rumah buat. kalau tak, lagi berlambak kat ofis tu tak boleh nak disiapkan.

Yang paling best, sempena cuti depavali hari ni, mama bawa awak ke Zoo Negara. Saje je nak bagi aawak happy dan spent time dengan awak. Lagipun, ada pertandingan mewarna kat zoo negara hari ni.Walaupun tak menang, at least boleh bagi awak exposure. Oleh kerana kita semangat, awak dapat satu hadiah pertandingan menghias rambut. Mama buat simple-simple je tapi sebab tak ada orang lain yang masuk, awak la yang menang. hadiahnya -frame gambar.

hari ni juga, balik dari zoo negara kita pergi ambik cik zakiah, anak mbah nah adik mak mbah untuk tinggal dengan kita. Daripada dia bazirkan duit bayar sewa rumah, mama ajak dia tinggal dengan kita. Kalau kakak tak ada, at least ada orang lain blh tlg jaga awak kan?.

Ok lain kali cerita lagi ya.

bye...

Wednesday, September 14, 2011

RFP Capstone

Yang,

Setelah impian mama nak ambik master musnah buat masa ni, baru sekarang Mama ada semangat nak belajar balik. Buat permulaan ni mama nak habiskan dulu paper RFP mama. Tinggal 1 paper je lagi. Mama kena pegi kelas 6 hari, satu exam and ada satu project paper kena buat. Mama baru pegi dua hari kelas, ada lagi 4 hari kelas yang mama kena ikut.

Harap-harap mama akan lulus nanti. Walaupun tak practice, mama harap akan dapat bantu ramai orang dengan ilmu yang mama ada..

Luahan Hati Nurin Hannani

From : Oyin
To : Mama
Tarikh : 14 September 2011
Waktu : 2.15 petang

" Mama kakak x nk layan saya mama hari ini kakak bt saya sedih mama.mama kakak dh x syg saya dh mama.mama saya syg mama dan ayah saje kakak,ojie x syg saya."

Awak baru 7 tahun masa awak hantar sms ni pada mama mengadu pasal kakak. Mama harap awak dengan kakak boleh hidup aman damai. Jangan la gaduh-gaduh...

Saturday, September 10, 2011

Aidilfitri 2011

semoga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat Allah. Semoga kita akan berjumpa lagi dengan aidilfitri dan boleh bermarhaban lagi setiap tahun..

Puasa Tahun 2011

Nurin Hananni, tahun ni awak dah mula berpuasa. Agak-agak berapa hari agaknya awak puasa penuh tahun ni?. Kalau nak dibandingkan dengan tahun 2010 tahun ni memang better cuma mama expect tahun 2012 awak akan dapat puasa penuh.

tahun ni awak cuma puasa 4 hari je.. itupun dah penuh dengan drama dan sandiwara. Bila dah lepas waktu sekolah agama sementara nak tunggu waktu berbuka tu awak asyik menangis minta nak buka puasa je. Pujuk punya pujuk, alhamdulilah dapatlah 4 hari. hari-hari yang lain tu semuanya awak puasa setengah hari je. Tapi hampir setiap hari awak sahur.

Ada satu yang mama tak dapat lupa dan mama harap tak akan berlaku lagi. ada satu hari tu awak puasa tapi tanpa pengetahuan mama, kakak dan oji awak dah pegi minum air kat dalam peti sejuk. Mula-mula awak tak cerita kat mama tapi bila dah dekat nak buka tu, awak bagitau. Mama rasa sangat marah dan sedih. sampai hati awak tipu mama. Mama bukan tak bagi awak buka, tapi awak tak minta kebenaran dan tipu mama tu yang buatkan mama rasa sangat terkilan.

Lepas mama tahu apa yang awak buat, mama tak marah awak tapi mama lancarkan perang dingin dengan awak. Mama tak mandi dengan awak, tak cakap dengan awak, tak borak dengan awak, tak tengok tv. tak buat apa-apapun.

Akhirnya awak mengadu dengan ayah dan menangis.

mama memang rasa sangat terkilan masa tu. macam rasa betapa tak pandainya mama ajar awak. sampai hati awak tipu mama.

Inilah hasilnya. Mama harap ini tak akan berlaku lagi and semoga awak akan puasa penuh tahun hadapan dan seterusnya... amin.. 

My Last Will

Sayang,

Alhamdulilah, setelah sekian lama berhasrat buat wasiat, akhirnya pada 8 september lepas mama dah berjaya siapkan wasiat mama sebagaimana yang mama nak. Memang tak banyak yang mama dapat berikan pada awak tapi, yang sikit tu lah yang mama nak protect supaya kalau satu hari nanti mama pergi dulu, awak tak akan susah.

Semuanya mama dah siapkan untuk awak. Gunakanlah sebaik yang mungkin dan dengan berhemah.



Tuesday, August 2, 2011

Sa'diah Salihin

yang, kali ni mama nak cerita pasal kawan baik mama yang dah bertahun-tahun lost contact. Alhamdulilah, melalui facebook, mama berjaya jumpa dia semula. Kitaorang dah berkawan sejak mama Form one lagi. Tahun bila ya. Ha, tahun 1989. Bayangkan berapa lama dah mama kenal dia.

Kebetulan mama ada kursus kat JB 26 Julai lepas, dapatlah mama dengan auntie sa'di jumpa. Banyak yang dah berubah, tapi auntie sa'di masih cantik dan cute macam dulu-dulu juga.

Apa yang bestnya, walaupun dah lama tak jumpa kami masih mesra dan boleh cerita pasal apa je.

Salam Ramadhan

Nurin Hannani,

tahun ni, awak dah berumur tujuh tahun. Dalam diari awak dah banyak kali tulis yang awak tak sabar nak puasa. Sebab?  boleh balik kampung.

Semalam, awak berjaya puasa penuh sehari walaupun bila dah petang dalam pukul 7 awak dah menangis nak minta buka puasa. Pagi cuma sahur susu dengan roti sekeping. Mungkin sebab tu tak tahan agaknya. Hari ni pun tak pergi sekolah AGAma sebab keletihan.

Pagi tadi, mama terlajak tidur sampai tak bangun sahur. Bila dah tak bangun sahur, awak pun tak larat nak puasa. Hari ni tak puasa.

Selamat berpuasa sayang. semoga awak akan dapat latihan berpuasa sebaiknya dan jadi anak yang solehah. Amin...

Friday, July 22, 2011

Arrora binti Mohd Nazari

Yang, tadi balik sekolah agama sementara tunggu mama, awak jumpa seekor adik baru. Cantik.... sangat. Kesian dia sebab mata dengan hidung dia berair. Dari sekolah kita terus bawa dia jumpa doktor. Doktor kata dia kena infection dan tak boleh dekat dengan kucing lain. Mama rasa arrora cute sangat.

Arrora kena makan antibiotik 8 hari and ubat sapu mata 3-4 kali sehari. Makan pun kena paksa sebab dia masih nakkan mak dia. Manalah ada. Tadipun tak tau mama dia kat mana.


Doktor ajar mama untuk isikan air panas dalam botol, balut dengan tuala dan letakkan dalam sangkar supaya arrora sentiasa rasa hangat macam dalam pelukan mama dia.



Kalau arrora tak baik juga, dia boleh mati sebab dia kecik sangat dan tak tahan sakit lagi.

semoga arrora tahan sakit dan sihat semula. Bolehlah buat kawan Derek.

Thursday, July 21, 2011

Susulan kena cucuk semalam

Yang,

Hari ni awak mengadu tangan kiri awak yang kena cucuk semalam bengkak dan rasa sakit. Nasib baik bila mama dah balik kerja dah okay sikit. Kita tengok je esok macam mana ya. Harap-harap jadi lebih baik.
Hari ni mama agak tension dan penat sikit tapi malam tak boleh tidur pulak..


Wednesday, July 20, 2011

puteri cantik dan comel

pada suatu hari puteri di dalam istananya selepas itu dia keluar dari istana untuk mencari kucingnya yg hilang .
Nama kucing itu iyalah comel dia ada bulu yg lembut.Siapakah nama isteri itu?      :   arora                                                 terima kasih semua.   nurin hannani

Kelas Piano

Oyin,

Lepas belajar piano 6 bulan, awak bagitau mama yang awak nak berhenti belajar sebab awak rasa susah dan tak berapa minat. Mama dah siap belikan awak keyboard lagi. nasib baik pelaburan mama tak adalah besar sangat. Awak sempat pandai main lagu Mary had a little lamb je. Itupun merangkak-rangkak. Tapi tak apalah. Yang penting awak dapat peluang tu. Mama dulu langsung tak ada peluang.
 Mama masih simpan lagi buku-buku latihan awak.Kalau awak nak belajar nanti awak bagitau lah mama ya.

BCG dan yang sewaktu dengannya

Nurin Hannani,

Hari ni dalam pukul 1 lebih awak call mama kat office. Awak bagitahu yang awak kena cucuk. Awak kata awak menangis sebab sakit.Kawan-kawan awak, Aleya dengan Zahwina pun menangis juga.

 Semalam awak ada bagitahu mama yang awak tak nak pergi sekolah sebab takut kena cucuk. Nasib baik awak dah kena cucuk dan dapat terima kesakitan sementara tu dengan baik.

Another experience for you sayang!. Awak kata darjah empat nanti baru kena cucuk lagi.

Sunday, July 17, 2011

Mama @ New Office

Sayang, diam tak diam dah setengah tahun mama kat ofis baru. Walaupun banyak cabaran dan perkara yang mama kena buat, mama rasa mama dah buat keputusan yang tepat. Banyak perubahan positif yang mama buat yang mama tak dapat  buat kat ofis lama.

Rasanya pejam celik, habislah kontrak mama kat MIMA.


Walaupun banyak juga halangannya, semua tu kuatkan lagi semangat mama untuk buat yang lebih baik. Tambahan pulak mama ada orang kanan yang boleh diharap dan dipercayai.

Mama harap mama akan berjaya puaskan hati semua orang dikeliling mama dan yang paling penting, mama rasa gembira dengan life mama sekarang.

Happy Birthday sayang

Walaupun dah lambat, mama nak wish juga. Happy birthday. Tahun ni mama buat majlis sikit untuk sambut birthday awak memandangkan mak mbah dengan nyai ada kat KL.

Mama tak jemput ramai sangat, yang penting awak happy dah cukuplah.

Hadiahpun mama beli yang kecik je. Tapi tahun ni Mama bawa awak ke Langkawi dengan Mak Mbah and Nyai. Jalan-jalan bawa diaorang naik flight.

Harap-harap akan datang ada lagi rezeki kita nak bawa mak mbah jalan-jalan.

Wednesday, March 30, 2011

Kena Pukul mama

Isnin, 28 Mac 2011 mencatat satu sejarah buat Oyin sebab buat pertama kalinya dia kena pukul dengan mama. walaupun tak kuat tapi dah buat dia sangat terkejut.Ada ke patut tengah sibuk2 cari buku kat Popular Tesco Ampang dia boleh selak kain mama. Walaupun tak nampak apa2, tapi perbuatan macam tu tak boleh dibiarkan. Kena tau batas dia juga. Harap2 dia akan dapat pengajaran daripada peristiwa ni dan tak buat lagi lain kali.

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Buat pertama kalinya, pada 12 Mac 2011,Oyin dengan rela hati melepaskan mama dan ayah pergi berdua menonton HMM. Fuhh.., ajak banyak kali pun oyin tak mahu pergi sebab dia kata cerita HMM tak sesuai dengan dia. Memang betul pun. Cerita tu sebenarnya untuk yang berumur 13 tahun ke ats je. Memang Oyin buat keputusan yng tepat!.

Untuk kos sebanyak RM 8 juta filem ini memang hebat. Memanglah banyak kekurangannya kalau nak dibandingkan dengan LOTR ke, atau yang sewaktu dengannya. Itu kosnya jutaan dolar.
Tahniah diucapkan kepada KRU. Setakat hari ni dua filem diaorang dah berjaya membuatkan kitaorang ke panggung wayang menonton cerita melayu.


 Yang tak berapa bestnye adalah hero cakap melayu tak fasih. Nampak bezanya dengan orang melayu betul bercakap.

Anyway, keseluruhannya memang menarik dan seronok untuk ditonton.
Masa tengok cerita magika dia dah tengok trailer HMM ni. Itu yang sebabkan dia tak nak pergi dan itu juga yang sebabkan mama nak pergi tengok.

Thursday, March 10, 2011

Cari Rumah

Seda-sedar dah hampir 5 tahun duduk kat kuarters. So, rasanya dah sampai masanya kita bagi laluan pada orang lain pulak untukduduk sini. Tapi, sebelum pindah kenalah cari rumah yang sesuai untuk duduk. Buat masa ni cuma ada 2 pilihan,


Pertama - oyin tak tukar sekolah, so mestilah kena beli rumah area desa pandan. Target area - Apartment Baiduri betul-betul sebelah sk Desa Pandan.


Kedua - oyin tukar sekolah, I will only consider area setiawangsa. I just love the place. You just have to work hard to find the perfect house.

So mulai hari ni, kena start rajin study and surf internet untuk cari rumah.


Wednesday, March 9, 2011

Kelas Dancing Oyin

Last Sunday, mama berpeluang hantar oyin pegi show kat rawang. Walaupun dalam perjalanan banyak sungguh cubaan dengan kereta cikgu rosak, mama kena patah balik untuk ambik oyin dan kawan-kawan dia sebab semuanya naik kereta cikgu. Habis berhimpit-himpit dalam Myvi yang kecik tu. Nasib baik semuanya cilik-cilik belaka. Jadi muatlah semua orang walaupun agak sempit.

Apa yang nak mama katakan hari ni adalah perasaan bangga mama dengan pencapaian oyin. Mama tau oyin bukannya pandai sangat dance pun. Kalau dance selalunya kaku je. Tapi itu tak menjadi halangan sebab dia minat dan sanggup belajar.

Mama selalu pesan pada oyin yang cikgu akan selalu bawa oyin pegi show kalau oyin buktikan oyin boleh buat.

Masa latihan cikgu pun tak confident oyin blh dance keempat-empat lagu. Tapi, masa show oyin dan buktikan yang oyin boleh buat. Cuma kena rajin dan berusaha je.

Apa yang buat mama lebih bangga adalah dia langsung tak rasa gementar atau gabra. Macam tak ada stage fright la pulak. Wal hal dia kena perform depan lebih daripada 200 audience.

Itu yang mama rasa sangat bangga tu. Asalkan oyin gunakan bakat yang ada pada jalan yang betul, mama akan sentiasa sokong minat oyin.

Daa....

Friday, March 4, 2011

Hari ini

Another day at MIMA.Hari yang biasa-biasa je. Tak busy. Pagi buat interview dengan DG untuk post AFO. Candidates yang ada semuanya ladies. Harap2 akan ada yang boleh datang lapor diri dan buat kerja dengan baik secepat mungkin.

Tengah hari ambik yin sekolah. Pencapaian hari ni - audit report dah berjaya di sign, Budget 2012/13 berjaya disiapkan tinggal tunggu nak hantar je. Fuhh.. Ingatkan dah tak payah buat budget. Rupanya masih sangkut lagi dengan benda yang sama.

 PUkul 5 balik amik yin sekolah agama terus balik rumah and mandi. Malam ni oyin ada kelas dancing. Esok ada show kat rawang.

Result Periksa Oyin Yang Pertama @ SK Desa Pandan

Minggu 22 Februari periksa sekolah kebangsaan. Paper BM, BI, Math, Sains, PI, Arab.

Result BM - 98, BI - 96, Math - 94, Sains - blm dpt, PI - 100 (congrats yayang), Arab - belum dapat. Bila mama tengok soalan rasanya tak de lah susah sangat tapi masalah nyer oyin cuai. Kalau tak semua boleh dapat 100.


Tapi ini kan exam. Walau macam manapun I'm proud of you sayang. Well done and keep up your good work.


Thursday, March 3, 2011

Me @ MIMA

Diam tak diam, pejam celik rupanya dah dekat dua bulan kat MIMA. Penat nya rasa dan banyaknya kerja dibandingkan dengan kat KKR dulu. Tapi seronok sebab banyak benda baru yang aku dapat. Walaupun kadang-kadang rasa kerja yang dibuat tak berbaloi dengan gaji yang dapat, tapi pengalaman yang ada sangat berharga dan tak mungkin aku akan dapat di KKR.


Sekarang tengah siapkan bajet 2012-2013. Ingatkan dah boleh terlepas daripada buat semua ni bila tukar jabatan, rupanya belum lagi. Masih kena buat jugak.

Sampai sekarang pun aku masih tak dapat nak ambik cuti sebab banyak sangat komitmen kerja yang tak membolehkan bercuti.

Tapi tak apa, bak kata Neil semalam, dengan extra hard work, we can go extra miles. Dengan sedikit kerajinan, banyak yang berjaya kita dapat.

Oyin Hari Ini

Sebenarnya hari ni biasa je. Sampai pagi tadi oyin masih nak kena kejutkan, mandikan, gosokkan gigi, lapkan, pakaikan baju, stokin dan mama juga masih kemaskan buku sekolah dia hari-hari. Kalau harap dia kemas rasanya semua dia bawak g sekolah sampai rebeh bahu.
Pagi sekarang ni ayah hantar sebab boleh keluar lambat sikit. Kalau mama yang hantar kena keluar awal. Maksudnya kena bangun awal.


Kalau boleh hari-hari mama nak hantar oyin, tapi tak ada masa. Apa yang penting oyin tau yang mama sangat sayangkan dia dan sentiasa nak ada dekat dengan dia. Tapi kalau ada dekat, tak ada benda lain yang dia mintak selain nak berjalan dan nak beli-belah.

Mama sayang awak.

Hi Personally Speaking

Lamanya tak menulis. Bukan tak nak tulis tapi busy yang amat sangat. Kat ofis memang tak ada masa nak login, kat rumah pulak, kalau tak ada kerja yang urgent dok sibuk selesaikan kerja rumah oyin and ajar dia sampai dah tak terlarat nak login.

Lepas ni nak lebih rajin menulis. Banyak yang nak dijadikan liputan sejarah sama ada kat tempat kerja ataupun nurin punya alam persekolahan.




Sunday, January 30, 2011

goldilocks and the three bears

Once upon a time, there were 3 bears. And the3 bears love to eat porridge. One day, the 3 bears went for a walk. 'What's in here?', Goldilocks says. "This porridge is too hot", said Goldilocks.  "This porridge is too cold". " This porridge is just right". Yum, Yum!.

"This chair is too hard," said Goldilocks. "This chair is too soft." "This chair is just right". Ooops!.

"This bed is too hard," said Goldilocks. "This bed is too soft". "This bed is just right". Zzzzz.

"Who's been eating my porridge?" said Daddy bear. "Who's been eating my porridge?" said Mummy bear. "My porridge is all gone," said Baby bear.

"Who's been sitting in my chair?" said Daddy bear.  "Who's been sitting in my chair?. said Mummy bear. "My chair is broken," said Baby bear.


"Who's been sleeping in my bed?" said Daddy bear.  "Who's been sleeping in my bed?. said Mummy bear. "Who is sleeping in my bed," said Baby bear.
 
"Time to go!" said Goldilocks.
 
The end.

Oyin jatuh and MC

Minggu lepas, hari Selasa 18 Januari 2011,oleh kerana seronok sangat main, oyin lari laju-laju sampai jatuh. Bila dah jatuh,tentulah oyin nangis.

Hari Rabu, 19 Janauari 2011, OYin tak nak pergi sekolah sebab sakit kaki dan ngada-ngada sikit la. Oklah. Mama kata. Cuti satu hari. Nasib baik hari Khamis cuti umum.

Mama kena buat surat bagi pada teacher bagitau oyin tak datang sekolah sebab sakit kaki.

Ini kali pertama oyin jatuh dan tak datang sekolah.

The end. 

Tuesday, January 4, 2011

Hari Pertama @ SK Desa Pandan

3 Januari 2011, bermulalah era baru untuk Oyin. Oyin dah Standard ONE!!!. Yahooo..... Dah besar anak dara mama. Dah makin pandai dia.

Oyin bangun tidur dalam pukul 6.30 pagi. Mama and Ayah decide untuk hantar sendiri Oyin ke sekolah sebab tak nak Oyin bangun awal sangat. Kesian dia.. Bersiap dalam setengah jam, pukul 7.05 mula gerak.

Oyin antara orang yang pertama sampai kat kelas. Hebat!!. Satu permulaan yang sangat baik.

Mama ambik cuti untuk pantau pergerakan dan pastikan Oyin boleh sesuaikan diri kat sekolah nanti.

Lepas letak barang dalam kelas, ada perhimpunan pagi kat padang sekolah. Nasib baik tak panas, kalau tak sure mama dah komplen.

Lepas perhimpunan, pegi kelas semula, dah tak banyak benda yang mama boleh buat sebab Oyin dah boleh survive sendiri tanpa mama. Congrats sayang.

Mama balik dan pegi Ofis. Tak jadi nak cuti..

Orientasi Nurin @ SK Desa Pandan 29 Dis 2010

Perjalanan Nurin menjadi anak yang lebih pandai, bijak, cantik, berani dan berjiwa besar bermula dengan hari orientasi pada 29 Disember 2010.

Pagi-pagi lagi oyin dah semangat bangun dan mandi. Excited sangat dia. Mama dan ayah pun jadi seronok juga sampai ambik cuti lagi. Pukul 7.45 kami dah sampai di SK Desa Pandan. Lepas daftar, Oyin dimasukkan dalam kelas 1 Efektif. Tapi ini kelas sementara sebelum redeployment ke kelas lain sebab nak tengok budak2 yang dah mahir/pandai akan ditempatkan dalam kelas yang sama.

Sementara menunggu test/assessment untuk oyin and friends, parents kena dengar taklimat daripada PIBG, Guru Besar dan bayar yuran.

Alat-alat tulis - RM85
Yuran PIBG - RM50
Yuran Sekolah - RM110.

Assessment - Mula-mula BM, soalan agak mencabar juga (mama rasa) sebab soalan last tu ada gamabr ikan dan Oyin kena buat ayat daripada gambar tersebut.

Lepas break pukul 10, Math and agama.

Mama tau anak mama pandai dan boleh jawab semuanya asalkan Oyin tak careless.

Anyway, selamat menempuh alam persekolahan dan semoga cinta hati mama akan berjaya di dalam hidup dunia dan akhirat...