Sunday, June 20, 2010

2D1N Trip To Ipoh Perak

Semalam mama, oyin dan ayah pergi ke Teluk Intan. Actually nak pergi ke Dewan Serbaguna Taman Meru, Ipoh tapi sebab agak jauh and ayah tak nak drive pagi-pagi takut penat, kitaorang transit kat teluk intan rumah Pak Uda.

Dari rumah semalam pukul 6 petang. Lepas berhenti makan tak RnR Rawang, terus jalan tak berhenti sampai exit Bidor. Sampai kat Rumah Pak Uda dalam pukul 9 malam. Pak Uda pun tak balik dari surau lagi. Kali ni tak sesat sangat, cuma nak cari simpang masuk ke IPD Hilir Perak je terlupa simpang mana nak masuk.

Rupa-rupanya, lepas je Hospital Telik Intan, akan ada satu traffic light belok kanan yang menuju arah Kampung Gajah, ambik simpang tu. Lepas ni dah ingat jalan ke rumah Pak Uda.

Sampai kat rumah, sambil rehat-rehat ayah ajak pegi bandar T.Intan. Malas nak pegi, ending up Abg Faizal dengan Abg Ajib yang temankan Oyin dengan Ayah ke pekan. Yang istimewanya, Oyin belikan mama key chain tulis Nurin love Mama. TQ Sayang.

Sementara menunggu Oyin, Mak Uda tanya macam mana nak cari resepi kat internet. Lepas dah ajar tu, member dah berminat kat satu resepi puding caramel yang mudah nak dibuat. Ending up makcik buat kuih malam-malam buta tu!!. Fuhhh.. tak sangka sungguh, kat rumah punyalah pemalas nak masak, datang rumah orang siap boleh buat kuih lagi tu.. Hehehe..

Habis aktiviti malam.

Pagi, sarapan roti canai. Punyalah sedap roti canai tu, Oyin makan sekeping habis. Lain kali kalau nak makan roti canai kena pegi rumah pak uda..

Lepas makan, mandi, main basikal, main motor baru gerak ke Ipoh dalam pukul 11 pagi. Nak dijadikan cerita, tertinggal handphone pulak kat rumah pak uda, terpaksa patah balik. Nasib baik belum jauh sangat.  Dalam perjalanan ke Ipoh lalu jalan persekutuan yang menariknya ada sawah padi dan burung bangau putih yang sangat banyak. rasanya ada dalam 50 ekor atau lebih. Memang satu pengalaman baru utk oyin.

Memandangkan dah tau jalan, kitaorang takde lah makan langsat. Pukul 1 lebih kurang dah sampai kat wedding mawi and fiza. Makan, jumpa mawi and say bye bye sebab takut jalan jem. Almaklumlah esok start sekolah.

Berehat sebentar (lama jugak sebenarnya) kat hentian sebelah simpang pulai beli limau bali and jambu batu. Yang tak bestnya hentian sebelah ni tak ada sediakan surau untuk solat. Terpaksa berhenti lagi sekali kat Ulu Bernam solat.

Kebetulan kat Ulu Bernam ada agro bazaar. habis duit beli pah pizza, labu sayung, kuih, buah and sabun mandi.

Setelah penat melayan kerenah oyin yang tak sabar-sabar nak sampai rumah sebab nak pegi swimming, pukul 5.30 kitaorang pun sampai kat rumah..

Alhamdulilah.

Friday, June 18, 2010

APC 2009

Semalam, 17 Jun 2010 telah berlangsung majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009. Majlis ini adalah bagi meraikan pegawai dan kakitangan yang memberikan perkhidmatan cemerlang pada tahun 2009.

Saya nak ucapkan terima kasih terutamanya kepada SUB (PB) kerana telah mencalonkan nama saya sebagai salah seorang penerima. Terima kasih juga pada semua staf, ex-staf, bosses and ex-bosses (esp Mr Khoh and En Khairil Wari), kawan-kawan seperjuangan atas semua pertolongan, khidmat nasihat, tunjuk ajar, everything lah sehingga saya berjaya mendapat APC.

Terima kasih juga buat my beloved Nurin for your understanding and your love. Mama tak akan dapat capai semua ni kalau tak dapat semangat daripada awak.

Semoga anugerah ini akan jadi pemangkin untuk saya bekerja lebih rajin, amanah dan berdedikasi.

Hari Ini

Hari ni rasa sedih, rasa tak gembira, rasa tak ada semangat, rasa nak marah, rasa bengang, rasa diperguna, rasa tak berharga dan berbagai-bagai rasa lagi yang semuanya tak seronok nak ditulis. Habis tu, kenapa tulis?, kalau tak tulis nanti perasaan tu akan jadi semakin teruk dan hati akan jadi bertambah parah.

Jadi, kenapa ada semua perasaan yang tak best - tak best ni?.

Sebab, ada perasaan tak puas hati pada Husband.

If you read this, I just want to let you know that you hurt my feeling. Bukan senang nak dilupakan tapi kita tak akan buat macam dulu lagi. Kita akan bertahan untuk Yin.

Cubalah belajar faham perasaan orang juga. Jangan cuma pentingkan diri sendiri. Buangkanlah ego yang ada tu jauh-jauh. Jangan ingat diri tu sentiasa betul. Sedarlah diri sikit.


Thank you.

Sunday, June 13, 2010

Adikku Mahu Kahwin

Setelah beberapa tahun menyulam cinta dan bertunang, akhirnya masa yang ditunggu oleh pasangan ismail dan alin pun hampir tiba. Tinggal kira-kira sebulan je lagi sebelum 24 Julai depan. Seperti biasa, tiada manusia yang lebih sibuk bila bercakap tentang persiapan perkahwinan selain daripada ibu bakal pengantin.

Perkara yang sama pun terjadi pada emak. Nasib baik mak ada ramai anak yang boleh melayan kerenah dia nak berbelanja dan membuat persiapan. Mujur juga adik ada ramai kakak yang sudi nak mensponsor persiapan kahwin dia. Almaklumlah, ini kenduri kahwin yang terakhir dalam keluarga kami.

Bercakap pasal persiapan mak ni, biasalah kali terakhir kenduri kahwin kat kampung tu rasanya dah lebih daripada 4 tahun lepas. Banyak barang-barang yang kena dibeli semula. Ini termasuklah tilam yang aku beli masa tahun 2003 dulu.

Sebelum kami sampai kampung, kak ipah sekeluarga dah sampai terlebih dulu. Memandangkan tujuan balik ke kampung pun memang nak melayan mak berbelanja, kak ipah pun tanya mak sama ada mahu di beli atau tidak tilam yang baru?. Mak kata, tunggu dulu sebab masih ada banyak masa lagi.

Bila tiba aku pulak, mak tanya, Bila kita nak pegi beli tilam?.. Jadi, apa maksudnya kat sini?.

Tak lain dan tak bukan, mak suruh aka mintak aku sponsor tilam la ni. Bukannya tak nak sponsor, tapi mengenangkan CC baru habis bayar and tengah nak kumpul duit untuk bayar yuran master next month, rasa berat jugak permintaan mak ni.

Lepas difikir-fikirkan, pegi lah juga layan mak mencari, membeli dan membayar tilam baru sebab kalau mak tak harapkan pada aku dia nak harap pada siapa lagi. Habis rabak duitku RM750. BTW, mak sponsor RM250 je. Kalau beli tilam span, tak sedap pulak, pakai kejap je dah tak selesa nak tidur.

Aku sentiasa percaya, kalau kita mudahkan hidup orang tua kita, insyaallah Allah akan permudahkan hidup kita pulak. Amin.

Dik, ini kira hadiah kahwin la yer.. Hehehe..

Semoga, adik and alin akan hidup bahagia hingga keakhir hayat. Amin.

Saturday, June 12, 2010

Kala Matahari Terbenam

Kesukaan atau kegemaran saya melihat matahari terbenam bermula se waktu bekerja di Maybank. Kekerapan dan, akibat terlalu lama bertugas luar kawasan di Kota Kinabalu telah memperkenalkan saya kepada aktiviti melihat matahari terbenam di waktu petang. Teman menengok masa tu sambil makan pisang goreng panas yang dipotong nipis-nipis adalah nash, naaw, saiful dan neez. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi temankan saya masa tu.

Matahari terbenam atau sunset kat KK in particular kat depan anjung senja and promenade memang sangat cantik dan memukau pandangan. Sejak dari tu, saya memang selalu mencari-cari peluang untuk melihat  matahari terbenam. Walaupun cantik, tapi tak dapat tengok matahari tu terbenam sampai habis sbb ditutup gunung and pulau.

Pernah juga saya melihat matahari terbenam yang tak kurang cantiknya di guoman, port dickson. Walaupun tak secantik di KK, masih tetap berbaloi untuk ditunggu lebih-lebih lagi kalau dilakukan bersama-sama orang yang ada minat yang sama.

Apa yang sangat mengejutkan, walaupun sebelum ni kami pernah melihat matahari terbenam di pantai pontian, tak pernah saya lihat yang secantik itu. Macam kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tentulah lebih baik di negeri sendiri. Setiap kali bertugas di luar kawasan saya selalu berharap akan dapat melihat sunset yang memukau mata walaupun sebenarnya sunset yang SANGAT CANTIK itu ada di PONTIAN !!. Ruginya saya selama ni kerana tak sedar.

Disebabkan minat saya itu juga, nurin mula menunjukkan minat yang sama. Selepas ini, sudah tentu melihat sunset akan dimasukkan di dalam agenda tetap aktiviti balik kampung.

Bagaimana Saya Berusaha Menyelesaikan Masalah Cash Flow Bulanan

Saya nak berkongsi cara saya menyelesaikan masalah kewangan. Memang belum selesai sepenuhnya, tapi sudah bertambah baik. Satu masa dulu saya juga ada hutang CC yang banyak. Berbelas-belas ribu semuanya. Masalah saya bukan pendapatan yang tak cukup, tapi perbelanjaan yang tak berhemah dan tidak dirancang serta pelaburan yang tak mengikut langkah yang betul kerana asyik sangat nak melabur sampai perbelanjaan harian tak mencukupi dan bergantung pada CC.


Saya ada ASB loan RM50K dan RM30K dgn monthly installment RM382 dan RM228. Ada 2 biji rumah yang kedua-duanya saya sewakan walaupun tak dapat cover semua installment tapi masih ok (affordable). Ada kereta dan ada pekerjaan yang baik. Tapi, saya selalu rasa duit tak cukup kerana perlu membayar hutang CC yang banyak (sekurang-kurangnya RM400 sebulan).

Apa yang saya buat, saya senaraikan semua pendapatan bulanan saya kemudian saya senaraikan pulak perbelanjaan wajib bulanan yang tetap seperti kereta, loan ASB, bbsitter, bil-bil api air dan rumah. Lepas tu, saya tolakkan pendapatan dengan perbelanjaan tetap yang ada. Katakan pendapatan RM4,000. Perbelanjaan tetap RM2,500. Baki sebanyak RM1,500 tu saya bahagikan kepada 5 minggu (dlm sebulan ada lebih kurang 5 minggu) jadi kita dapat RM300 seminggu. RM300 tu kita masukkan dalam 5 sampul utk setiap minggu. Jadi, setiap minggu kita ada maksimum RM300 utk dibelanjakan. Tak kiralah untuk apa, makanan, tambang pengangkutan, berhibur, membeli belah dan sebagainya. Kalau ada extra saya akan simpan untuk minggu yang sama bulan hadapan atau simpan dalam emergency fund.

Friday, June 11, 2010

Dilema Ku

Susah sangat ke nak buat keputusan?. Apa masalah nya pulak sekarang ni Raha?. Hehehe.. saja je bertanya pada diri sendiri.

Kalau ikutkan perancangan asal masa mula-mula ambik RFP, aku kan habiskan semua paper by November punya exam. Jadi, setakat hari ni dah ambik 5 paper (4 dah pass, 1 tgh tunggu result), kalau ikutkan sitting August nanti ambil satu lagi paper (retirement planning) and November nanti ambil satu lagi paper (application of fin planning). Bolehlah habis by end of this year.

Tapi masalah problemnyer sekarang ni, since dah buat keputusan nak sambung buat master, kena suit kan juga masa exam RFP dengan exam Master first sem nanti. Bila tengok jadual, exam master dlm pertengahan bln November - Awal Disember. So, RFP paper November memang kena tolak ketepi. Kalau clash, satu apa pun tak dapat. Duit habis je yang dapat.

Bila semak jadual exam RFP, bulan August ni memang blh g exam tapi sekarang tengah simpan duit utk bayar yuran master la pulak.. Kalau dah bayar yuran RFP, melayang dah RM600. Rasanya tak perlu kelas lah. Cukup study sendiri je. Paper final nanti baru g kelas.

Inilah dilema yang aku hadapi sekarang ni. Nak ambil paper RFP august ni ke tidak. Kalau ambil and study, tinggal satu paper je next year, tapi kena spent duit utk bayar yuran. Kalau tak ambil, memang lambat lagilah nak dapat RFP certification.

Arghhhhh..... Kenapa kena buat keputusan ni????

New Born Baby Boys

Tahniah diucapkan pada Neil and Kim, Rini and Hubby yang baru dapat baby boys. May all of you become a good and loving parents.

Thursday, June 3, 2010

Sayang, Happy 6th Birthday

Buat Cinta Hatiku dan kesayangan ku, Nurin Hannani binti Mohd Nazari, Mama dan Ayah ucapkan selamat hari jadi yang ke-6 pada 4 Jun 2010. Macam baru je awak keluar dari perut mama. Tiba-tiba awak dah besar.

Mama masih ingat lagi, awak dah tak sabar-sabar nak keluar sebab walaupun baru 8 bulan dalam perut.

Semoga anak mama akan jadi anak yang solehah, rajin belajar, hormat mama, ayah, orang tua, teacher, cantik, bijak, berani dan tak melanggar perintah Allah.

Terima kasih sebab bagi keceriaan dalam hidup mama dan ayah dan menyatukan kami semula.

Selamat Hari Jadi Sayang...

Jerawat oh Jerawat 2

Masuk hari ni dah lebih kurang 1 bulan setengah dapatkan rawatan jerawat daripada dermatologist. Alhamdullilah, dah bertambah baik. Jerawat yang berdenyut-denyut dan besar dah tak tumbuh, jerawat yang ada dah semakin mengecut dan kulit mukapun dah tak kemerah-merahan lagi.

Sekarang ni adalah masa yang terbaik untuk teruskan rawatan. Macam kata doktor, paling cepatpun 8 minggu baru jerawat berhenti tumbuh. Kalau adapun biasalah, jerawat kecik2.

Sukanya rasa... Dulu bukan main susah nak hilangkan jerawat. Habis beratus-ratus ringgit buat treatment and beli produk. Rupanya ada kos yang lebih murah iaitu dengan jumpa pakar penyakit kulit.

Setiap hari masih lagi amalkan cuci muka 3x, sapu krim malam and makan antibiotik.

Next appointment 17 Julai ni. Harap-harap hormon kembali stabil supaya period blh kembali normal dan berjaya dalam usaha nak bagi oyin adik.

Wednesday, June 2, 2010

Nurin's Speech and Drama Class @ Pianoforte, Taman Midah

It's been almost a year since we enrolled nurin for a speech and drama classes. It all started when teacher Kamala (her class teacher at Qasrina) told us that nurin is a bit reserved, do not want to participate in class activities and needs a lot of encouragement to speak her mind.

Following her suggestion, we (actually it's me) started to look for a suitable class for her. After a few hours of searching on the net, i found this school that specialising in piano lesson. They do offer speech and drama class as well as teakwondo. Her first class was on 15 July 2009 with a fee of RM80 a month and one hour class a week.

The teacher, Miss Tan is very helpful and full of ideas on how to encourage nurin to speak/voice out her opinion/participate in class etc. BTW, this is a one to one class.

The first few weeks were tough and funny though. She would not allow me to leave her alone and she do not even wants to see her teacher's face because she is very shy. According to Miss Tan, she is the most passive/reserved student she ever had. She would even running around the class just to avoid facing the teacher.

I told Miss Tan that she likes stickers especially barbie/princesses stickers very much. It really works very well as she will be given stickers every time she complete the task given. The more stickers she get, the happier she is.

To reduce her dependancy on me, I would drop her in front of the class and the teacher would fetch her with promise that i will be outside her class whenever she needs me. Although she hesitate at first, after a few classes it works very well. So, I would usually drop her outside pianoforte and went off straight to TESCO EXTRA to do some shopping/pray/eat etc.

Her english is getting better and more importantly, she enjoys the class very much. That is the most important thing.

This is her teacher's first comment for period from 15 July to 21 October 2010 " Nurin is rather soft spoken but she is willing to learn and improve her understanding of the language".

This is the second comment for period from 28 November 2009 to 27 January 2010 " Nurin has shown some improvement with her interactive skills. Although still soft spoken, she's willing to help out other students".

It is still a long way to go. She is getting better but, there are still room for improvement as she is still a bit shy and not keen to new challenges.

MBA (Finance), Universiti Malaya

Akhirnya, permohonan untuk buat master telah diterima. Alhamdulilah. Sekarang ni kena mulakan dengan step yang seterusnya. Cari Duit untuk tampung kos pengajian. Ada jugak yang tanya, apa pasal la tak tunggu HLP?. Aku ni selalu banyak berfikir tapi action lambat. Macam nak buat master, niat nak belajar dah ada sejak daripada habis first degree lagi, tapi tak pernah ada kekuatan nak buat. Buat RFP pun sama jugak, dari dulu selalu ada keinginan nak belajar menguruskan kewangan, tapi tak pernah register sebab takut tak ada duit nak tampung kos pengajian.

So, tahun ni dapat kekuatan untuk apply MASTER dan rasanya aku dah sampai masa nak belajar semula. Walaupun permohonan cuti belajar bergaji penuh belum diluluskan, itu bukan halangan untuk belajar. Ramai lagi orang yang berjaya walaupun tak dapat sokongan majikan. Lagipun, masa yang kita ada ni kalau tak diuruskan dengan baik memanglah tak cukup.

Harap-harap semangat untuk belajar ni akan jadi satu suntikan moral untuk oyin juga bila dia dah besar nanti.

Mawi dan Fiza, Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Mawi dan Fiza yang akan melangsungkan hari bahagia mereka pada 5 Jun 2010 di Kajang. Semoga kalian akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan diberkati dengan rezeki yang halal. Semoga cinta DPA ini akan kekal selamanya.