Friday, December 24, 2010

Oyin dan Facebook

Musin cuti sekolah ni, ramai betul sepupu oyin datang rumah. Mula-mula kakak Fathin dengan kakak zati, lepas tu kakak syasya, najah and abang aiman datang. lepas tu kak umairah, kak bila, kak ijik, kak oya pulak. Belum diaorang balik, abang najmi dgn abg nazim pulak datang. Memang meriah betul rasanya.

Yang paling lama kak fathin n kak zati, sampai satu bulan!.

Bila diaorang datang dan habiskan masa dengan Oyin, banyaklah benda baru yang Oyin belajar. Antaranya Facebook.

Oyin merayu-rayu pada mama untuk buka akaun facebook sendiri. Kalau ikut peraturan memang tak boleh. Tapi mama tahu anak mama seorang yang bijak dan mama akan sentiasa pantau setiap penggunaan facebook oyin. So, mama benarkan.

Sejak ada akaun facebook, Oyin lebih pandai gunakan functions dalam facebook tu berbanding mama. Oyin pulak yang ajar mama macam mana nak guna.

Harap-harap kegilaan Oyin kepada facebook akan berkurang tak lama lagi once masuk darjah satu.

Wednesday, December 8, 2010

A Box Full of Kisses

Cerita ni mama dapat dari website. Oyin mintak mama cari short story untuk oyin buat newspaper cut and paste jadi cerita. Nanti bila Oyin siapkan, mama masukkan dalam blog.

The story goes that some time ago, a man punished his 3-year-old daughter for wasting a roll of gold wrapping paper. Money was tight and he became infuriated when the child tried to decorate a box to put under the Christmas tree. Nevertheless, the little girl brought the gift to her father the next morning and said, "This is for you, Daddy."

The man was embarrassed by his earlier overreaction, but his anger flared again when he found out the box was empty. He yelled at her, stating, "Don't you know, when you give someone a present, there is supposed to be something inside? The little girl looked up at him with tears in her eyes and cried, "Oh, Daddy, it's not empty at all. I blew kisses into the box. They're all for you, Daddy."

The father was crushed. He put his arms around his little girl, and he begged for her forgiveness.

Only a short time later, an accident took the life of the child. It is also told that her father kept that gold box by his bed for many years and, whenever he was discouraged, he would take out an imaginary kiss and remember the love of the child who had put it there.

Teluk Batik and Lumut - 7 Disember 2010

Dah lama kita tak mandi laut. Jadi, bersempena dengan cuti awal muharam; mama, ayah, oyin, kakak, oji, kak fathin, kak zati, kak shasha, kak ajah and abang aiman (ramainya) pergi Teluk Batik untuk mandi laut. Bestnya mandi laut sebab dah lama kita tak pegi mandi laut. Rasa macam tak nak balik je kan?..

Kita pergi hari isnin malam lepas kerja and tidur semalam kat rumah pak uda. Pagi baru kita bertolak ke Teluk Batik.

Yang best sekali adalah naik banana ride. Mama yang kecut sebab takut oyin jatuh, tapi oyin nak naik lagi sebab oyin kata best. Mama kata next time sebab seorang RM5, kena naik 8 orang dah RM40.

MAHA 2010

Kali ni ayah sibuk sikit, so tak ada masa nak temankan kitaorang pegi MAHA. Untuk pengetahuan oyin, MAHA tu stand for Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show. Event ni diadakan dua tahun sekali. Seingat mama, setiap kali ada mesti kita pergi. Sekurang-kurangnya sekali. 

Tahun ni, kita pergi dua kali (3 dan 4 Disember 2010) tapi tak banyak venue yang kita cover sebab tak ada banyak masa. Apa yang pasti, Oyin masuk rabbit farm sampai 3 kali dan merayu-rayu mintak mama belikan rabbit. Tapi, selagi Oyin tak pandai jaga sendiri, jawabnya adalah TIDAK.






                                     

Monday, December 6, 2010

Oyin's Dance Performance

Date : 4 December 2010 (Saturday)
Venue : Allson Klana Resort, Seremban
Time : 8.30 - 10.00 pm.

This is Oyin's third show in about half a year. Although there are quite a number of parents who are not satisfied with the way teacher Nazri handles the matters, as for us, as long as oyin is happy and gather as much knowledge and experience, we have nothing to say.

The monetory incentive is just a bonus. The most important thing is she is happy and gain experience.

In future, we don't know what will happen but as for now, we are enjoying our time spent together sending, waiting, fetching and watching our little princess performing in front of 300 plus audience.

Since she is a very timid person, having a courage performing is a big achievement that should be celebrated.

Well done Sayang!!.

Thursday, December 2, 2010

Anak Mama dan Besar..

Semenjak kakak-kakak sepupu oyin datang minggu lepas, oyin dah tak nak tidur dengan mama sebab nak tidur dengan kakak shasha and kak zati.

Mama ajak tidur dengan mama pun oyin tak nak. Bagus juga. Inikan boleh ajar oyin supaya lebih berani.

Monday, November 29, 2010

Rapunzel

Oleh kerana tak ada apa nak buat dan rasanya macam ok je cerita Rapunzel, kitaorang pegi tengok sampai dua kali. Sabtu petang 27 Nov. pukul 2.45 dengan Ahad 6.45.

Jalan cerita menarik. Pengajarannya, jangan terlalu percayakan orang walaupun orang tu paling rapat dengan kita.

Wednesday, November 24, 2010

Noreh Getah @ Motong With Mak Mbah





Antara perkara yang mama buat masa kecik dulu dan mama nak oyin rasa juga supaya oyin tahu mama hidup susah dulu.

Tuesday, November 23, 2010

Balik Kampung Raya Haji


The best thing to do while holidaying @ Kg Seri Bunian. Dulu geli, sekarang.... kalau boleh nak berendam berjam-jam.

Cuti-Cuti Malaysia @ Batu Caves 21 November 2010



Cuti sekolah dah mula sejak raya haji hari tu. Start je cuti sekolah, oyin pun apa lagi. Bosanlah sebab tak ada aktiviti yang dia nak buat.

Since kakak fathin and izzati setuju nak ikut balik KL, mama pun apa lagi setujulah juga sampai sanggup ambik diaorang kat Kemaman. Kalau diaorang ada, oyin tak lah bosan sangat. Boleh dia main dengan diaorang.

Kami sampai dari Kemaman hari Sabtu, 20hb. Hari Ahad dah plan macam-macam tempat nak bawak diaorang.

Mula-mula plan nak bawak diaorang pegi canopy walk @ frim. Almaklumlah, dah banyak sangat makan daging masa raya. Malangnya, canopy walk tutup, hari Isnin baru buka. Memandangkan dah pegi, kami cuma naik bukit sikit and picnic je.




Memandangkan hari masih awal and batu caves tu dalam perjalanan je untuk balik ke rumah, kitaorang pun buat pit stop kat situ. Mula-mula rasa macam tak larat je nak naik. Rasa macam tinggi yang amat. Oyin dengan Kak Zati je yang semangat nak panjat tangga. Lebih-lebih lagi bila oyin tau yang amazing race dengan biggest loser asia buat shooting kat situ.

Naik perlahan-lahan anak tangga sebanyak 272 (rasanya), akhirnya sampai juga kat atas.

Yalah, asyik lalu and tengok kat tv je tapi tak pernah jejakkan kaki, akhirnya sampai jugak kitaorang kat sana..

Qurban 2010 17 November 2010

Setiap kali aidiladha datang mesti rasa nak buat korban. Tapi selalu sangat terhalang sebab rasa duit tak ada. Tiap-tiap tahun juga aku rasa kesiannya kat diri sendiri sebab tak mampu nak keluarkan duit nak buat korban.

Setelah bertahun-tahun menyimpan niat nak buat korban, tahun ini akhirnya terlaksana juga hajat. Memandangkan kedudukan kewangan yang terbatas, tak ada lah buat seekor, ambik bahagian je. Share dengan ayah, mak n pak ngah. Ayah and mak ambik satu bahagian, pak ngah ambik dua, lebihnya mama dengan oyin.

Memang betullah orang kata, pengalaman boleh mendewasakan dan memberi pengajaran. Macam masa hari korban tu, tak ada seorang pun yang betul-betul mahir nak uruskan daging korban sebab tak ada pengalaman. Walaupun tak teruk sangat, at least adalah pengalaman dan boleh diperbaiki di masa akan datang.

Semoga tahun depan kami adik-beradik dapat buat korban lagi. Still nak buat kat kampung juga sebab kalau buat kat tempat lain mak tak boleh nak join sekali. Walaupun dia cuma ambik satu bahagian, rasanya dia yang paling banyak buat kerja sebab dia happy. Siap buat kenduri lagi...

Tuesday, November 16, 2010

Bukit Tinggi Trip 13 November 2010



Dah lama kitaorang tak pergi bercuti. Bukan tak mau, tapi belum mampu. Since nak pergi jauh-jauh perlukan kos yang besar, last saturday kitaorang pergi bercuti dalam malaysia je. Radius 100km dari rumah.

Ini merupakan trip mama yang kedua ke Bukit Tinggi (BT). First time masa kena gantikan bos untuk bengkel. Masa tu tak best sebab Oyin tak ikut. Kali ni pegi memang nak berjalan je.

Keluar dari rumah dalam pukul 9 pagi. Lepas breakfast, terus bergerak lalu karak highway. Oleh kerana dah tau harga makanan n minuman kat sana mahal, kitaorang bawak bekal air 100plus dari rumah. Jimat sikit.

Sampai kat sana rasanya dalam pukul 10.30 ke pukul 11. Destinasi pertama, rabbit park. Tak banyak manapun rabbitnya. Bolehlah untuk oyin main-main. Owh, entrance fee, seorang RM3 jadi pergi berlima RM15. Oyin naik donkey satu round, RM6. Dekat rabbit park ni ada juga ditunjukkan kandang untuk rabbit mengawan and kandang rabbit baru lahir. Ada yang sehari dan ada juga yang 2 minggu. Yang pastinya semua cute2 belaka dan Oyin merayu supaya dibenarkan bela rabbit. Tapi gagal.

Nasib baik kami sampai awal sebab tak lama lepas tu ada satu rombongan budak-budak sekolah dalam 2-3 bas. Orang jadi lebih ramai daripada rabbit.

Sebelum tu juga mama dah tetapkan budget untuk dibelanjakan sebanyak RM300 je. Semua bayar pakai cash.

Dah puas main dengan arnab, kami terus pergi ke Colmar tropicale. Senibinanya memang cantik, macam pegi paris la pulak...BTW, entrance fee ke Colmar n japanese village adalah RM12 utk org dewasa, RM8 utk kanak-kanak. So, semua sekali RM56.

Dari Colmar kami naik Tram utk pergi ke Japanese Village. Ada botanical garden, japanese garden, kimono rental dan kedai cenderamata. Kami nampak beberapa ekor orang utan (rasanya la) yang warna hitam kat area japanese village ni, oyin terus ajak keluar sebab takut.

Lebih kurang satu jam kat JV, kami naik tram semula ke colmar.

Di Colmar, mama dengan oyin buat aktiviti mewarna kat tembikar/claytan dan yang sewaktu denganya la. Selalu orang buat souvenir. Yang ni, dia dah siap ukir, tinggal warnakan je. Mama pilih frame gambar supaya senang nak framekan gambar kami pergi bukit tinggi. Oyin pilih lady bird. Oleh kerana dia suka sangat, mama bagi permission dia buat hello kitty pulak. Memang agak comot dan tak berapa cantik tapi takpelah ni first time buat. tak ada idea apa nak buat. Kos RM43.

Kakak dengan Oji pegi pusing-pusing paris (ala-ala paris la..). Ayah seperti biasa, buat muzik supaya tak penat nak drive balik nanti.

Habis mewarna, kami pegi makan. Habis RM100 untuk makan tengah hari. Rasa tak berbaloi sebab makanan dia tak sedap.

Lepas makan, pergi jalan-jalan sekitar paris. Masa ni Oyin dah penat dan merajuk sebab tak dapat buat sand art. Mama kata tak berbaloi buat sand art, sebab kat mana2 pun ada sand art.

Kos menghabiskan masa sehari di BT, RM280. Still within budget.

Kami bergerak balik dari BT dalam pukul 4.30 setelah kepenatan berjalan. Bukan tak nak tidur kat sana, tapi rate dia melampau sangat rasanya. Sampai RM350 semalam. Lebih baik balik hari je.

Sampai rumah dalam pukul 6.00 petang.

SERONOKnye pergi bercuti. Ayah lain kali bawa kitaorang bercuti lagi ya..

Wednesday, November 10, 2010

Third Stage - Susu Sustagen dan Susu Enfagrow

Lepas lebih kurang setahun setengah minum isomil, oyin pun dah rasa bosan. So, mama tukar susu sustagen pulak. Rasa dia ok, tapi agak manis sikit. Harga pun boleh tahan juga. Mama rasa dalam RM19 per pack 600gram.

Tak lama minum susu Sustagen, mama tukar susu enfagrow sebab mama rasa susu tu lebih sesuai untuk awak. Lebih sedap dan dari feedback yang mama dapat dari kawan-kawan mama, semua kata susu enfagrow bagus untuk perkembangan otak.

Harga?. Mahal sikit la berbanding sustagen. Seingat mama dalam RM25-30. Tapi itu masa awak belum 3 tahun..

Bila dah lebih 3 tahun mama tukar ke Enfakid pulak. Susu ni murah sikit berbanding enfagrow tapi sebab harga susu dah naik, sekotak 600gram tu dalam RM34 la. Satu kotak tu boleh tahan dalam 7 ke 9 hari je. Kira lebih kurang 2 kotak untuk 3 minggu. Kos untuk beli susu memang agak tinggi juga.

Bila awak dah pandai membaca dan faham iklan, pengaruh iklan kadang-kadang mempengaruhi susu yang awak nak minum.

Contohnya awal tahun ni awak tengok iklan susu Fernleaf yang budak perempuan nyanyi lagu ibu. Terus awak mintak mama belikan susu Fernleaf supaya awak akan pandai menyanyi macam budak perempuan dalam iklan.

So sekarang ni mama selalunya akan alternatekan susu yang awak minum.

Kadang-kadang fernleaf, kadang-kadang enfagrow. Apa yang pastinya, satu hari sekurang-kurangnya 3 kali minum susu.

Sekali sebelum pergi sekolah, sekali lagi nak tidur petang, sekali lagi malam sebelum tidur.

Tuesday, November 9, 2010

Second Stage (Susu Soya Bean)

Lepas menyusu sepenuh masa selama 8 bulan, mama decide nak mula bagi susu formula sebab susu badan dah tak banyak. Banyak jenis susu yang mama cuba, tapi oyin tak suka.

Cuba susu lembu tak nak, mama cuba pulak susu soya. Alhamdulilah, awak nak minum susu soya bean. Mama bagi susu isomil. Memang mahal sikit la tapi asalkan awak minum, ok lah.

Mama rasa awak minum susu soya sampai awak umur 1 tahun setengah ke dua tahun lepas tu tukar susu lain.

Nanti ada masa kita upload gambar awak ngempeng.

Kemana Perginya Duit Aku????..

Dari sehari ke sehari, aku rasa masih banyak jugak hutang. Masih juga tak ada a lot of cash. Mana perginya duit aku selama ni?. Kalau macam ni gayanya, memang matlamat nak bersara awal tak akan tercapai.

Nak mintak naik gaji, dah naik dah, tapi nafsu nak berbelanja semakin juga membuak-buak.

So, mulai bulan November 2010 ni selama setahun sampai 31 Oktober 2011, aku berazam nak puasa. Bukan puasa menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tapi nak puasa beli baju dan kasut.

Untuk diri sendiri memang tak nak beli baju dan kasut baru.

Untuk Oyin pulak, kena limitkan baju dan kasut baru bila diperlukan sahaja.

Mungkin dengan cara ni akan dapat jimatkan sikit duit dan matlamat nak simpan 100g dalam GSPA akan tercapai secepat mungkin.

Sunday, October 31, 2010

Oyin's First Dancing Performance @ Merak Kayangan FELDA

Yesterday (Saturday, 30 October 2010) was another milestone for oyin. After almost 4 months of training, finally she made it. She's  choosen to perform during a wedding @ dewan merak kayangan, FELDA.

She has been training every week, usually on saturdays. Although her steps need a lot more polishing, it's really a needed encouragement when she is choosen to perform. Hopefully she can do better next time.

After this, we have to check your schedule before heading back to our hometown to ensure it does not clash with her dancing performance.

Well done sayang!!

Belajar Naik Basikal

Selama ni basikal oyin ada roda tambahan kat belakang. Tapi lepas beli basikal baru oyin minta supaya roda belakang dibuka sebab dia nak belajar naik basikal.

So, hari ni kat rumah mak nora, mama ajar oyin naik basikal. Pertama kali belajar memanglah tak terus jadi pandai. Apa yang penting oyin berani nak belajar. Mama rasa dalam 5 kali belajar oyin mesti dah boleh bawa basikal sendiri.

Good Luck Oyin.

Wednesday, October 27, 2010

The mindset of a property millionaire

19 properties in Malaysia. 1 property in Singapore. Properties worth more than RM22 million. Five-figure positive cash flow. Those figures belong to Milan Doshi, a property and stock investment guru who have made his millions over a course of more than 20 years. In his recent Property Intensive workshop, Doshi posted an interesting question, “Which would you rather be? A debt-free beggar or a financially free billionaire?”
Milan Doshi sharing the importance of changing one's mindset.

For most people, the answer would be the latter but they might be doing the opposite, which is to earn as much as possible to pay off debts. Doshi highlighted that the old school of thinking is to not borrow money or borrow as little as possible and return it soonest possible. His thinking is, “The more you borrow, the richer you get.”

He also advises investors to analyse the advisor before analysing the advice. For example, one might make the mistake of taking financial advice from people who sell investment products rather from successful investors. He also said that it is likened to getting advice from university professors who might not have personally put the theories they teach to the test in the real life situations.

He also said not to be deceived by looks as some people who are poorly dressed are rich and vice versa, which explains why Doshi was simply dressed in a t-shirt and pants.

These are some highlights from a handout that Doshi shared in his property intensive preview.

• Have a firm idea on your financial goals. Otherwise, you won’t know which direction to head to. Some examples of financial goals include knowing the number of properties to invest in, your desired passive income, investment strategies you want to apply, and so on.

• Individuals who are less than 35 years old should focus on maximising their earning potential as they are at the prime of earning age.

• Invest in low-risk commercial properties that give high returns of over 8% per annum, with low entry costs.

• For beginners, it’s advisable to start investing in apartments of condominiums as it’s easy to achieve zero or positive cash flow every month, as compared to landed house.

• When you get married, you buy a dream home right away. Instead, it makes more sense to buy an investment property and rent a home for the first 10 to 15 years of your married life.

• Instead of buying costly high-end residential properties, you could invest in commercial properties that give the best of both rental returns and capital appreciation.

• It’s always worthwhile to pay a premium and buy the best properties in great locations.

• Savvy investors creatively buy one property a rear or even one every few months with little or no-money-down.

• Most people’s financial goal is to retire debt-free at age 65. Smart investors aim to retire at age 45 or earlier, by accumulating good debts of at least RM3 million via property investments.

• You focus on hitting a certain net worth instead of generating passive income. For example, when you retire debt-free, you must have RM1.8 million in fixed deposit at 2% per annum in order to get RM3,000 per month. Instead, one might be able to get the same amount of passive income by investing RM500,000 in properties.

Article from http://www.starproperty.my/

Duit Raya Oyin 2010

Kita orang bukan jenis yang rajin berjalan rumah orang dan bukan juga jenis yang ramai kawan memandangkan dua-dua bukan jenis banyak mulut.

Jadi, takdelah banyak sangat duit raya yang oyin dapat. Walaupun tak banyak, still duit juga. And, kalau tak diuruskan dengan baik, duit tu memang akan habis dengan sia-sia je.

Setelah dikumpul-kumpul dan dikira-kira, ditambah pulak dengan duit yang oyin dapat daripada mak mbah, nyai, dan pakcik makcik dia yang datang, separuh daripada duit tu dapat digunakan untuk beli sebuah basikal baru warna pink macam yang dia nak. Separuh lagi (dalam 150) mama masukkan dalam akaun bank rakyat.

Bila dikumpul-kumpulkan duit raya tu sampai akhir syawal, dapat dalam RM200. So mama decide untuk masukkan half dalam p mutual utk tambah education fund awak.

Separuh lagi mama simpan je kat rumah untuk bagi motivasi pada awak supaya semakin rajin simpan duit dan sebagai peringatan pada awak yang awak tak payah mintak duit mama kalau nak beli barang yang awak nak dengan peringatan yang semakin sikit duit awak, semakin lambat lah awak dapat pegi ke Melaka.

So NURIN, keep up your good work and may you be a financially savvy person even when you are still very young.

Wednesday, October 20, 2010

First 8 Months (Breastfeeding Period)

Bila bercerita pasal awak memang tak pernah habis. Ada yang mama ingat lagi, ada yang mama dah lupa. So, setiap kali mama ingat, mama akan tuliskan kat sini supaya satu hari nanti awak boleh baca dan tanya balik pada mama.

Hari ni memandangkan mama ada masa, mama nak cerita pasal apa ya.. Tadi mama ingat, sekarang dah lupa pulak.

Ha..hari ni mama nak cerita pasal minum susu.

Masa awak baru lahir sampai awak umur 8 bulan, memang mama tak bagi awak makan apa-apa kecuali susu badan je. Exclusive breastfeed. Setiap hari kat ofis, mama akan perah susu, masukkan dalam fridge dan bawa balik utk bekalan dan stok.

Untuk pastikan susu tahan lama, kena masukkan dalam freezer. Bila dah nak  guna, mama akan masukkan kat fridge belah bawah supaya susu tak beku lagi. Bila nak diminum, kena ambil air suam/air panas, lepas tu rendamkan susu tadi sampai dia suam. Susu awak tu tak blh dimasak sebab nanti susu jadi rosak. Macam tu lah setiap hari setiap kali mama kerja sampai awak umur 8 bulan.

Kos untuk beli susu memang kurang, tapi mama incurred kos yang agak tinggi juga untuk beli alat perah susu and untuk beli bateri.

Tapi, mama puas hati sebab berjaya susukan awak sampai lebih 6 bulan tanpa ada bantuan makanan lain. Nasib baik awak memang anak yang baik dan tahu yang apa yang mama buat semuanya untuk kebaikan awak.

Kita kena ucapkan terima kasih pada kakak sebab tanpa bantuan dan sokongan akak, mama tak akan berjaya nak bagi awak susu badan.

Tuesday, October 19, 2010

Wassiyah

Sehingga hari ini, masih belum berjaya lagi buat wasiat. Banyak sangat halangan yang ada. Mungkin akan ada yang kata, macam banyak sangat harta makcik ni. Memang tak banyak pun. Tapi, kalau sikit pun menyusahkan Oyin dan adik-adik dia (insyaallah) kalau banyak lagilah menyusahkan.

Lagipun dalam financial planning kita kena plan, preserve and protect. Kita ada basically 6 perkara dalam financial planning which is first to plan financially, risk management (insurance and like), kita kena buat investment (carilah duit dan harta), kita kena fikir about taxes and zakat, kita kena plan for our retirement dan kena fikir about what happen to our assets after we died.

Kalau cuma fikir 5 yang pertama tapi tak fikir yang last sekali, we are not doing justice to our kids. Dah lah kita dah tak ada, nak teruskan hidup pun siksa.

So, semalam dah niat nak buat wasiat kat bank (my regular one). Bila tanya to the first person, dia kata kena tanya to that officer. bila tanya pada that officer, dia kata kena jumpa this person at this level sebab kalau diaorang buat pun diaorang tak tau apa requirement this person at this level.

Aduh, banyak nyer halangan...

The point is, if you dont know how to sell the product or not ready yet, dont SELL. Dont make other people's life difficult..

So, journey to wassiyah writing should not stop here. I have decided to write a will at ARB. Easier and faster.  Target, by end of this year dah ada wasiat.

Friday, October 15, 2010

2nd Quarter - Malaysian economy (part 2 - overall picture)

Ok, sekarang nak tengok sama ada aku faham ke tidak report ni.

1. Mula-mula tengok Malaysian Economy as a whole
2. Harga
3. Employment
4. Monetory and Financial Development
5. Federal Govt Finance
6. External position
7. Outlook

Part 2 kita tengok overall picture je.

1. Domestic demand dan strong export help malaysia to register strong growth in 2nd q (8.9%).

2. Acceleration in investment act - private consumption naik sbb disposable income naik. disposable income naik sebab harga komoditi utama naik dan keadaan employment stabil. Maksudnya kat sini, Miss RMY makin banyak berbelanja sebab pendapatan dia bertambah. Macam mana pendapatan dia blh bertambah? sebab harga komoditi utama macam k sawit dan getah naik & kadar pengangguran rendah. keadaan ni bagus untuk investment activity.

2A. Petunjuk consumption (kepenggunaan) utama termasuk jualan kereta penumpang, import barang-brg pengguna & penggunaan CC semuanya meningkat.

2B. public consumption (kerajaan) pun naik sebab kerajaan belanja banyak utk bekalan dan perkhidmatan dan gaji. Salary adjustment utk pekerja kesihatan dan keselamatan pun sebabkan perbelanjaan kerajaan naik.

2C. Faktor-faktor di atas (2-2B) telah menyebabkan prestasi pelaburan yg baik utk negara.

3. Resilient Services Sector (Part 3 sambung kat sini) heavy lah story ni. tak blh review banyak2, nanti tension macam buat MBA.

MBA - slps quit

Malam tadi, lepas solat Maghrib, Mama dengan oyin mengaji Alquran. Sebelum ambik MBA, memang hampir setiap malam kalau tak ada kelas kami mengaji. Tapi, sejak start MBA memang tak ada masa. Kalau tak pegi kelas, mama dah penat dan tak ada masa nak ajar Oyin.

Jadi, malam tadi bila start mengaji, mama perasan yang bacaan oyin dah tak lancar. Mama rasa sangat sedih, sebab puncanya mama juga, dah lama tak mengaji kat rumah. Lepas tu Oyin malu-malu pulak dengan ayah, tak nak ayah dengar dia mengaji. Rasa lega sangat quit MBA sebab lepas ni ada masa nak mengaji dengan oyin kat rumah dan pantau pelajaran dia.

Bila belajar Jawi pun sama jugak, mungkin sebab dah lama tak belajar, banyak yang oyin dah lupa. Lepas ni memang kena polish balik skil membaca tulisan jawi dia supaya dia sentiasa ingat.

Reading in English dengan BM tak ada masalah sangat.  Tapi mama lupa pulak nak suruh dia buat exercise english, maths dgn BM.

Next week blh start balik semua tu. Malam tadi kira warming up la...

Hopefully lepas ni pelajaran Oyin tak akan ketinggalan lagi.

Wednesday, October 13, 2010

Area 3 : Apartment Abdullah Hukum

Tadi, masa lunch hour, pegi mid valley sekejap sebab nak gunakan voucher metrojaya yang dapat masa CIMB talk last month. Berdepan dengan mid valley/the gardens, ada satu apartment yang nampak sangat strategik untuk dibeli iaitu Apartment Abdullah Hukum. Rasa macam agak baru juga apartment tu sebab dulu kawasan setinggan.

Lalu tepi sungai masa otw balik nampak for sale - auction harga RM110k.

Check Mudah.my tak ada langsung owner yang nak jual rumah kat area tu. Check yang nak sewa, satu rumah fully furnished RM1,300 sebln. Fuhh... menarik ni..

nanti check lagi area tu.

2nd Quarter - Malaysian Economy (part 1 - US economy update)

Fuhh.. macam bagus. Perasan pandai lah tu..

Aku memang tak pandai, ambik MBA berhenti separuh jalan, kat ofis pun bukan ada orang yang pandang. Ada ke, tak ada ke, bukan ada orang yang kisah sangat pun...

Tapi, aku peduli apa. Dalam hidup memang macam tu. Kadang-kadang kat atas, kadang2 kat bawah. Pandai2lah nak bawa diri.

So, hari ni nak belajar sikit macam mana nak memahamkan report pasal keadaan ekonomi kita. Since sekarang ni tengah tak berapa banyak kerja, baik equip diri dengan maklumat. Satu hari nanti tentu berguna.

Sebelum tengok keadaan kat Msia kena tengok dulu keadaan kat US as an indicator.

Based on the report, (Ini semua utk US la)

- 2nd quarter ni +ve growth sbb real GDP naik from 2.4% in 1st Q ke 3.2% in2nd Q.

- pasaran rumah - mixed performance sebab, building permits and housing  naik tapi sales jatuh in Mei and june bila tax incentive utk 1st time housebuyer tamat bulan April lepas. Sebab tu dia mixed performance.

- Pasaran buruh - lemah sebab unemployment rate tinggi @ 9.5%

- Consumer prices naik sebab harga bekalan tenaga rendah, labour market poor and high spare capacity. (Tak berapa faham apa kaitannya bila harga bekalan tenaga rendah and spare capacity tinggi harag barang naik). Tak pe, kita study lagi nanti.

Jadi kesimpulannya, walaupun ekonomi US bertambah baik berdasarkan GDP, indicator2 lain tak menunjukkan yang keadaan di US bertambah baik.

Ok ini utk US. Msia punya kita tgk part 2.

Aduh Bosan

Hari ni, setelah menghabiskan kerja-kerja yang ada, rasa tak banyak pulak yang tinggal, rasa bosan lah pulak bila kepada otak dah ringan daripada beban MBA ni.

Tak ada kerja betul la minah ni..

So, hari ni nak baca malaysian economy for 2nd quarter and bg comment apa yang aku faham.

Tunggu....

Area 2 - Banjaria Court Gombak

Apartment ni belum siap lagi. Masih under construction oleh PKNS.

Features :

Harga : RM223900-240,000
Saiz : 990 sf (semua standard size utk blok A)

Jumlah blok : 4 (yang tgh onsale blok A) tiga blok lagi ada yg dah sold out, ada yang agent jual

parking : 1 free, 1 kena bayar rm50 sebulan (tak berbaloi rasa kena bayar extra utk park kete kat rumah)

maintenance : RM115 sebulan plus sinking fund 10%  - bulan2 kena bayar +-RM126

Pintu masuk : ada satu je (-ve point)

densiti : rumah dalam 750 unit utk 4 blok (ini -ve point) - macam congested la pulak

Rebat : RM16k (blh set off utk d pymt) cuma top up +-7k as down payment (ini yang best) tak paayh fork out cash yang byk utk beli rumah ni.

Kemudahan - biasa macam apartment lain tambah ada swimming pool.

Highway - very close to duke tapi kena uturn kalau nak masuk ke duke (ini problem sikit la sebab jalan tu jem).

Bila baca review kat internet pun ada byk pros and cons, basically kalau nak rent out, ada market bdk uia. Kalau nak duduk pun ok jugak, cuma agak sempit la tapi oyin blh swim tiap2 hari. e2 yang best tu..

So, malam ni kitaorang nak g tengok site, lepas tu baru decide macam mana.

Area 1 - Apartment Baiduri Desa Pandan

Target area, mula-mula desa pandan, bila check harga, sewa dengan monthly installment, rasanya kurang berbaloi sebab kalau ikut petua beli rumah, sewa utk 10 bulan mestilah boleh bayar installment untuk setahun. Sewa kat rumah area desa pandan paling tinggi RM1,200 (fully furnish) je untuk rumah harga RM185,000 kat desa baiduri desa pandan. Dah lah tak ada facilities kecuali security.

So, setelah mencari-cari, rasanya belum jumpa yang berkenan dari segi harga dan keadaan bangunan kat area desa pandan. Location wise, memang best sebab tak saturated sangat.

Nanti kita update lagi.

Mencari Rumah

Akhirnya, setelah melepaskan diri sendiri daripada MBA, aku nak menyiksa diri untuk perkara lain pulak. Kali ni nak cari rumah pulak.

Niat nak cari rumah ni memanglah dah lama. Tapi, since tak ada kemampuan, aku diam2 jelah. Lepas dapat surat memangku 48, niat yang dah lama dipasang kembali subur. Biasalah, duit kalau banyak depan mata, memang cepat je habis. Tapi, kalau lock dalam rumah, insyaallah akan beri kita pulangan dalam masa panjang.

Bak kata neil, 'short term pain, long term gain"...

Sekarang ni kenalah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kami target rumah di bawah harga RM300k sebab buat masa ni dengan komitmen yang ada, itu jelah yang mampu dan layak untuk diconsider oleh bank.

Tuesday, October 12, 2010

Gigi Kekal Oyin

Masuk hari ni, dah satu batang lagi yang patah. Sekali pandang mama tengok gigi oyin macam gigi dracula la pulak. Tapi dracula yang cun la..

Dua batang pertama simpan, sebatang yang depan hilang kat sekolah, yang keempat pun ada simpan kat rumah. Nak buat kenang-kenangan.

Sekarang ni kalau nak amik gambar oyin boleh, tapi kena janji dengan dia tak boleh tunjuk kat orang sebab nanti dia malu.

Mama ambik supaya dia boleh tengok bila dia dah besar nanti.

Esok ada photo shoot kat sekolah. Mama selalu pesan kat oyin kalau senyum jangan besar-besar, nanti nampak gigi dia yang belum tumbuh tu..

Sekarang ni yang atas dah start nak tumbuh. Tapi sebatang je. Yang sebatang lagi belum tumbuh lagi. Tak apa la, nanti tak lama lagi tumbuh la..

MBA - I surrender my self

Akhirnya, setelah beberapa bulan bermain dengan perasaan. Semalam, aku buat keputusan. Aku TAK MAMPU nak teruskan lagi buat masa ni. Sedihnya rasa hati. Tapi, fikiran rasa sangat tenang. Rasa macam dah melepaskan beban yang amat berat yang diletakkan kat atas bahu selama ni.

Aku dah decide nak quit dulu buat masa ni. Bukan dah tak nak belajar, tapi nak berhenti sekejap. Bila nak sambung balik, tak tau lagi. Tuhan aje yang tahu..

Berundur bukan kerana mengalah, cuma nak selaraskan balik life yang agak tunggang terbalik akhir-akhir ni sejak ambik MBA.

Tak berbaloi rasanya kalau dapat MBA tapi tak dapat habiskan quality time dengan nurin. Dia bukan membesar dua kali.

Tak kiralah apa yang orang nak kata. Yang penting, kita tak menyusahkan sesiapa.

Hari ni hari last pegi UM. Nak finalized kan asmt and present terus. Bukan apa, kesian pulak tgk member2 yang satu grup. Tak patutlah tinggalkan diaorang.

Apa yang pasti this is not the end of the journey. it is just the beginning.

Monday, October 4, 2010

Stesyen Bas Sementara Bukit Jalil

Hari ini nak berkongsi pengalaman mengambil mak di Stesyen bas sementara kat Bukit Jalil memandangkan Puduraya ditutup untuk naik taraf.

Mak bertolak dari Pontian naik bas mayang sari dalam pukul 8 pagi. Anggaran masa nak sampai ke KL dalam 5 jam. Memandangkan kena turun kat Bukit Jalil, tempoh masa perjalanan berkurang dalam setengah jam. Jadinya, kalau naik bas pukul 8, dalam pukul 1 boleh sampai kat BJ.

Oleh kerana mak seorang yang tak tau membaca, kenalah selalu telefon mak untuk budjet masa mak akan sampai. Last sekali call, mak kat jauh lagi. Lagi 30 minit call, mak kata dah sampai Serdang yang letaknya cuma sepelaung je dari BJ.

Apa lagi, berkejar nak ke BJ dari Ofis yang perjalanan lebih kurang 20 minit.

Apa yang diceritakan disini adalah pasal kesusahan orang naik bas kat Bukit Jalil. Kebetulan pulak, masa mak sampai tu, hujan lebat. So, lepas parking kereta teruslah pegi cari mak. Memang dah pesan kat mak, jangan pegi mana-mana, duduk je kat situ nanti orang ambik.

Mak kata dia ada kat bawah pondok. So pegi tanya kat kaunter bas, diaorang kata bas mayang sari tadi berhenti kat platform nombor 5. Pegilah cari platform nombor 5. Apa yang menyedihkan, dahlah hujan, walkway yang disediakan tu tak ada connector. Jadinya, dari satu khemah ke satu khemah yang lain ada lompong kat tengahnya. Untuk sampai ke Platform 5, ada beberapa khemah yang tak bersambung sampai menyebabkan orang ramai (termasuk yang tengah menulis ni) basah kuyup. Macam manalah diaorang punya planning ni.

Kesian orang yang memang menggunakan bas ekspress untuk bergerak.

Walkway yang ada tu rasanya dah cukup besar, cuma tak interconnected antara satu sama lain, jadi kalau hujan, nak bergerak dari satu khemah ke satu khemah yang lain, memang terpaksa merempuh hujan.

Ahirnya, setelah tawaf satu stesten BJ tu jumpa mak kat pondok tunggu teksi. Dia tak cakap la pulak tunggu kat tempat org ambik teksi..

Rumah Terbuka 2 Oktober 2010

Selama ni, tak pernah sekalipun terfikir nak buat open house. Rasanya macam tak ada orang nak datang je.. Kita orang bukan ramai kawan. Dah lah tak ramai kawan, bukannya rajin buat kawan baru pulak tu..

tahun ni, since anak-anak murid ayah ramai sangat yang tanya pasal open house, kitaorang pun setuju nak buat open house.

Mula-mula tu, rasa cuak juga, ada ke orang nak datang?, cukup ke tak makanan ni?, berapa banyak nak buat makanan?. Semuanya tak tau sebab tak pernah ada pengalaman.

Kitaorang decide tak nak masak sendiri sebab 1. tak pandai, 2. tak ada masa, 3. malas 4. sape yang nak masak?

Cuma buat nasi impit, meehoon dan kuah soto dengan perencah dia je.. yang lainnya semua katerer yang buat.

Menu untuk 50 orang : Ini mama oder je, yang bayar : ayah kos : rm600 bersih termasuk meja, pinggan, mangkuk dan buang sampah sekali.

nasi tomato, lemang, sate, ayam masak merah, dalca, rendang, kuah kacang, air teh tarik, air sejuk anggur, popia goreng dengan puding.

macam sikit je, tapi bila dah hidang, kira puas hati jugak la..

Orang pun kata, banyaknya makanan... Macam well planned event plk. Padahal, hari rabu baru decide nak buat open house.

All in all, puas hati sebab 1. makanan memuaskan dan sedap, 2. ada orang datang.

Terima kasih pada semua yang dapat datang, yang tak dapat datang mungkin lain kali kami buat lagi bolehlah datang..

Wednesday, September 29, 2010

Magika

Kitaorang bukanlah penggemar filem melayu. Kalau pegi tengok movie, sure tengok cerita yang suit taste oyin macam cats and dog lah, alice in wonderland n princess and the frog.

Tapi bila tengok promo magika macam menarik je and masa tu mama tengah tension dengan assmt paper OM, kitaorg pun pegilah menonton magika kat MBO Ampang.

Secara keseluruhannya entertaining sebab nurin pun suka tengok. Cuma bila ada scene2 yang seram sikit dia mulalah ajak balik. Tapi bila scene lagu, dia pun macam nak dance sama.

Scene yang paling best adalah masa puteri gunung ledang dengan datuk bendahara. Kelakar giler ning baizura dgn sabri yunus and sangat hidup lakonan diaorg.

Apa yang tak bestnya magika ni sebab diaorg tak perasan perkara-perkara kecik yang mencacatkan sikit cerita tu. Contohnya macam Ayu (diana danielle) yang dah berapa hari tak mandi and pakai seluar warna cerah. At one time nampak punggung dah kotor giler sebab dah lama tak tukar baju (which is logic la kan) tapi scene yang selepasnya pulak, seluar dia dah bersih semula. Nampak sangat la dia tukar seluar.

Masa awal2 cerita rasanya nampak ayu pakai kasut warna lain (tak ingat colour) lepas tu perasan dia pakai kasut warna pink pulak.

Lagi satu ada nampak kereta lalu lalang.

All in all, ceritanya masih menarik dan entertaining sampai oyin pun minta DVD utk tengok kat rumah.

Tahniah kepada semua yang terlibat sebab dengan budget yang amat terhad, diaorg boleh hasilkan filem yang menarik.

MBA Obstacles

Hari isnin minggu lepas, masa  kelas OM baru dapat markah assignment OM. Alangkah kecewanya rasa bila dapat tau grup kitaorang dapat amrkah yang teramatlah rendahnya berbanding dengan orang lain. Hati dah rasa sedih dan terkilan. Tapi nak buat macam mana. Mungkin memang kita tak menjawab soalan. At the end of the class, Dr Alwi bagi pulak markah untuk weekly assignment. Sekali lagi, aku dapat markah yang AMAT RENDAH. Aduh kecewanya rasa. bengapnya aku ni...

Minggu ni, lepas habis mid term econ, rasa beratnya kepala. Dalam kepala otak ni dah fikir macam-macam. Nak quit lah, nak postpone belajar lah. memang rasa tergugat betul perasaan bila dapat markah yang rendah sebab ada kebarangkalian untuk ulang paper ni.

Bila dah tak ada semangat tu, mulalah bercerita dengan member-member pasal masalah kita. Nasib baik ada kawan-kawan yang memang layak jadi pakar motivasi.

Neil kata, take one step at one time and jangan fokus sangat pada garisan penamat. Kalau kita fokus sangat utk future kita akan rasa terbeban bila kita tak perform sekarang ni. Lagipun, tak ada gunanya kita tengok pada orang lain dan bandingkan dengan orang lain sebab setiap orang punya path tu kan tak sama.

Firdaus pulak kata, kalau stop sekarang mungkin tak akan mula semula sampai bila-bila. Betul juga, nak gerakkan semula momentum tu bukannya senang.

Terima kasih pada kawan-kawan yang berikan semangat.
\
Semalam, pergi kelas dengan hati yang bersemangat dan membara. Apa yang penting kita berusaha. Kalau kita tak berusaha, memang sure kita gagal. Tapi, kalau kita berusaha insyaallah kita boleh berjaya. Kalau Billy Lim boleh gagal berkali-kali dan bangun semula, kenapa kita tak boleh?..

Bak kata iklan CIMB " quitting isn't an option for those hungry to succeed". And I'm NOT going to quit!!.

Monday, September 27, 2010

Berdikari

Bila kita terlalu bergantung pada orang lain, kita akan hadapi kesusahan kalau tempat kita bergantung tak boleh membantu kita. Tapi, kalau kita perasan pandai dan bagus dan tak perlukan orang lain, kita akan jadi bongkak, bangga diri dan tak tahu rupanya banyak lagi yang kita tak tahu.

Apa yang pasti, adakalanya kita memang perlukan orang lain dan ada masa juga kita kena berdikari (berdiri di atas kaki sendiri).

Cumanya, kadang-kadang rasa sedih dan terkilan juga bila ada sesetengah orang yang bila perlukan pertolongan kita, bukan main lagi. Tapi, bila kita minta tolong sikit, mulalah cakap busy lah, ada urgent matter lah etc. Bukanlah kita mengharap pertolongan yang kita bagi diberi balasan, tapi sekurang-kurangnya a phone call untuk minta maaf/check adakah kita masih dapat membantu tu dah lebih daripada cukup.

Jadi, dalam apa juga keadaan kita sebenarnya perlu belajar berdikari dan tak mengharap kepada cuma satu sumber rujukan.

Hidup ni memang penuh dengan cabaran. Adakah kita mampu manghadapi semuanya?, hanya Allah yang tahu.

Wednesday, September 22, 2010

Raha, berusahalah....

Hari Isnin, pergi kelas macam biasa. Bila sampai kelas dapat markah assignment literature review. Rasa kecewa dan frust yang teramat sangat bila dapat markah yang amatlah rendahnya. Aduh.. rasa macam nak berhenti belajar pun ada. Apasal lah aku ni bebal sangat.

lepas tu, b4 habis kelas dapat markah weekly assignment pulak. Pun, sekali lagi dapat markah yang sangatlah rendahnya. Apasal lah aku tak terfikir macam mana nak buat assignment ni. macam mana orang lain boleh tau macam mana nak buat?. Aku ni memang tak ada bakat dan kepandaian ke?..

Tensionnye.. Sepanjang hari isnin and semalam memang tak ada mood giler..

Gigi Susu oyin

Semalam, Oyin mengadu kat mama gigi susu oyin yang ketiga dah cabut. Oyin kata, gigi cabut masa tengah makan nasi lunch kat school (qasrina). Sebab berdarah dan sakit agaknya, tak sempat dia nak simpan gigi tu. Sebelum tu, dah dua gigi susu belah bawah yang dah cabut sebab nak bagi laluan pada gigi kekal yang dah mula tumbuh. Jadi tak ada masalah sangat sebab gigi tak sempat rongak. Gigi yang dua batang tu ada mama simpan utk kenang-kenangan.

Tapi, utk gigi yang ketiga ni, gigi kekal belum tumbuh lagi so, ada lopong lah kat depan tu. Hari ni,  sebab malu gigi tak ada, pagi-pagi lagi dah telefon mama kat ofis minta cuti tak nak pergi sekolah hari ni. Sebab, dia kata dia tak nak kawan-kawan rosakkan buku dan pensil dia. Sebab diaorang pinjam tapi tak pandai jaga. Amboi.. pandai anak mama bagi alasan.

Sebenarnya, bila mama tanya dua tiga kali, baru dia mengaku sebenarnya dia rasa malu sebab gigi depan dia tak ada. Nanti kawan-kawan gelakkan. Memang dah dijangkakan pun. Anak kecil umur 6 tahun pun tahu malu kan...

So, sebagai jalan penyelesaian, mama janji dengan oyin utk hantar oyin pergi school esok untuk pesan pada teacher supaya marah and tegur budak-budak yang ketawakan dia.

For Oyin, this is part of your growing up process dear. there's no reason for you to be shy. Everbody will be facing the same situation.

Sunday, September 19, 2010

Air Mata Nursalina

Baru habis tengok cerekarama. Cerita yang sungguh sedih rasa nak nangis pulak. Tahniah pada pengarah dan pelakonnya. Walaupun tak mengadap tv dari mula, tapi ceritanya lebih kurang mcm ni la. Salina dan Afkar/fakar,jatuh cinta, kawin lari sebab salina anak org kaya. Lepas tu fakar ni nak cepat kaya,buat bisnes, rugi. Jadi kaki judi. Bila dah banyak hutang judi, dia jual salina utk selesaikan hutang judi dia.

Pada masa yg sama dia masih tak serik lagi sampai jadi pusher pulak. Bila kena hantar dadah ke luar m'sia, dia nak gunakan salina as perisai. Salina minta cerai pun tak mau lepaskan. Bila salina tak nak, dia gunakan anak sebagai modal untuk ugut salina. Seorang ibu tak akan sanggup tengok anaknya disiksa. Salina dapat kekuatan untuk melawan sebab anaknya terancam. 

Malangnya, kekuatan diri salina tu tak kena tempat sebab secara tak sengaja dia telah membunuh suaminya. Bila ada ruang dan peluang, manusia memang boleh buat sesuatu yang diluar kebiasaannya.

Kalaulah salina boleh berfikir dengan lebih baik (tapi tak jadilah cerita air mata nursalina). Since suami dia tak mau ceraikan, mintalah fasakh, buat laporan polis sebab diperdagangkan (cakap memang senang, tapi untuk buat tak semudah menulisnya). Kuasa talak bukan di tangan lelaki sahaja. Kita orang perempuan pun kena tahu hak kita sebagai isteri.

Apa yang paling menyedihkan bila last sekali salina berpesan pada mak n ayah dia, supaya jangan bagitau anak-anak dia yang dia (salina) mati di tali gantung walaupun dia buat demi anak dia sendiri.

Semoga kita yang menonton bukan cuma berhibur je tapi kita ambil pengajaran supaya kita tak buat kesilapan yang sama...

Monday, September 6, 2010

MBA - another milestone

Akhirnya... Berjaya jugak aku menghabiskan first-half semester ni dengan jayanya. Berjaya attend 99% kelas. cuma ponteng satu kelas je sebab cik is kawin. Kira ok lah jugak tu.


Cabaran pertama dah berjaya dihadapi. Masih banyak lagi cabaran seterusnya yang perlu dihadapi. (poyolah pulak makcik ni).

Walaupun kesiankan oyin sebab masa dengan dia dah makin berkurangan, tapi rasanya pengorbanan oyin tu sangat berbaloi. Terima kasih sayang. Lagipun mama dah berjaya mentop-upnya dengan habiskan lebih banyak masa dengan awak bila ada free time.

Cumanya sekarang ni kurang sangat membaca. kena lebih banyak membaca lah jawabnya sebab belajar bukan susah sangatpun, yang susahnya sebab tak ada banyak input.

Semester break ni nak habiskan masa dengan baca dan fahamkan nota untuk make sure boleh dapat CGPA yang cun masa exam nanti.

Selamat Hari Raya

Balik kampung.. hohoho balik kg... hati girang. Dari minggu lepas lagi Oyin asyik tanya, Mama bila kita nak balik kampung?. Sekali tu masa OTW balik dari rumah Cik Ayu, Ayah sampai marah oyin sebab asyik mek, mek,  je bila nak balik kg. Terus diam..

Jadi, sempena hari yang mulia ni, saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin pada semua. Ayah, Oyin, Mak, Nyai, Kakak2, Abang2, Anak2 sedara, kawan-kawan dan semuanya yang membaca.

Semoga Aidilfitri kali ini akan lebih bermakna berbanding yang lepas. Selamat memandu dan selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

SELAMAT HARI RAYA!!!

Monday, August 16, 2010

Assignment oh assignment

bila dah start belajar semula ni, sure kena buat asmt. So, memandangkan semester ni amik 3 subject, ada 3 asmt yang menanti utk disiapkan b4 hari raya and semester break.

OM kena buat literature review dlm grup 3 org tajuk tak sure lagi sama ada flexibility, efficiency, supply chain mgmt atau rfid. due date 7hb sept.

EFM kena buat individual assmt, labour supply dengan production externalities. due date 26hb. Skrg tengah kumpul bahan b4 mula mengarang.

MIS kena buat e-govt interoperability. belum decide nak zoom in kat mana tapi ini grup asmt 4 org kena hantar by 31 ogos 2010.

harap-harap blh siapkan semua ni secepat mungkin supaya blh cuti raya dengan aman!

So, RMY apa lagi, START WRITING!!! la...

Kelas Dancing Oyin @ ARCISA Setiawangsa

Being an only child, kesian juga tengok oyin sebab tak ada kawan nak main kat rumah bila adik-adik dia tak datang. So, untuk menghilangkan kebosanan yang ada, apa lagi, asyik la mama hantar dia pegi kelas. Mula-mula dulu kelas swimming, dah pandai swimming, pegi kelas drama pulak. Sekarang ni kelas drama masih berjalan seperti biasa.

Oleh kerana nak bagi dia belajar maths dengan lebih cekap, hantar oyin pegi kumon, tapi dia tak tahan sebab hari-hari kena buat homework. Sekarang dah stop kelas kumon.

Bagi menghilangkan kebosanan, dia mintak nak pegi kelas dancing. Cari punya cari, akhirnya mama jumpa satu kelas tarian yang berpatutan kosnya dan senang nak pegi hantar dan ambik dia.

Lokasinya di Taman Setiawangsa dan yuran bulanan cuma RM30 je sebulan 4 kali belajar. Masuk bulan Ogos ni merupakan  bulan kedua dia belajar.

Oyin, untuk pengetahuan awak, masa awak mula-mula masuk kelas dulu, jenuh mama nak suruh awak dance sebab awak malu sangat. Masuk kelas keempat baru awak ada berani sikit nak dance. Bulan Julai tu kiranya bulan pengenalan je. Langsung tak dance sebab awak malu sangat.

Sebelum puasa hari tu, barulah awak ada semangat dan keberanian nak menari. Termasuk malam tadi, awak dah tak nak mama tengok awak praktis sebab nanti awak malu. Pulak dah..

Anyway, i'm happy for you sebab awak ada aktiviti yang nak dilakukan untuk elakkan awak daripada jadi bosan.

lepas ni mama nak cari kelas lukisan pulak untuk awak sebab awak sibuk nak belajar melukis. Mama je yang tak ada masa nak hantar lagi. Tunggu k sayang. Maybe lepas raya baru mama hantar awak kelas arts.

Thursday, August 12, 2010

Parut Di Muka

Malam tadi selepas membersihkan muka, seperti biasa saya menyapukan toner dan pelembap untuk pastikan kulit tak terlalu kering. Maklumlah, umurpun dah 34 tahun, bukannya muda lagi.Seperti biasa juga, Nurin tak mahu tidur lagi dan setia menemankan mama dia menepek muka kerana dia tak suka tidur sorang-sorang.

Sedang sibuk menepek muka, oyin tanya " kat muka mama ada apa tu, kenapa jadi macam tu?.  mama kata, yang mana, dia kata yang panjang-panjang kat muka.

Oowhh.. rupa-rupanya oyin tanya pasal parut besar kat bawah mata yang cuma akan nampak kalau buka spec. kalau pakai spec memang tak berapa perasan pun..

Untuk pengetahuan oyin, mama dapat parut tu daripada Mak Uni..

Di kampung sri bunian, tinggal seorang budak perempuan yang belum pandai berjalan dengan mak, bapak, kakak dan abang dia. Satu hari tu kakak dia yang bernama Mak Uni telah membawa budak kecil tersebut brjalan-jalan dengan menaiki basikal. Tiba-tiba, dengan tak sengaja mak uni telah tejatuh daripada basikal. Apabila mak uni terjatuh, budak kecil yang sedang dibawanya turut terjatuh. Oleh kerana pada zaman dahulu tiada kemudahan perubatan yang canggih dan kerana mak dan bapak budak itu orang kampung yang miskin, mereka tidak membawa budak itu ke hospital, akibat daripada jatuh basikal itulah yang menyebabkan budak itu mempunyai parut di muka. Parut itu kekal hingga ke hari ini.

Budak itu adalah mama..

the end..

Hari Pertama di GSB, UM

Sebenarnya dah lama nak tulis, tapi asyik tak ada masa je. bila ada masa pulak, asyik tak boleh log in je. So, hari ni nak recap balik pengalaman hari-hari pertama kat GSB, UM selepas lama tak belajar.

Perasaan masa tu bercampur-campur, bangga ada, gembira ada, takut ada, malas pun ada juga. Sebabnya, banyak yang akan terpaksa dikorbankan kalau dah commit wang ringgit..

So, dengan semangat membara, pergilah kelas yang pertama hari Selasa 13 Julai 2010. Accounting for business decision making. Lecturer Dr Haslida. Masa break, terjumpa kawan lama kat UM juga, lin kancil (sebab dulu masa 1st degree dia bawak kete kancil). baru tau rupanya blh mintak exemption utk paper ni sebab ada degree accounting. Lepas break, terus masuk kelas MIS and kekal ambik paper tu.

Masa kelas pertama tu, masih belum register lagi sebab rasanya perasaan masih berbelah bagi sama ada nak sambung belajar atau tak lebih2 lagi bila dapat tau permohonan CBBPTB tak lulus.

Akhirnya, dengan semangat membara dan hati yang cekal dan setelah lama berfikir-fikir pros and cons nya, akupun daftar jugak kat UM.

Utk semester ni ambik tiga subjek je, MIS, Economics and OM. Adakah aku akan bertahan sampai dapat MBA?, hanya Allah yang tahu. Tapi, selagi kita tak berusaha dan mencuba, sudah tentu kita tak akan berjaya. Semoga semua urusan pembelajaran aku akan dipermudahkan dan semoga aku akan dapat MBA dalam masa 2 tahun. Amin...

Nurin, Selamat Berpuasa

Semalam, 1 Ramadhan 1431 Hijrah, bersamaan dengan 10 Ogos 2010 adalah hari bersejarah buat cik Nurin Hannani sebab dia dah mula berpuasa. Walaupun tak puasa penuh, sekurang-kurangnya dia dah menunjukkan minat dan keinginan untuk berpuasa. Itu yang lebih penting.

Bangun pagi pukul 5, mama kejutkan tapi dia terlalu mengantuk nak bangun so cuma bersahur susu sebotol je. Coco Crunch and air bliss terpaksa masukkan balik.

Pergi sekolah, nasib baik ramai juga kawan dia puasa. Izzatul, aleya, farhana puasa. Nana puasa juga, tapi dia tak tahan. Haikal, esok baru nak puasa.

Balik sekolah, dah tak tahan dia buka puasa dengan minum susu. Pukul 5 dah minta nasi dengan kakak.

Malam tadi lepas kelas, instead of pegi terawih, kami pergi pasar malam (teruk betul). Apa yang menariknya kat pasar malam, dia minta jam loceng yang bunyinya sebatu boleh dengar supaya senang dia nak bangun sahur.

Jadi pagi tadi, mama kejutkan dia and oyin siap suruh mama bunyikan jam loceng yang baru beli tu, baru dia nak bangun. Hari ni sahur coco crunch dengan air soya bean dan sebotol susu (ini memang tak boleh tinggal).

Semoga hari ni dan hari-hari seterusnya Oyin akan puasa penuh supaya hari raya tahun ni lebih bermakna buat kami sekeluarga.

Friday, July 2, 2010

DTC Here I Come..

Selepas hampir 17 tahun (wow lamanya) akhirnya hari ni menjejakkan kaki sekali lagi untuk menjadi warga UM. 17 tahun dulu baru lepas SPM, masih muda remaja. Sweet 17 lagi tu. Sekarang ni, keadaan dah berbeza, umur pun dah bertambah tapi perasaan bersemangat nak menjadi pelajar semula masih sama. Mungkin lebih kuat sebab cabaran yang akan dihadapi lebih hebat.

Macam manapun, hari ni merupakan langkah kedua (lepas apply masters) untuk mendapat segulung ijazah sarjana.

Semoga perjalanan yang dirancang akan lancar tampa banyak halangan.

Kepada suami dan nurin hannani, semoga kalian berdua akan sentiasa menyokong impian mama ini.

Sunday, June 20, 2010

2D1N Trip To Ipoh Perak

Semalam mama, oyin dan ayah pergi ke Teluk Intan. Actually nak pergi ke Dewan Serbaguna Taman Meru, Ipoh tapi sebab agak jauh and ayah tak nak drive pagi-pagi takut penat, kitaorang transit kat teluk intan rumah Pak Uda.

Dari rumah semalam pukul 6 petang. Lepas berhenti makan tak RnR Rawang, terus jalan tak berhenti sampai exit Bidor. Sampai kat Rumah Pak Uda dalam pukul 9 malam. Pak Uda pun tak balik dari surau lagi. Kali ni tak sesat sangat, cuma nak cari simpang masuk ke IPD Hilir Perak je terlupa simpang mana nak masuk.

Rupa-rupanya, lepas je Hospital Telik Intan, akan ada satu traffic light belok kanan yang menuju arah Kampung Gajah, ambik simpang tu. Lepas ni dah ingat jalan ke rumah Pak Uda.

Sampai kat rumah, sambil rehat-rehat ayah ajak pegi bandar T.Intan. Malas nak pegi, ending up Abg Faizal dengan Abg Ajib yang temankan Oyin dengan Ayah ke pekan. Yang istimewanya, Oyin belikan mama key chain tulis Nurin love Mama. TQ Sayang.

Sementara menunggu Oyin, Mak Uda tanya macam mana nak cari resepi kat internet. Lepas dah ajar tu, member dah berminat kat satu resepi puding caramel yang mudah nak dibuat. Ending up makcik buat kuih malam-malam buta tu!!. Fuhhh.. tak sangka sungguh, kat rumah punyalah pemalas nak masak, datang rumah orang siap boleh buat kuih lagi tu.. Hehehe..

Habis aktiviti malam.

Pagi, sarapan roti canai. Punyalah sedap roti canai tu, Oyin makan sekeping habis. Lain kali kalau nak makan roti canai kena pegi rumah pak uda..

Lepas makan, mandi, main basikal, main motor baru gerak ke Ipoh dalam pukul 11 pagi. Nak dijadikan cerita, tertinggal handphone pulak kat rumah pak uda, terpaksa patah balik. Nasib baik belum jauh sangat.  Dalam perjalanan ke Ipoh lalu jalan persekutuan yang menariknya ada sawah padi dan burung bangau putih yang sangat banyak. rasanya ada dalam 50 ekor atau lebih. Memang satu pengalaman baru utk oyin.

Memandangkan dah tau jalan, kitaorang takde lah makan langsat. Pukul 1 lebih kurang dah sampai kat wedding mawi and fiza. Makan, jumpa mawi and say bye bye sebab takut jalan jem. Almaklumlah esok start sekolah.

Berehat sebentar (lama jugak sebenarnya) kat hentian sebelah simpang pulai beli limau bali and jambu batu. Yang tak bestnya hentian sebelah ni tak ada sediakan surau untuk solat. Terpaksa berhenti lagi sekali kat Ulu Bernam solat.

Kebetulan kat Ulu Bernam ada agro bazaar. habis duit beli pah pizza, labu sayung, kuih, buah and sabun mandi.

Setelah penat melayan kerenah oyin yang tak sabar-sabar nak sampai rumah sebab nak pegi swimming, pukul 5.30 kitaorang pun sampai kat rumah..

Alhamdulilah.

Friday, June 18, 2010

APC 2009

Semalam, 17 Jun 2010 telah berlangsung majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009. Majlis ini adalah bagi meraikan pegawai dan kakitangan yang memberikan perkhidmatan cemerlang pada tahun 2009.

Saya nak ucapkan terima kasih terutamanya kepada SUB (PB) kerana telah mencalonkan nama saya sebagai salah seorang penerima. Terima kasih juga pada semua staf, ex-staf, bosses and ex-bosses (esp Mr Khoh and En Khairil Wari), kawan-kawan seperjuangan atas semua pertolongan, khidmat nasihat, tunjuk ajar, everything lah sehingga saya berjaya mendapat APC.

Terima kasih juga buat my beloved Nurin for your understanding and your love. Mama tak akan dapat capai semua ni kalau tak dapat semangat daripada awak.

Semoga anugerah ini akan jadi pemangkin untuk saya bekerja lebih rajin, amanah dan berdedikasi.

Hari Ini

Hari ni rasa sedih, rasa tak gembira, rasa tak ada semangat, rasa nak marah, rasa bengang, rasa diperguna, rasa tak berharga dan berbagai-bagai rasa lagi yang semuanya tak seronok nak ditulis. Habis tu, kenapa tulis?, kalau tak tulis nanti perasaan tu akan jadi semakin teruk dan hati akan jadi bertambah parah.

Jadi, kenapa ada semua perasaan yang tak best - tak best ni?.

Sebab, ada perasaan tak puas hati pada Husband.

If you read this, I just want to let you know that you hurt my feeling. Bukan senang nak dilupakan tapi kita tak akan buat macam dulu lagi. Kita akan bertahan untuk Yin.

Cubalah belajar faham perasaan orang juga. Jangan cuma pentingkan diri sendiri. Buangkanlah ego yang ada tu jauh-jauh. Jangan ingat diri tu sentiasa betul. Sedarlah diri sikit.


Thank you.

Sunday, June 13, 2010

Adikku Mahu Kahwin

Setelah beberapa tahun menyulam cinta dan bertunang, akhirnya masa yang ditunggu oleh pasangan ismail dan alin pun hampir tiba. Tinggal kira-kira sebulan je lagi sebelum 24 Julai depan. Seperti biasa, tiada manusia yang lebih sibuk bila bercakap tentang persiapan perkahwinan selain daripada ibu bakal pengantin.

Perkara yang sama pun terjadi pada emak. Nasib baik mak ada ramai anak yang boleh melayan kerenah dia nak berbelanja dan membuat persiapan. Mujur juga adik ada ramai kakak yang sudi nak mensponsor persiapan kahwin dia. Almaklumlah, ini kenduri kahwin yang terakhir dalam keluarga kami.

Bercakap pasal persiapan mak ni, biasalah kali terakhir kenduri kahwin kat kampung tu rasanya dah lebih daripada 4 tahun lepas. Banyak barang-barang yang kena dibeli semula. Ini termasuklah tilam yang aku beli masa tahun 2003 dulu.

Sebelum kami sampai kampung, kak ipah sekeluarga dah sampai terlebih dulu. Memandangkan tujuan balik ke kampung pun memang nak melayan mak berbelanja, kak ipah pun tanya mak sama ada mahu di beli atau tidak tilam yang baru?. Mak kata, tunggu dulu sebab masih ada banyak masa lagi.

Bila tiba aku pulak, mak tanya, Bila kita nak pegi beli tilam?.. Jadi, apa maksudnya kat sini?.

Tak lain dan tak bukan, mak suruh aka mintak aku sponsor tilam la ni. Bukannya tak nak sponsor, tapi mengenangkan CC baru habis bayar and tengah nak kumpul duit untuk bayar yuran master next month, rasa berat jugak permintaan mak ni.

Lepas difikir-fikirkan, pegi lah juga layan mak mencari, membeli dan membayar tilam baru sebab kalau mak tak harapkan pada aku dia nak harap pada siapa lagi. Habis rabak duitku RM750. BTW, mak sponsor RM250 je. Kalau beli tilam span, tak sedap pulak, pakai kejap je dah tak selesa nak tidur.

Aku sentiasa percaya, kalau kita mudahkan hidup orang tua kita, insyaallah Allah akan permudahkan hidup kita pulak. Amin.

Dik, ini kira hadiah kahwin la yer.. Hehehe..

Semoga, adik and alin akan hidup bahagia hingga keakhir hayat. Amin.

Saturday, June 12, 2010

Kala Matahari Terbenam

Kesukaan atau kegemaran saya melihat matahari terbenam bermula se waktu bekerja di Maybank. Kekerapan dan, akibat terlalu lama bertugas luar kawasan di Kota Kinabalu telah memperkenalkan saya kepada aktiviti melihat matahari terbenam di waktu petang. Teman menengok masa tu sambil makan pisang goreng panas yang dipotong nipis-nipis adalah nash, naaw, saiful dan neez. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi temankan saya masa tu.

Matahari terbenam atau sunset kat KK in particular kat depan anjung senja and promenade memang sangat cantik dan memukau pandangan. Sejak dari tu, saya memang selalu mencari-cari peluang untuk melihat  matahari terbenam. Walaupun cantik, tapi tak dapat tengok matahari tu terbenam sampai habis sbb ditutup gunung and pulau.

Pernah juga saya melihat matahari terbenam yang tak kurang cantiknya di guoman, port dickson. Walaupun tak secantik di KK, masih tetap berbaloi untuk ditunggu lebih-lebih lagi kalau dilakukan bersama-sama orang yang ada minat yang sama.

Apa yang sangat mengejutkan, walaupun sebelum ni kami pernah melihat matahari terbenam di pantai pontian, tak pernah saya lihat yang secantik itu. Macam kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tentulah lebih baik di negeri sendiri. Setiap kali bertugas di luar kawasan saya selalu berharap akan dapat melihat sunset yang memukau mata walaupun sebenarnya sunset yang SANGAT CANTIK itu ada di PONTIAN !!. Ruginya saya selama ni kerana tak sedar.

Disebabkan minat saya itu juga, nurin mula menunjukkan minat yang sama. Selepas ini, sudah tentu melihat sunset akan dimasukkan di dalam agenda tetap aktiviti balik kampung.

Bagaimana Saya Berusaha Menyelesaikan Masalah Cash Flow Bulanan

Saya nak berkongsi cara saya menyelesaikan masalah kewangan. Memang belum selesai sepenuhnya, tapi sudah bertambah baik. Satu masa dulu saya juga ada hutang CC yang banyak. Berbelas-belas ribu semuanya. Masalah saya bukan pendapatan yang tak cukup, tapi perbelanjaan yang tak berhemah dan tidak dirancang serta pelaburan yang tak mengikut langkah yang betul kerana asyik sangat nak melabur sampai perbelanjaan harian tak mencukupi dan bergantung pada CC.


Saya ada ASB loan RM50K dan RM30K dgn monthly installment RM382 dan RM228. Ada 2 biji rumah yang kedua-duanya saya sewakan walaupun tak dapat cover semua installment tapi masih ok (affordable). Ada kereta dan ada pekerjaan yang baik. Tapi, saya selalu rasa duit tak cukup kerana perlu membayar hutang CC yang banyak (sekurang-kurangnya RM400 sebulan).

Apa yang saya buat, saya senaraikan semua pendapatan bulanan saya kemudian saya senaraikan pulak perbelanjaan wajib bulanan yang tetap seperti kereta, loan ASB, bbsitter, bil-bil api air dan rumah. Lepas tu, saya tolakkan pendapatan dengan perbelanjaan tetap yang ada. Katakan pendapatan RM4,000. Perbelanjaan tetap RM2,500. Baki sebanyak RM1,500 tu saya bahagikan kepada 5 minggu (dlm sebulan ada lebih kurang 5 minggu) jadi kita dapat RM300 seminggu. RM300 tu kita masukkan dalam 5 sampul utk setiap minggu. Jadi, setiap minggu kita ada maksimum RM300 utk dibelanjakan. Tak kiralah untuk apa, makanan, tambang pengangkutan, berhibur, membeli belah dan sebagainya. Kalau ada extra saya akan simpan untuk minggu yang sama bulan hadapan atau simpan dalam emergency fund.

Friday, June 11, 2010

Dilema Ku

Susah sangat ke nak buat keputusan?. Apa masalah nya pulak sekarang ni Raha?. Hehehe.. saja je bertanya pada diri sendiri.

Kalau ikutkan perancangan asal masa mula-mula ambik RFP, aku kan habiskan semua paper by November punya exam. Jadi, setakat hari ni dah ambik 5 paper (4 dah pass, 1 tgh tunggu result), kalau ikutkan sitting August nanti ambil satu lagi paper (retirement planning) and November nanti ambil satu lagi paper (application of fin planning). Bolehlah habis by end of this year.

Tapi masalah problemnyer sekarang ni, since dah buat keputusan nak sambung buat master, kena suit kan juga masa exam RFP dengan exam Master first sem nanti. Bila tengok jadual, exam master dlm pertengahan bln November - Awal Disember. So, RFP paper November memang kena tolak ketepi. Kalau clash, satu apa pun tak dapat. Duit habis je yang dapat.

Bila semak jadual exam RFP, bulan August ni memang blh g exam tapi sekarang tengah simpan duit utk bayar yuran master la pulak.. Kalau dah bayar yuran RFP, melayang dah RM600. Rasanya tak perlu kelas lah. Cukup study sendiri je. Paper final nanti baru g kelas.

Inilah dilema yang aku hadapi sekarang ni. Nak ambil paper RFP august ni ke tidak. Kalau ambil and study, tinggal satu paper je next year, tapi kena spent duit utk bayar yuran. Kalau tak ambil, memang lambat lagilah nak dapat RFP certification.

Arghhhhh..... Kenapa kena buat keputusan ni????

New Born Baby Boys

Tahniah diucapkan pada Neil and Kim, Rini and Hubby yang baru dapat baby boys. May all of you become a good and loving parents.

Thursday, June 3, 2010

Sayang, Happy 6th Birthday

Buat Cinta Hatiku dan kesayangan ku, Nurin Hannani binti Mohd Nazari, Mama dan Ayah ucapkan selamat hari jadi yang ke-6 pada 4 Jun 2010. Macam baru je awak keluar dari perut mama. Tiba-tiba awak dah besar.

Mama masih ingat lagi, awak dah tak sabar-sabar nak keluar sebab walaupun baru 8 bulan dalam perut.

Semoga anak mama akan jadi anak yang solehah, rajin belajar, hormat mama, ayah, orang tua, teacher, cantik, bijak, berani dan tak melanggar perintah Allah.

Terima kasih sebab bagi keceriaan dalam hidup mama dan ayah dan menyatukan kami semula.

Selamat Hari Jadi Sayang...

Jerawat oh Jerawat 2

Masuk hari ni dah lebih kurang 1 bulan setengah dapatkan rawatan jerawat daripada dermatologist. Alhamdullilah, dah bertambah baik. Jerawat yang berdenyut-denyut dan besar dah tak tumbuh, jerawat yang ada dah semakin mengecut dan kulit mukapun dah tak kemerah-merahan lagi.

Sekarang ni adalah masa yang terbaik untuk teruskan rawatan. Macam kata doktor, paling cepatpun 8 minggu baru jerawat berhenti tumbuh. Kalau adapun biasalah, jerawat kecik2.

Sukanya rasa... Dulu bukan main susah nak hilangkan jerawat. Habis beratus-ratus ringgit buat treatment and beli produk. Rupanya ada kos yang lebih murah iaitu dengan jumpa pakar penyakit kulit.

Setiap hari masih lagi amalkan cuci muka 3x, sapu krim malam and makan antibiotik.

Next appointment 17 Julai ni. Harap-harap hormon kembali stabil supaya period blh kembali normal dan berjaya dalam usaha nak bagi oyin adik.

Wednesday, June 2, 2010

Nurin's Speech and Drama Class @ Pianoforte, Taman Midah

It's been almost a year since we enrolled nurin for a speech and drama classes. It all started when teacher Kamala (her class teacher at Qasrina) told us that nurin is a bit reserved, do not want to participate in class activities and needs a lot of encouragement to speak her mind.

Following her suggestion, we (actually it's me) started to look for a suitable class for her. After a few hours of searching on the net, i found this school that specialising in piano lesson. They do offer speech and drama class as well as teakwondo. Her first class was on 15 July 2009 with a fee of RM80 a month and one hour class a week.

The teacher, Miss Tan is very helpful and full of ideas on how to encourage nurin to speak/voice out her opinion/participate in class etc. BTW, this is a one to one class.

The first few weeks were tough and funny though. She would not allow me to leave her alone and she do not even wants to see her teacher's face because she is very shy. According to Miss Tan, she is the most passive/reserved student she ever had. She would even running around the class just to avoid facing the teacher.

I told Miss Tan that she likes stickers especially barbie/princesses stickers very much. It really works very well as she will be given stickers every time she complete the task given. The more stickers she get, the happier she is.

To reduce her dependancy on me, I would drop her in front of the class and the teacher would fetch her with promise that i will be outside her class whenever she needs me. Although she hesitate at first, after a few classes it works very well. So, I would usually drop her outside pianoforte and went off straight to TESCO EXTRA to do some shopping/pray/eat etc.

Her english is getting better and more importantly, she enjoys the class very much. That is the most important thing.

This is her teacher's first comment for period from 15 July to 21 October 2010 " Nurin is rather soft spoken but she is willing to learn and improve her understanding of the language".

This is the second comment for period from 28 November 2009 to 27 January 2010 " Nurin has shown some improvement with her interactive skills. Although still soft spoken, she's willing to help out other students".

It is still a long way to go. She is getting better but, there are still room for improvement as she is still a bit shy and not keen to new challenges.

MBA (Finance), Universiti Malaya

Akhirnya, permohonan untuk buat master telah diterima. Alhamdulilah. Sekarang ni kena mulakan dengan step yang seterusnya. Cari Duit untuk tampung kos pengajian. Ada jugak yang tanya, apa pasal la tak tunggu HLP?. Aku ni selalu banyak berfikir tapi action lambat. Macam nak buat master, niat nak belajar dah ada sejak daripada habis first degree lagi, tapi tak pernah ada kekuatan nak buat. Buat RFP pun sama jugak, dari dulu selalu ada keinginan nak belajar menguruskan kewangan, tapi tak pernah register sebab takut tak ada duit nak tampung kos pengajian.

So, tahun ni dapat kekuatan untuk apply MASTER dan rasanya aku dah sampai masa nak belajar semula. Walaupun permohonan cuti belajar bergaji penuh belum diluluskan, itu bukan halangan untuk belajar. Ramai lagi orang yang berjaya walaupun tak dapat sokongan majikan. Lagipun, masa yang kita ada ni kalau tak diuruskan dengan baik memanglah tak cukup.

Harap-harap semangat untuk belajar ni akan jadi satu suntikan moral untuk oyin juga bila dia dah besar nanti.

Mawi dan Fiza, Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Mawi dan Fiza yang akan melangsungkan hari bahagia mereka pada 5 Jun 2010 di Kajang. Semoga kalian akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan diberkati dengan rezeki yang halal. Semoga cinta DPA ini akan kekal selamanya.

Friday, May 28, 2010

Cuti-cuti Malaysia - Isi Rimba Kemensah

Cuti umum memang selalu ditunggu-tunggu. Lebih-lebih lagi jika cuti umum jatuh hari Jumaat atau Isnin kerana akan ada hujung minggu yang panjang. Bersempena dengan hari wesak, kami berlima telah bercuti @ mandi sungai di kemensah yang terletak di belakang Zoo Negara.

Walaupun cuma terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah, inilah kali pertama kami sampai ke Kemensah untuk berkelah.

Perjalanan dari rumah cuma mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Untuk kesana kami menggunakan lebuhraya lingkaran tengah 2 (MRR 2) dari arah Seremban. Pusingan U perlu dibuat dipersimpangan Taman Melawati menghala ke arah Zoo Negara. Seterusnya, susur masuk di persimpangan menuju ke Zoo Negara sehingga sampai ke kawasan letak kereta Zoo Negara yang ketiga. Teruskan perjalanan selepas melewati tempat letak kereta zoo negara kerana lokasi perkelahan Sungai Kemensah ada di hadapan. Hanya perlu bergerak terus kehadapan tanpa membelok ke mana-mana persimpangan.

Sebenarnya terdapat banyak lokasi perkelahan yang ada di sepanjang Sungai Kemensah. Kami memilih untuk meneruskan perjalanan sehingga ke hujung jalan dan bertemu dengan Isi Rimba Resort. Pada mulanya kami memang kurang berkenan dengan keadaan sekitar sungai berkenaan yang tidak menarik. Namun, setelah meninjau dengan lebih jauh di sekitar Isi Rimba, kami terus bersetuju untuk menghabiskan masa bersama di sana.

Apa yang menariknya di Isi Rimba adalah ia merupakan lokasi perkelahan yang terakhir di sepanjang Sungai Kemensah. Airnya jernih dan sejuk. Ikan yang ada pula merupakan dari jenis yang digunakan di spa ikan kerana jika diletakkan kaki di dalam air ia akan memakan sel-sel mati kita. Menarik bukan?.

Kami juga berjumpa dengan ketam dan ular. Apa yang lebih menarik, seekor kumbang turut berminat dengan kami apabila ia hinggap sehingga di dalam baju Kak Ana, kakak sepupu Nurin.

Di samping memasang khemah yang dibawa bersama, pihak resort juga ada menyediakan wakaf yang dikenakan bayaran hanya RM20 sebuah. Memang menarik, namun keadaan wakaf yang tidak terurus dan agak usang agak mengecewakan. Mujur kami membawa bersama tikar yang dapat digunakan.

Kami menghabiskan masa dengan bermain air, membina istana pasir dan makan soto ayam yang di masak oleh Kak Ana.

Memandangkan hari hampir hujan, Sungai Kemensah kami tinggalkan sekitar jam 3 petang dengan harapan akan berkunjung lagi di masa hadapan.

Thursday, May 27, 2010

Cintaku Demam

Sebagai seorang emak tak ada yang paling menyusahkan hatinya melainkan bila anaknya sakit. Kalau boleh biarlah Allah bagi sakit tu kat dia, jangan anak yang sakit. Macam tu jugalah yang aku rasa hari ni.

Lepas habis kelas drama tadi, kami pergi galaxy ampang tengok shrek. Oyin bukan main beria-ia nak tengok tapi bila dah tengok takut pulak. Mungkin keadaan yang sangat sejuk tu buatkan dia tak tahan sampai jadi demam.

Dalam kereta lagi dia dah bising sakit telinga dan pening kepala. Mama ingatkan oyin mengada-ngada. Rupanya memang dia demam.

Sampai rumah terus mandi and memandangkan esok ada party kat qasrina, kenalah bawa something untuk oyin makan dengan kawan-kawan dia. So hari ni kami dah setuju untuk oyin bawa nenas rebus (dessert tu). Mamapun sibuk lah kat dapur siapkan dessert utk party oyin esok. Dia masih lagi tak sihat.

Lepas habis masak, tengok macam dah ok sikit. Ayahpun kata dah ok ni, esok je bawa pergi klinik. Mamapun rileks je la.

Bila dah masuk bilik, rasa badan dia masih panas lagi. Dah la tu, dia tak boleh tidur pulak.. Ajak ayah pergi klinik ayah tak nak sebab pada dia demam biasa je. Esok pagi elok lah tu.

Memandangkan ayah tak mahu hantar oyin ke klinik, mama pergi berdua ajelah dengan oyin. After all, we have each other what untuk temankan diri masing-masing memandangkan jam masa keluar rumah tu dah pukul 1.30 pagi. Takut tu memanglah ada, tapi demi nak pastikan boleh tidur lena dan peace of mind, mama redah juga.

Sampai je kat klinik, oyin muntah. Nasib baik tak kena kat baju/kat lantai klinik. Lepas dapat ubat doktor, balik, makan ubat, dia nak makan nasi pulak.. Mamapun apa lagi pukul 2 pagi goreng telur... Nasib baik nasi ada. Dah siap, tak selera pulak.. Terpaksalah tukang masak yang makan.

By the time mama menulis ni dalam pukul 2.45 pagi, oyin dah boleh tidur nyenyak, panas badan pun dah kurang dan mama boleh tidur dengan lena. Tak taulah boleh bangun ke tidak esok pagi ni.

Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku kekuatan dan keyakinan. Terima kasih juga kerana Kau sembuhkan sakit anakku. Amin..

Tuesday, May 25, 2010

Menjadi Ibu/Emak/Mama/Mummy dan Kawan

Bila datangnya bulan Mei ni, akan ada pelbagai jenis sambutan. Ada hari ibu, hari guru, hari belia, hari jururawat dan bermacam-macam jenis hari lagilah. Walaupun tahun ni tak dapat kad sempena hari ibu (sedih),  tapi tetap juga gembira sebab dapat jadi mama kepada nurin hannani. Ramai lagi bakal2 ibu yang mengharap untuk dapat anak tapi masih belum dikurniakan anak. Jadi, walaupun cuma ada seorang anak, rasa gembira menjadi ibu memang satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Sebenarnya bila kita jadi mama ni kita kena selalu banyak berfikir sebelum kita bertindak. Tak boleh buat secara melulu. Ada sekali tu, sebab marahkan nurin mama campak penyapu yang tengah kat tangan ke lantai. Memanglah dia rasa takut tapi bila dia rasa tak puas hati dengan kita, diapun buat perkara yang sama. Dibalingnya barang yang ada kat tangan dia dengan selambanya. Bila kita tanya kenapa buat macam tu, dia kata sebab mama pun buat macam tu (baling barang) bila marah kat dia.

Anak memang cermin diri kita sendiri. Kalau baik yang kita ajar, akan baik jugalah penerimaan dan tindakan dia.

Ada sekali tu nampak banyak sampah bersepah-sepah kat koridor rumah. Kitapun saja je bukak cerita kenapa diaorang ni tak buang sampah dalam tong sampah. Nurin punya kesimpulan, diaorang ni buang sampah bersepah-sepah dan tak masuk dalam tong sampah sebab MAMA DIAORANG TAK AJAR. Betapa kuatnya pengaruh mama pada anaknya.

Sekarang ni Oyin asyik cerita nak adik je. Memanglah nak adik/baby tapi nampaknya masih belum ada rezeki lagi. Harap-harap doa untuk dapat adik akan dimakbulkan tuhan.

Amin...

Sunday, May 23, 2010

Kesilapan Kewangan dan Cadangan Penyelesaian 3

4.Suka invest secara melulu dengan tak ada thorough survey

Dah banyak kena dah ni tapi masih tak ada kesedaran jugak. Antaranya, beli saham mithril, buat pinjaman ASB exceed kemampuan, beli saham SAAG, KNM. Aduh.. panjangnya list.
So, untuk cuba atasi kesilapan ni, aku dah stop sementara main share. Tengah belajar lagi supaya tak buat kesilapan yang sama. Lagipun lepas ni nak beli shares yang aku condifen je. Senang sekali beli maybank. Memang tak pernah mengecewakan tapi banyak sangat nak pakai modal. Itu tak larat tu.

Utk ASB, aku dah jual satu yang 50k. Tak larat nak bayar monthly dan rasanya tak berbaloi dengan keuntungan yang dapat. Dengan semangat dan kesungguhan, tak perlu buat loan ASB untuk pastikan ada RM200k dalam akaun.


5. Tak belajar daripada kesilapan
Manusia memang mudah lupa. Sekarang ni aku sedang dalam proses meditasi dan bermuhasabah diri supaya sentiasa mengukur baju di badan sendiri.

6. Tak buat emergency fund
Memang satu kesilapan yang besar sebab bila tak ada emergency fund, sebab bila ada kecemasan asyik gunakan duit yang dah diinvest untuk top-up perbelanjaan yang besar. Sedang dalam usaha untuk buat emergency fund. Sekarang ni aku dah tak buat simpanan lain kecuali untuk set-up emergency fund. Mungkin akan makan masa yang agak lama jugak memandangkan aku sekarang tengah nak pakai duit yang agak banyak juga nak buat master.

7. Suka beli barang pakai credit card dengan janji palsu akan bayar secepat mungkin

AKu dah insaf. Sekarang ni dah mula ukur baju kat badan sendiri. Kalau aku tak ada cash yang cukup bermakna aku belum mampu nak beli. Memang kena banyak berkorban perasaan dan keinginan. Tak apalah, ini cuma sementara je.

8. suka beli alat kosmetik terutama alat penjagaan muka yang mahal (sekarang ni muka banyaknyer jerawat..)

Akupun dah stop ni sebab tau aku memang tak mampu nak beli buat masa ni. Tunggulah ada duit lebih sikit nanti.

9. Suka meminjam untuk invest.

Dah stop. Dah jual ASB shares. Tengah cuba nak settelkan personal loan yang aku amik masa beli rumah putrajaya je.

Mari Memasak

Hari ni seperti biasa di hari cuti, mama dan oyin berehat dan bermalas-malasan sambil menonton tv. Ayah ada kelas hari ni. Lepas balik dari pasar, mama kemas rumah and lipat baju, Oyin kata dia nak masak. Mama kata tunggu petang sikit.

So, hari ni bagi mengisi masa lapang instead of watching tv or playing games, oyin pun masak. Resepi hari ni, cookies. Mama tolong buatkan doh nyer. BTW, before that oyin dah tolong mama bancuh tepung untuk buat keledek goreng utk minum petang.

Dohnye senang je (Sori sayang bahan kat rumah tak cukup jadi kuih yang awak buat tak boleh di bakar/goreng/rebus/etc). Cuma boleh buat main jer. Dohnye cuma tepung gandum dengan marjerin dan air. Macam nak buat karipap la pulak. Tapi pakai cetak. Sampaikan cetak yang dapat masa beli playdoh pun awak guna. Ish ish ish...

Anyway, Nurin Hannani keep up your spirit. Bila awak dah besar sikit nanti kita buat kuih betul-betul. Sekarang ni cuma untuk awak biasakan diri dengan dapur dan kenal bahan-bahan yang sangat berguna kalau nak masak.

Saturday, May 22, 2010

Being an Insurance Agent

Soalan yang pertama keluar adalah, bolehke Raha buat sales? buat marketing?. Mula-mula memang kata tak boleh. Confident level memang almost zero.

Tapi kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kalau kita tak cuba, memang sudah pasti kita tak akan berjaya.

So, hari ni selepas beberapa kali dipersuade oleh seorang member yang aku kenal masa ambil exam RFP, Mr Alan, akupun membukakan pintu hatiku untuk dengan product talk. Bukan dekat, event tu kat holiday inn glenmarie. Ikutkan hati memang tersangatlah malas nyer nak pegi. Bermalas-malasan dengan oyin kat rumah lagi best. Tapi, daripada biar oyin asyik tengok tv jer, baik keluar. Lagipun, tak payah keluar satu sen pun.

BTW, event tu bukan untuk jual product sangat pun, ia lebih kepada untuk personal development. Ini organised by hong leong assurance.

Apa yang bestnya pegi, dahla dapat bunga ros percuma, ada hi -tea pulak tu. Dapatlah kitaorg (mama dan oyin) makan percuma kat hotel. Hahaha..

So, hari ini dalam sejarah for me and oyin. I'll give it a try, berjaya atau tidak, biar masa yang tentukan.

At least, aku cuba. Mana tau, langkah pertama ini akan membuahkan hasil dan berjaya buat kami hidup senang.

Amin...

BOSANNYA....

Apa nak buat hari ni?. Rasa bosan yang amat sangat. Nak keluar, duit tak ada. Nak pegi jumpa kawan, tak ada orang jaga oyin. Nak pergi tekgok shrek, rasa macam membazir pulak. 2-3 bulan ni rasa tight betul expenses. Macam tak ada ruang nak bermewah-mewahan. Siksanya hidup.........

arghhhhhhhhhhhhhhhh..

Aku bosan...

Aku mesti baiki taraf hidup aku. Aku tak nak hidup dalam keadaan macam ni selamanya..

Wednesday, May 19, 2010

Derma Organ - Pesanan untuk Nurin Hannani

Ini bukanlah bertujuan nak membangga diri. Ini sebenarnya peringatan untuk Nurin bila mama dah tak ada nanti. Yayang, mama dah daftarkan diri mama sebagai penderma organ dengan pusat transplant negara. Nanti, kalau mama meninggal, awal tolong uruskan ya untuk mama. Semua organ mama yang boleh digunakan untuk selamatkan orang lain mama nak dermakan.

Semoga dengan niat mama ni akan ada yang lebih gembira selepas mama meninggal nanti.

Awak tolong mama ya. Tapi ni kalau mama meninggal masa awak dah besar la. Kalau awak kecil lagi, mama tak akan salahkan awak kalau hasrat mama ni tak dilaksanakan.

TQ sayang. Luv u.

Tuesday, May 18, 2010

In Five Years - 2015

Dalam masa lima tahun aku akan berusaha untuk capai perkara-perkara berikut:

1. Dapat Masters (MBA Finance)
2. Dapat RFP ( walaupun tak practice)
3. Dapat anak lagi ( atau ambil anak angkat)
4.  Beli kereta baru
5. Beli sebuah lagi rumah kat downtown KL
6. Ada emergency fund yang mencukupi
7. Langsung tak ada hutang Kredit Kad
8. Habis bayar hutang personal loan
9. Invest sekurang-kurangnya RM10 ribu dalam Unit trust untuk oyin punya education fund
10. Hidup bahagia dengan suami dan anak-anak.

Amin. Semoga dengan perancangan, usaha dan kesungguhan impian aku ni akan dapat dicapai.

Seven Steps to Golden Retirement

1. Determining the number of years you have until retirement

Planned Retirement : 58
Current Age : 34 (alamak dah tua rupanya)
Years to retire : (58-34) 24 (lama lagi rupanya nak pencen)

2. Determining your desired retirement income

Katalah aku pencen nanti gred 54, gaji dalam RM10,000 sebulan so masa pencen kalau ambik kira 60% jadinya retirement income yang diperlukan adalah : RM10,000x 60% = RM6,000 sebulan. tapi ni consider nett la. Semua hutang piutang dah habis bayar. Takde lagi hutang kereta, rumah, personal loan etc.

Lepas tu kena ambik kira pulak agak-agak aku boleh hidup sampai umur berapa tahun. Katalah umur panjang, blh hidup sampai umur 80 tahun.

Aku perlukan 22 tahun of retirement income (80 - 58).
Kiraan kasar keperluan retirement income (RM6,000x12x22) = RM1.584 juta

3. Calculating your inflation-adjusted retirement income

So, aku perlukan RM232,200 setahun untuk 22 tahun (i.e dari umur 58 sampai umur 80 tahun) setelah ambil kira avarage inflasi 5% setahun.

FV = RM72000 x FVIF (22 yrs, 5%) - ini pakai financial calculator
      = RM72, 000 x 3.225
      = RM232,200

FV = Future value
FVIF = Future value interest factor

Step 4 : Calculating the total funds needed at retirement
Katakan utk next 25 thn (dlm table ada 25 thn je, 24 xde - kira anggaran la) aku pye avarage rate of return on investment is 8% (actually cuma 3% je lepas tolak inflasi 5%)

PVA = RM232,200 x PVIFA (25 yrs, 3%)

= RM232,200 x 17.413

= RM4,043,298.60
PVA = Present value of annuity;
PVIFA = Present value interest factor of annuity

So, aku perlu ada RM4.04 juta dalam akaun bank untuk retire umur 58 tahun; gaji RM6,000 sebulan sampai umur 80 tahun. (Fuhhh banyak giler)


Step 5 : Estimating funds available at retirement

Ini bukan satu tugas yang mudah. Kalau aku ni jenis berjimat, pandai invest duit maybe masa pencen umur 58 tahun nanti ada banyak simpanan. Tapi, kalau setakat cukup makan je, payah juga. Ini kena assume la.

Katakan masa umur 58 nanti, rumah dah ada 3 biji semua dah habis bayar (ini satu duduk dua lagi sewakan la), ASB dah full, Unit Trust ada Rm250,000. All in kiranya net worth aku masa tu dalam RM2 juta la katakan. (Sekarang dalam 0.5 juta takkan dalam 25 tahun tak boleh capai 2 juta - insyaallah)


Step 6 : Calculating the shortage (or surplus) of funds at retirement


Total funds we require (from Step 4): RM4.04 juta

Total funds available (from Step 5): RM2 juta

Total shortfall: (RM2.04)


Step 7 : Calculating the savings required to cover shortfall

Shortfall: (RM2.04 juta)
No. of years to retirement : 24 years
Average rate of return: 8%

PMT = (RM2.04) / FVIFA (24 yrs, 8%)

= (RM2.04)/ 66.764

= RM30,555.39
PMT = Periodic payment (annuity);
FVIFA = Future value interest factor of annuity.

So, untuk achieve target aku kena save RM30,556 setahun atau RM2,500 sebulan selama 24 tahun sampai aku retire untuk pastikan aku blh hidup dengan RM6,000 sebulan dari umur 58 tahun sampai umur 80 tahun.

Bukan satu tugas yang mudah, alhamdulillah dengan adanya pencen mudah sikit tugas aku. Tapi, walau macam manapun, masih juga kena menyimpan dan beringat. Panas tak akan selalu sampai ke petang, langit pun tak selalunya cerah. Ada masanya mendung, hujan, ribut dan ada juga kalanya selalu cerah dan ceria.

Catatan : Cara nak kira step by step ni ambik dari website http://www.min.com.my/.

Monday, May 17, 2010

Panda Yang Cantik

Panda itu ada anak sepuluh ekor. dan mama dia sepuluh. lepas tu 10 anak dia sayang mak dia. sekarang  nak main. saya nak nyanyi lagu twinkle twinkle little star.


Twinkle twinkle little star
how i wonder what you are
up above the world so high
like a diamond in the sky
Twinkle twinkle little star
how i wonder what you are
up above the world so high
like a diamond in the sky.

Twinkle twinkle little star


Tepukan kepada anak-anak panda sepuluh. Lepas tu dia pun nak menari macam princess. Lepas tu dia pun mama dia pergi jalan cari makanan...

The end..

Tepukan untuk mama dan oyin.

Tanya Sama Pokok

tanya sama pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
angin yang goncang.....

tengok dalam air
nampak bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang...

kalau difikirkan
orang yang beriman
Allah yang jadikan
apa nak hairan...


the end...

Financial Management With Nurin - 17/5/2010

Masuk hari ni dah lebih sebulan mama dengan ayah cuba ajar oyin pasal duit. Bukan senang nak ajar anak supaya bijak berbelanja kalau mama dengan ayah pun tak bijak berbelanja. Semua ni try and error.

So, memandangkan cara bagi dia imbuhan untuk setiap aktiviti/tolong mama/belajar yang oyin buat kurang berjaya, mama tukar strategi pulak.

Sekarang ni, setiap hari Ahad oyin akan dapat duit poket mingguan RM10. Dengan duit banyak tu, dia boleh beli apa je yang dia suka. Toys ke, jajan ke, anything lah. Kalau dia jimat, dia boleh simpan duit tu and gunakan untuk top up beli basikal pink. Tapi, mama bagi kelonggaran kalau dia nak beli buku. Mama akan belanja.

So far so good. Hari sabtu lepas bawak dia gi pasar malam kat sri rampai. Dia tak bawak duit, tapi balance duit dia masa minggu balik kampung ada lagi RM5. So, dengan duit tu dia boleh beli apa je yang dia nak. Pusing punya pusing, toys yang ada kebanyakannya lebih RM5. Mama tak bagi beli sebab duit dia tak cukup. Akhirnya, sampai kat gerai jual puzzles. Bila tanya harga, RM3 je. Oklah tu. Oyin pun beli dengan duit dia sendiri, jimat RM2.

Mama tanya, oyin nak buat apa dengan duit tu. Sekejap dia kata nak simpan, sekejap kata nak beli something. Mama kata, no problem asalkan harga barang tu kurang dari RM2. Tapi, mana ada mainan yang harga kurang RM2.Semuanya mahal-mahal, so jimatlah duit dia tak jadi guna. Dia kata nak simpan untuk beli basikal.

At least dia ada matlamat. Walaupun duit yang dia dapat asyik nak guna buat beli mainan, at least dia dah boleh nak fikir macam mana nak belanja. Lama-kelamaan insyaallah dia akan lebih pandai manage duit dia.

Cabaran 100 Hari Tanpa Kredit Kad

Diam tak diam, pejam celik dah sampai 100 hari. Akhirnya aku berjaya!! Walaupun tak sepenuhnya la sebab ada guna sekali masa hari ke 97 (tapi dah bayar balik) . Hahaha..

Dengan keyakinan dan azam, kita sebenarnya memang boleh berjaya. Apa yang penting, kita nak atau tidak. Sanggup atau tak nak tukar lifestyle kita dan mengukur baju kat badan sendiri. Bila kita pakai kredit kad ni sebenarnya kita jadi lupa nak pakai baju yang sesuai dengan tubuh badan kita, memanglah kita rasa cantik dan lawa bila pakai baju mengikut citarasa sendiri, tapi sebenarnya nampak banyak kekurangan di mata orang lain dan juga tak sesuai dengan bentuk badan sendiri.

Lepas dah berjaya ni, harap-harap akan lebih berjaya mengawal diri sepanjang masa. Memanglah kita akan rasa cemburu bila tengok ada orang yang lebih mewah berbelanja berbanding diri kita, tapi kita jangan pulak lupa, ada ramai lagi yang langsung tak ada duit nak makan. Lagipun, setiap orang tu rezeki dan perjalanan hidup memanglah tak sama, jadi kita kenalah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha untuk buat yang lebih baik..

Tuesday, May 11, 2010

Jaga kesihatan

Dah lama rasanya tak menulis. Rasa rindu sangat nak meluahkan perasaan dan rasa hati. Sebenarnya, bukan tak nak menulis, tapi oleh kerana masalah kesihatan yang tak mengizinkan terpaksalah juga dilupakan seketika hobi menulis.

Hari minggu lepas (labour day) kitaorg balik ke Sungai Balang Muar, mungkin disebabkan cuaca panas yang amat, balik dari kampung terus demam. Rasa letih dan lemah yang amat sangat. Ingatkan lepas rehat sekejap demam boleh kebab. Sebab dah tak tahan sangat kena aircond, lepas lunch hour dah mintak permission bos utk balik ke rumah. Hari Selasa masih tak sihat lagi sampai terpaksa ambik EL sebab tak larat nak pergi jumpa doktor.

Hari Rabu, masih rasa tak berapa sihat. Lepas je waktu ofis, terus pergi klinik. DOktor kata demam kuat, MC satu hari. Kalau tak mengenangkan ada meeting hari ISnin dengan selasa sure aku langsung tak datang ofis jumaat lepas.

Tepat je pukul 5, terus balik sebab tak tahan sejuk. Weekend, tak ada buat apa-apa sebab badan masih terasa lemah.

Sampailah ke hari ni, masih belum pulih sepenuhnya. TApi getting better. NAsib baik bukan denggi atau H1N1.

Apa yang penting, kita kenalah jaga kesihatan dan diri kita sendiri.

Friday, April 30, 2010

Mari Berbasikal

Wanita berkerjaya ni memang selalu tak ada banyak masa. Start daripada bangun tidur je dah start buat kerja. Rutin harian tu mestilah ada disekalikan dengan mengemas rumah la, basuh baju la, gosok baju la (ini yang paling menyampah sekali), tengok kerja sekolah oyin la. Semuanya tak pernah habis. Sentiasa je ada yang baru.

Kalau kita tak luangkan masa untuk buat aktiviti lain, kita memang tak ada kerja lainlah. Asyik buat kerja rumah je memanjang.

So, hari ni mama nak cerita dengan oyin aktiviti yang selalu kita buat bila mama free selain daripada pegi swimming.

Hari sabtu pagi kalau tak pergi pasar mama selalu jugak bawa oyin pegi naik basikal. Mama suka naik basikal sebab selain dapat relaks kan kepala, boleh juga excercise.

Selalunya kita pergi ke tasik ampang hilir. Tak ada lah jauh sangat, dalam 30 minit je mengayuh. OTW, kita beli air 100plus, roti and surat khabar. Sampai sana, mama rehat oyin main taman. Dah bosan, kita balik.

Owh.. nanti mama upload gambar basikal kita yang cun tu. lain kali mama cerita pulak kita cari biji saga..

Daaaa.....

Thursday, April 29, 2010

Jerawat oh Jerawat..

Tak tau kat mana yang silap, muka aku banyakkkkkk... sangat jerawat. Nak kata salah makan, rasanya aku makan biasa-biasa je. Nak kata dari dulu banyak jerawat, dulu takde pun. Sekali sekala je ada jerawat. Itu biasalah kan. Rasanya macam dah tak sanggup cuci muka sebab rasa macam ada kawah gunung berapi kat muka ni.

Semua masalah ni mulanya macam dah agak lama jugak, awal2 tu takde lah teruk sangat. Sikit-sikit je. Aku try guna SKII. Surut sekejap, lepas tu dia naik balik. Tak tahan wallet pakai SKII. Try pulak pakai herbaline tapi tak larat sbb salesgirl dia sibuk suruh pakai produk dia setiap kali g buat facial. Still, muka tetap penuh jerawat.

BTW, masa ni muka jerawat je tapi takdelah berdenyut2 and besar2 macam jerawat batu. Awal tahun ni, start pakai lancome. Muka yang tak ada jerawat rasa ok tapi tempat yang ada jerawat, terasa berdenyut2 and merah macam kena bakar. Dah la kulit makcik ni putih kemerahan. hahaha (perasan la plk).

So, enough is enough, aku dah tak mau depends on products lagi. Aku nak dapatkan rawatan pakar. Hari Khamis 22/4/10, hari gaji bulan 4 akupun pegilah ke Klinik Pakar Kulit Mohd Noh kat Jalan TAR. Ongkosnya, biasalahkan dah namanya pakar, RM200 duit ku melayang.

Doktor bagi ubat cuci, sapu and makan. Tapi, ikut cakap doktor kena tunggu dalam 8-12 minggu baru boleh nampak kesannya. Ubat pulak kena makan dalam 4-6 bulan untuk pastikan bakteria jahat semuanya mati. Tak kisah lah. Asalkan jerawat tak bermaharaja lela kat muka.


Cumanya bila pakai ubat sapu jerawat utk guna siang hari je kulit rasa macam terbakar, so buat masa ni aku stop dulu guna. Pakai balik lancome pye toner ngan mosturiser sebab kulit terasa amatlah keringnya dan terkopek-kopek.


Bila ada jerawat ni, keyakinan diripun berkurangan. So, buat masa ni cuma blh teruskan rawatan dan bersedia untuk korbankan duit untuk benda lain supaya sentiasa ada cash utk bayar fee sebab kat klinik tu cuma terima cash sahaja. Credit Card pun tak diterima.

Hari ni genap seminggu lepas g jumpa doktor, rasa berdenyut kat tempat yang jerawat dah tak ada, jerawat baru tumbuhpun dah kurang.


Ya Allah ya tuhanku, semoga usaha ini akan berjaya mengembalikan wajahku yang asal. Amin...