Sunday, January 31, 2010

HARI KESEMBILAN - 31/1/2010

Hari ni g shopping di JJ Maluri. Rambangnyer mata.. Nasib baik ada SOS kalau tak sure cc terpaksa digunakan. hari ni berjaya berbelanja hanya dengan menggunakan cash dan visacard debit. Huhuhu..

Saturday, January 30, 2010

Sepetang di Kuala Selangor

Sebenarnya di Malaysia ni banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Sama ada kita nak ataupun tidak je. Kos pun tak lah mahal sangat.
Mengambil peluang cuti Thaipusam n Hari Wilayah, kami sekeluarga telah berkunjung ke rumah Mak Nora. Perjalanan dari rumah ke Kapar lebih kurang 1 jam. Bertolak jam 12 t/hari, dalam pukul 1 dah sampai kat rumah mak nora. Sebelum tu singgah sekejap kat pekan kapar sbb ada org mengidam nak belanja kitaorang semua Pizza Hut.
Lepas berehat n solat, perjalanan ke Kuala Selangor pun bermula. Sebenarnya bukan tak pernah pergi ke Kuala Selangor, cuma setiap kali pergi cuma lalu je sebab pegi pasar Pasir Penambang beli bekalan ikan.
Destinasi pertama, Pasar Pasir Penambang la. Pasar ni letaknya selepas bandar Kuala Selangor selepas jambatan. Kalau dari arah Teluk Intan, sebelum sampai Bandar KSelangor akan jumpa pasar ni dulu di sebelah kanan. Harga ikan dan makanan laut kalau nak dibandingkan dengan di KL takde la beza sangat pun. Yang bezanya pilihan yang ada dan juga kesegaran ikan-ikan yang dijual. Sayur-sayuran memang bukan pilihan sebab kebanyakkannya dah layu.
Habis membeli belah di pasar, kami singgah di Bukit Malawati. Istimewanya di sini sebab ada TRAM. Untuk naik ke atas bukit, sama ada kita kena panjat bukit, atau naik Tram. Kenderaan awam tidak dibenarkan naik pada hari minggu. Dah lama tak naik tram. Sampai di atas, banyak monyet yang jinak dah menunggu untuk diberi makan. Walaupun tak menyerang orang, tapi agak bahaya juga bagi yang sedang pegang makanan sebab kalau tak diberi monyet akan panjat ke badan orang tersebut.
Di atas bukit Malawati juga ada Muzium Kuala Selangor dan Rumah Api yang siap dibina tahun 1907 lagi. Malangnya tak boleh masuk tengok apa yang ada dalam Rumah Api tu. Rasanya kalau dikenakan bayaran pun, akan ada yang sanggup bayar untuk tengok apa yang ada dalam rumah api. Kat muzium pulak, ada disediakan sejarah pasal Kuala Selangor yang pernah jadi pus at perdagangan terkenal selepas Melaka suatu masa dahulu.
Penat berpusing-pusing melihat pemandangan dari atas bukit, kamipun turun. Pemandu tram macam tak peduli keselamatan penumpang bila memandu terlalu laju. Harap-harap MDKS dapat pantau perkara ini.
Desinasi seterusnya adalah medan ikan bakar untuk mengisi perut yang dah berkeroncong... Mak Nora bawa kami semua pegi makan seafood kat Aroma Ikan Bakar yang terletak kat Jeram. Memang sedap dan murah. Bayangkan, untuk 6 orang dewasa dan 5 kanak-kanak cuma RM150 sahaja!. Kami bukan makan setakat nasi goreng, sebab dah lama tak makan diluar, ayah belanja makan yang sedap2. Kami order Ikan Jenahak masak 3 rasa, Ikan kerapu masam manis, sotong goreng tepung, kerang bakar, sup ekor, kerabu mangga, telur bestik, sayur campur, air buah oren dan tembikai, sayur cendawan goreng, sayur kangkung ikan masin dan nasi putih. Semuanya untuk R150 sahaja. Lain kali kalau nak makan seafood sure kami datang lagi. Sayang takde steamboat kegemaran kami.
Dah penat dan kekenyangan, kami balik kerumah mak nora. Mandi dan berehat. Pukul 10 malam baru bergerak balik kerumah..

HARI KELAPAN - 30/1/2010

hari ni BERJAYA sebab tak g shopping mana. Cuma g Kapar.

Friday, January 29, 2010

HARI KETUJUH - 29/1/2010

Hari ni masih tak sihat. So ok la. Tak g kemana. Duit pun tak berapa nak ada. Hari ni kira berjaya.
Maklumat tambahan - CC Balance RM6,920 ( bayaR 1k drp duit redeem unit trust hwangdbs)
Cash in bank - Duit sewa + RM400
Cash in hand - RM100
Esok sampai hari Isnin cuti. Inilah hari-hari yang mencabar.
Nak start buat emergency fund. Buat kat dalam buku ASB. Boleh dikeluarkan bila diperlukan tapi tak boleh dikeluarkan dengan mudah. Initial ada Rm300 je. Takpe, asalkan kita berusaha mesti blh berjaya.
BTW, duit redeem utrust hwang dbs, RM1k aku masukkan dalam Public Ittikal. Market tak berapa cun hari ni so mintak syukor masukkan 500 hari ni, 500 lagi next week.

Thursday, January 28, 2010

CABARAN SERATUS HARI TANPA CC - HARI KEENAM

HARI KEENAM - 28/1/2010

Hari ni demam, so takde kemana. Cuti satu hari. Jadi hari ni berjaya lagi.!

Wednesday, January 27, 2010

Mama, bila power puff girl nak datang rumah kita?...

Pernah tak dapat soalan macam ni?. macam mana nak jawab?..

Inilah antara soalan yang oyin suka tanya. Masa dia umur 4 tahun, suka sangat tgk ppg. Hari-hari nak tgk ppg. Semua baju yang mama beli mestilah baju ppg. Setiap hari nak ppg call dia atau dia nak call ppg. Terpaksa lah mama @ kakak menyamar jadi PPG.

Baby oyin, nnt oyin dah pandai baca oyin baca sendiri ya...

Bila call ppg, takde soalan lain yang ditanya. Mesti tanya bila ppg nak datang rumah saya?.. Setiap kali tu jgk mama kena cari alasan kenapa ppg tak blh datang. Antara alasan mama adlh ppg xde duit nak beli tiket flight sbb rumah dia jauh. kakaka...kalau tak kata ppg xde duit, mama kata ppg kena g sekolah, jadi x blh g rmh oyin.

Lepas lama oyin tak pakai baju ppg, hari ni pakai baju tidor ppg, terus dia tanya kenapa ppg tak datang rumah saya. mama kata sbb rmh dia jauh. Dia tanya lagi, mama tak ingat ke nombor telefon ppg?. oyin cuma ingat 013 je...

Saturday, January 23, 2010

CABARAN SERATUS HARI TANPA KREDIT KAD

  • Hari ini 23 Januari 2010. Mulai hari ni aku berjanji pada diri sendiri tak akan gunakan kad kredit untuk sebarang urusniaga. Kad kredit akan hanya digunakan kalau duit langsung tak ada untuk pergi hospital dan mestilah cepat-cepat dibayar once ada duit. Satu transaksi credit card akan kena denda satu hari tak boleh pakai kredit kad.
  • Hari Pertama - Pegi habib jewel Alpha Angle untuk tindik telinga oyin. Bawa gelang emas lama yang memang tak pakai utk trade in dengan anting-anting oyin. Dapat lebih RM600. Anting-anting Rm200, RM400 guna buat SHOPPING!. hu best nyer.., Yang penting tak guna kad kredit. Kad debit je guna. Hari ni kira berjaya!
  • Maklumat tambahan - Cash in hand ada about RM60 sahaja, cash available in bank ada RM870 sahaja untuk sehingga gaji bulan Jan 10 nanti.
  • CC O/standing balance @ 24 Jan 10 - RM7,920 - kita tengok nanti apa jadi dengan balance o/s ni nanti.
  • Hari Kedua - 24/1/2010
  • Setakat pukul 7.00pm masih lagi berjaya tanpa kredit kad. Tadi pegi shell beli air utk staf yang siapkan kemas untuk pindah pejabat habis RM62. Itupun short RM1 sebab mereka tak terima kad walaupun debit kad. Nasib baik ada seorang brader kalindan lori cbb 3669 (kalau tak silap) yang baik hati mensponsor rm1 tu. God bless you!. TQ very much!....
  • So as @ 10.00pm 25/1/10, cash in hand RM0, cash in bank RM870 and CC balance RM7,920.
  • Wish me luck!
  • Hari Kedua BERJAYA!.. Yahoo.......

HARI KETIGA - 25/1/2010

Hari ni hari gaji. Mengenangkan banyaknyer komitmen yang ada, rasanya duit gaji tu cuma lalu je kat dalam akaun. Lepas tu semuanya habis..

Nway, @ 5.00pm masih lagi berjaya tanpa CC. Cash in hand ada Rm8 (minta ayah) hahaha..., cash in bank RM870+gaji (biarlah rahsia). CC Balance RM7,920.

Payment made today cuma gaji kakak je (inipun rahsia...). Semua bil bulan ni dah bayar, tinggal tunggu bulan depan utk bayar Kereta dengan ASB Loan.

Mulai bulan ni juga kena start simpan RM100 utk budget raya bulan 9 nanti.

Maklumat tambahan Cash in hand RM250, cash in bank RM1,600, CC balance RM7,920.

HARI INI BERJAYA hidup tanpa kredit kad!. Semoga esok pun sama...

HARI KEEMPAT - 26/1/2010

Hari ni tak berbelanja apa pun. Pegi desa pandan dan telah berjaya mengawal nafsu drpd membeli belah.

Hari ini berjaya hidup tanpa CC. Alhamdulilah..

HARI KELIMA - 27/1/2010

Sementara tunggu oyin habis kelas kat T Midah, pegi tesco g cari barang dapur n tidbits. Habis RM70 jg.., Layan oyin makan donut kat big apple pun bknnya murah.. sekali sekala blh la... Chk akaun, duit rmh dah masuk tapi pada masa yg sama legal fee tukar dr master title ke individual title pun kene bayar jg. Hmmm... duit sewa cuma lalu kat dlm akaun je la lepas tolak legal fee dgn installment rmh. Takpe la. Ini utk oyin.

So far dah 5 hari. Masih BERJAYA lagi tanpa CC. Alhamdulilah..

berakhirnya riwayat rambut oyin

Masa oyin lahir bulan Jun 2004 dengan berat cuma 2.14kg, rambut dia lurus, lebat dan menegak. Gelap pulak tu kulit dia. Lebih kurang sebulan lepas lahir, mama n ayah buat akikah seekor kambing untuk oyin kat kg mak mbah. Esok harinya terus kami cukur habis rambut dia. Tapi bukan ayah/mama yang buat, ada seorang bidan kg nama Mak Nyai yang tolong buat.


Lepas dicukur dan dibotakkan, rambut oyin memang lambat sangat tumbuh. In fact, sejak lahir sampai sekarang, tak pernah cukur pun.. Semakin hari, rambut oyin jadi makin cantik sebab curly halus secara semulajadi. Mungkin memang keturunan kot sbb kebanyakan kakak/abg sepupu dia yang cukur rambut lepas lahir semuanya berambut kerinting. Punya lah ramai yang jelouse dengan rambut oyin ni. Setiap kali berjalan, ada je yang menegur puji rambut dia cantik. Mama pun rasa sayang nak potong.


Tapi yang jadi masalah nyer, susah nak bela. Belum pandai nak sikat sendiri. Kalau mama sikat kan, sikit-sikit dah mengamuk x nak sebab rasa sakit kepala dia kena sikat rambut. Ending up sikat sekali sekala je. Walaupun jarang disikat, rambut dia still nmpk maintain dan cantik. Ceh, bangga diri la pulak mama ni. Kakaka...


Sebab dah 5 tahun lebih tak pernah potong, memang nampak cantik la tapi menjadi semakin susah nak disikat. Oleh kerana jarang dibela, ditambah pulak dengan faktor cuti sekolah. Pegi berjalan la, sedara mara datang la, balik kg la, jumpa ramai orang, rambut oyin telah didatangi oleh tetamu tak diundang aka kutu. Menjerit mama tengok kutu oyin.. Ini semua berlaku masa cuti sekolah bulan Disember 2009.


Sejak tau oyin ada kutu, bermula la rutin baru mama bila balik keje.. Cari kutu la apa lagi... Sebab tak sanggup tgk kutu dan telur yang semakin membiak, mama pujuk oyin utk potong rambut. Mula-mula potong sampai paras bahu je. Masih ok lagi la sbb masih nampak macam girl. Masa ni mama la jadi hairstylist nyea...


Lepas dari potong kali pertama, pakai ubat kutu, rupa-rupanya susah si tetamu tak diundang ni nak pergi. Setelah puas memujuk, akhirnya berjaya juga mama bawa oyin g kedai gunting rambut L'oreal kat desa pandan.
"Amoi tu tanye, "macam mana mau gunting?", mama kata sependek yg mungkin tp girl cut. Habis semua rambut oyin!. Sampai oyin malu nak g sklh sbb takut kawan dia kata dia macam boy... Kesian oyin..
Mama kata takpe, sekejap lg panjang la rambut oyin. Mula2 kena gunting oyin pun tak suka rambut dia sbb pendek sangat. mama pun rasa sayang tapi ok jg sbb dah tak payah susah2 nak sikat n bela macam dulu.
Harap2 lepas rambut oyin tumbuh panjang nanti, rambut dia masih macam dulu juga. Curly...

Thursday, January 21, 2010

Cuti-cuti Malaysia Terengganu




Bukannya tak pernah ke KT. Tapi setiap kali pergi sbb urusan kerja, naik flight, pegi hotel, keje lepas tu terus naik flight semula. Jadi, cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga telah berkunjung ke ibu negeri terengganu darul iman. Percutian kali ini turut disertai oleh mak long, kak long dan juga oji. berjaya jugak kitaorang meracun fikiran mak long untuk stay seminggu kat rumah kl n ikut kitaorg ke KT. hahaha..



Perjalanan bermula selepas waktu isya' dalam pukul 9.00 malam 24 Disember 2009. Christmas Eve la. Rasa letih juga sbb siang keje, malam travel. Tapi seronok sbb oyin ada kawan, jadi dia tak kacau mama sangat. BTW akak tak ikut sebab dia g jumpa marka dia kat JB. Half way perjalanan berhenti kat RnR Temerloh. Semua pakat tido je sebab dah mengantuk. Sampai kat rumah mak ipah dlm kul 1 pagi.

memandangkan ini cuti-cuti mesia, takde la rush. pagi dalam kul 10 baru gerak dari kemamang menuju ke KT. Pemandu pelancong tak bertauliah 3 beranak pon ikut sama. Cantik pemandangan dari Kemaman ke KT ni sebab lalu tepi pantai. Oyin paling excited masa lalu kat bandar emas hitam, Kerteh sebab tengok kilang-kilang pemprosesan minyak yang siap keluarkan api dari cerobong. Mengganga kejap mulut dia. Memang menarik pemandangan kat kerteh ni sebab nampak moderen la berbanding bandar-bandar lain di t'ganu. Yang tak berapa best nyer pulak, xde shopping complex nak menyoping. tengok-tengok je la.

B4 sampai kat KT singgah sebentar di Nor Arfa Batik. Apa lagi, beli baju batik la.. Nasib baik ada syiling peruntukan, kalau x alamatnya ...


Sepanjang perjalanan nampak laut biru memang tak bosan. Lain kali nak pegi lagi n stay semalam dua kat chalet tepi pantai yang cantik tu.

Sampai kat pantai (tak ingat nama, seberang takir kot yang dekat dgn stadium sukan air) makan tengah hari. Oyin sangat teruja sbb nampak layang-layang. Nasib baik ada kawan n ayh utk layan dia main layang2. Bkn budak2 je, kak izzati pon main jugak layang2.


habis main layang2, g round bandar KT n ke pasar payang. Pasar ni macam pasar larkin kat JB la. Cuma kebanyakan yang dijual selain brg2 makan adalah produk berasaskan batik. Since dah membeli dan membelah di Nor arfa tadi, g pasar payang jalan-jalan je la. Ramai sangat orang, susah nak buat pilihan.

OTW balik, singgah sat kat masjid terapung. Masjid cantik, banyak ikan plk tu kat dlm sungai. Tapi xde pulak org jual makanan ikan/roti. tak bolehlah kitaorg bagi ikan makan. apapun toilet utk kemudahan pengunjung kat situ mmg kelas la. Kira standard toilet kat KLCC. tahniah utk pengurusan masjid/kem pelancongan/penyedia kemudahan. yang tak berapa bestnye, kat sungai tu ada sampah yang agak banyak juga la.

Penat melancong, singgah sebentar di Kelulut membeli keropok lekor. Memang sedap kepok dia. tak macam yg jual kat KL ni. Apa nak buat, ikan mahal...

Sampai semula kat rmh mak ipah dah kul 8 malam. Penat...

last day di Kemamang, g cari kepok utk di bawa pulang. Petang dalam pukul 6 kami pu bertolak balik sbb mak long dah tak sabar nak tgk rumah dia di Kota Tinggi..

Semoga tuhan bagi kesihatan yang baik dan murah rezeki tuk pergi melancong lagi nanti. Amin....





Tuesday, January 19, 2010

Hari ini Oyin demam...

Semalam balik kerja badan Oyin agak panas. Demam sikit. Walaupun demam, dia masih ada mood lagi nak gaduh dengan mama.. Sebelum tu, dia dah sibuk nak pegi beli kasut warna pink macam yang dalam katalog Leno. Nasib baik dia blh faham yang kedai dah tutup n pegi esok je. Akhirnya, mama baca buku, dia tengok upin dan ipin n mr bean. Malam nak tido pun dia buat hal. Nak urut la, nak tepuk la, macam-macam lagi.

Pagi bangun tido, mama bagitau dia tak payah pergi sekolah hari ni sebab dia masih demam lagi. Dia pun apa lagi, sambung la tido balik.


Pukul 12.00 t/h mama telefon dari ofis. Saje je nak tanya dia dah sihat ke belum. Oyin kata masih demam. Jadi, mama kata balik ofis nanti mama bawa pergi jumpa doktor. Tapi dia kata, " Kita pegi beli kasut ke mama?". Tengok, walaupun demam, dia masih ada mood lagi nak pegi beli kasut...


Oyin, oyin....

Saturday, January 16, 2010

Credit Card v Debit Card

Semakin banyak kemudahan yang disediakan, sepatutnya hidup akan jadi semakin mudah. tapi, kalau tak kena caranya, mungkin hidup kita akan jadi susah pulak..



Sebagai contohnya, kemudahan kredit kad. kalau kita pandai gunakan kita akan dapat banyak manfaatnya. Sebaliknya pula kalau kita ni cuma pandai guna tapi tak pandai manfaatkan kemudahan kad kredit ni.



Bila bercakap tentang kad kredit, akan ada juga pendapat yang timbul pasal kad debit. Mungkin ada yang dah pernah guna, mungkin ada yang selalu guna, mungkin juga ada yang langsung tak tau debit kad tu apa. Tak pernah guna pun..
Untuk yang tak tau atau kurang pasti, debit kad ni mempunyai fungsi yang sama macam kad kredit juga. Ada juga service provider sama ada visa atau master card. Apa yang bezakan antara kedua-duanya adalah yang satu tu digunakan secara berhutang, manakala yang satu lagi, kalau tak ada duit dalam akaun, alamatnya swipe 100 kali pun transaction tak berjaya.
Kelebihan kedua-dua kad ini adalah kita tak perlu nak bawa duit yang banyak untuk berbelanja. Asalkan ada premis/kedai yang pamerkan tanda visa/mastercard, kedua-dua kad ini boleh digunakan. Mudah dan selamat.
Bagi yang suka berbelanja tapi liat nak membayar, debit kad adalah pilihan yang lebih tepat. Kita tidak akan menghadapi masalah perlu membayar hutang apabila cukup tempohnya. Begitu juga bagi golongan yang takut nak berhutang, debit kad dapat mengatasi keperluan membawa wang yang banyak sewaktu membeli-belah. Cuma, harus diingat kad debit ni biasanya tetapkan jumlah had berbelanja dalam sehari. Jadi, sebelum shopping tu, pastikan set limit dulu berapa yang boleh dibelanjakan daripada akaun tersebut.
Kad kredit juga banyak kelebihannya, antaranya kalau kita terdesak tiada cash pada masa tersebut. Bolehlah kita guna kad kredit. Bukan itu sahaja, ada juga ditawarkan mata ganjaran (points) kalau kita menggunakan kad kredit ni. Jadi, disamping berbelanja, boleh juga mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukarkan kemudian.
Sungguhpun banyak kelebihan, saya juga pernah menghadapi masalah sewaktu menggunakan kad debit ni. Antara masalah yang berlaku adalah bila offline dan transaksi tidak berjaya. Ini berlaku terutamanya pada waktu malam atau di stesyen minyak. Pengguna juga mesti sentiasa menyemak amaun yang dicaj ke dalam akaun adalah amaun yang sepatutnya. Ini penting terutama sewaktu menggunakan kad debit untuk mendaftar masuk di hotel. Amaun yang perlu didahulukan dengan amaun yang dikenakan mungkin berbeza dan boleh menyebabkan kita dicaj sebanyak dua kali.
Apa yang pasti, saya rasa kedua-duanya sama penting. Kad debit dan kad kredit. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita gunakan untuk kemudahan kita dan bukan untuk menyusahkan kita di masa hadapan.





PINDAH, PINDAH, PINDAH...

Bukan senang nak pindah ni.. Banyak perkara remeh-temeh yang perlu diuruskan. Kalau pindah rumah, kita cuma perlu kemas barang-barang sendiri je. Kalau barang tu hilang, kira nasib tak baik dan pandai-pandai nak uruskan kemudian untuk beli baru. Kalau pindah ofis pulak, sama ada tukar atau naik pangkat dsb, kita cuma uruskan barang-barang peribadi kita je sebab yang lain kepunyaan pejabat dan tak boleh sesuka hati kita nak bawak keluar.
Lain pulak halnya kalau kita yang kena uruskan pindah pejabat dan kita juga kena pindah sama. Barang-barang peribadi of course kena kemas dan angkut, barang-barang pejabat pun kita kena make sure diangkut sama. Bukan setakat kena angkut, kena juga pastikan takde barang yang hilang atau rosak,mia, dicuri dan lain-lain lagi.
Kalau jadi pengurus aka oic perpindahan pejabat ni, bukan setakat kena tengok urusan pindah, kena juga tengok keadaan dan keperluan pejabat baru nanti. takkan la nak duduk atas lantai dan menulis pakai air liur. Kena juga pastikan keperluan pejabat di tempat baru nanti disediakan secukupnya. Bukan itu je, pejabat lama yang ditinggalkan nanti mestilah berada dalam keadaan boleh didiami untuk orang lain. tak boleh la pulak jadi macam tongkang pecah...
Itu baru pejabat dan keperluannya, kena juga tengok barang yang hendak dibawa dari tempat baru ke tempat lama, kotak, lori, troli, tape dan benda remeh temeh lagi perlu disediakan hingga ke tahap tagging dekat kotak juga mesti disediakan untuk pastikan barang yang diangkut tadi tak mia.
Pack ditempat/pejabat lama, dan unpack ditempat baru. Lepas tu kena tengok juga line telefon dan internet. Kalau dua-dua bende ni tak ada alamat tak berjalan lancarlah operasi ditempat baru nanti..
Apa yang penting KERJASAMA! Bak kata oyin macam cerita WONDERPETS...

Friday, January 15, 2010

Sistem Filing di Rumah


Adakah anda pernah menghabiskan masa berjam-jam cuma untuk mencari sehelai surat penting?. Atau tercari-cari kat mana letak pay slip dua bulan lepas?.










Kalau orang tau mesti ada yang kata poyo amat minah ni. Aku still simpan slip gaji n offer letter masa keje Zalghani & Co n Maybank. Itu dah dekat 10 tahun tu. Considering aku keje kat Z&CO dari tahun 2000 smpi 2002, MBB dari 2002 smpi 2005. Kalau payslip masa keje gomen ni jangan cerita la sure punya ada. Agreement pinjaman boleh ubah dengan Petronas yang sign disign tahun 1997 pun ada lagi. Lawak giler.. rasa sayang nak buang dokumen-dokumen ni. Lagipun kalau ikut Income Tax Act kena simpan at least 6/7 tahun. Aku cuma buang bil-bil masa duduk rumah sewa dulu n card credit yang dah tutup. Itu pun setelah dokumen tu dishred (betul ke eja?) supaya takkan ada orang yang boleh baca.


Macam mana aku buat?. Senang jer sebab dah maintain cara ni bertahun-tahun lamanya.


Pertama

kalau x ada ring file, pegi la c4 ke, jusco ke, sogo ke, the mall ke, beli la ring file dulu..




Kedua

Buat pengelasan. Macam aku buat beberapa file.


1. fail bil


2. fail hutang (sebagai peringatan supaya x kumpul hutang banyak2.) Terutamanya credit card.


3. rumah (kalau banyak rumah, lagi byk la fail tu sbb satu rumah satu fail)


4. Insuran


5. Kereta (satu kete satu file)


6. Kewangan (ini utk simpan slip/baucer unit trust n share market)


7. perkhidmatan (ceh mentang2 keje gomen) - masukkan la offer letter, slip gaji, bonus etc pasal employment la


8. income tax


9. anak - untuk simpan hasil2 kerja dan keras tangan oyin sejak dia masuk tadika


10. pelbagai - ala2 korporat la..



11. Buat la file-file yang lain mengikut kesesuaian...



ketiga



Kena la rajin menyimpan di dalam file. Untuk elak hilang, gunakan juga konsep kotak kasut @ drawer. Tak payah la hari-hari buat filing, bila rasa ada mood baru buat. Selesai dua masalah, satu surat menyurat senang nak cari n tak hilang dan dapat bantu kurangkan beban kewangan.




Rasanya dari start keje dah maintain sistem macam ni. Sebab tu payslip masa keje z&co pun masih ada lagi. hahaha...








MAXIMIZING TAX BENEFITs


Apa yang aku tau pasal tax pun. Setakat pernah keje audit firm buat tax, takdelah pandai sangatpun. Maybe tau banyak sikit je daripada layman. Walaupun masa first degree ada ambik paper tax, tapi banyak lagi yang masih tak tau.

Antara perkara-perkara yang orang selalu lupa/tak simpan resit/tak tau pun boleh claim,

1. Pembelian buku yang disertakan resit. Setahun blh claim max RM1k. memang bukan senang nak simpan resit yang banyak2 tu. Cadangan penyelesaian : Ambil satu kotak kasut (yang bersih la, jangan yang baru lepas guna buat isi ikan masin pulak), setiap kali lepas balik shopping buku, masukkan je resit tu dalam kotak kasut. Biarlah berapa lama pun. Nanti ada masa, ambil gam dengan kertas. Buat lah macam kat sekolah dulu, macam scrap book. Awal tahun berikutnya dah boleh kira untuk buat tax calculation.

2. Zakat. nampak macam stingy, tapi aku claim jugak walaupun zakat fitrah! kakaka....

3. Bil perubatan untuk mak/bapak max setahun RM3k (kalau tak silap). Setiap kali bawa mak/ayah g klinik tu, buat sama macam resit buku. Simpan resit bil perubatan dalam kotak kasut.

4. nanti sambung lahilah. xde idea.
4.

MACAM MANA NAK MULA MELABUR..

Sejak dari kecil memang bukan orang senang.. Jadi bila dah besar n bekerja ni, rasa macam semuanye tak pernah ada dan semuanya nak dibeli. Kalau diikutkan sangat kemahuan perasaan ni, rasanya sampai tua nanti banyak hutang.. Kalau dari mula kerja tak mula buat simpanan di hari tua, memang sampai tua nanti tak akan hidup senang. Kadang-kadang terfikir juga, macam mana diaorang ni boleh banyak duit, gaji lebih kurang je, tapi nampak mewah betul kehidupan diaorang. Bila difikir-fikirkan balik, banyak atau sikit duit kita memang tak akan pernah cukup..Yang penting, macam mana kita nak laburkan/gunakan/simpan duit tu..

Kalau orang yang macam aku ni, memang kena buat simpanan secara paksa rela, kalau tak, memang tak adanya simpanan hari tua.. Duit EPF pun semua dah habis keluarkan.

Macam mana nak buat ni?..

Cara yang pertama:
buat ASB loan - buat permulaan buat loan RM50k je. - Ini untuk enjoy bila dah tak kerja

Kedua:
Simpan dalam unit trust - initial RM1,000 je lepas tu top up bulan-bulan @ kalau ada duit lebih. Ini utk oyin masuk U nanti

Ketiga:
beli insuran nyawa (terus buat hibah utk oyin) dan insuran kesihatan (sendiri n oyin)

keempat:
maximize staf loan (loan rumah terutamanya) lepas tu sewakan - ini untuk guna bila dah retire nanti

kelima;
buka online trading akaun (senang nak trade walaupun duit ciput). Kalau rugi tu kira tuisyen fee la.. Sbb tak pegi kelas

keenam:
simpan bulan-bulan dalam SSPN sebagai buffer utk oyin

ketujuh:
invest dalam koperasi sbb initial dia kecil je, tapi dalam jangka panjang dia punya return boleh tahan..

kelapan:
Invest dalam gold (tapi ni belum berjaya lagi sbb initial capital dia agak besar 20gram@RM100 lebih segram)

kesembilan:
sambung belajar. Skrg RFP baru paper yang ke-4. Baru lulus 3 paper. Asalkan ada kesungguhan belajar, xde la susah sangatpun..

kesepuluh:
Buat wasiat. (Sudah dalam perancangan tapi masih belum berjaya lagi).

kesebelas:
Belum dapat idea lagi. Nanti buat volume 2 pulak...

NURIN @ TADIKA QASRINA

Bermulanya tahun baru, mula la jugak kerenah oyin yang baru. Masa cuti panjang hari tu rasa bosan sebab asyik kena duduk rumah je, sekarang pulak rasa bosan sebab kena pergi sekolah. Kalau ikutkan sangat dia, memang tak jadi kerja.

Tahun ni merupakan tahun ke-4 yin g tadika.

2007 -QDees dengan Teacher Ani

2008 - Qdees sampai bulan 8 dengan teacher Anis, lepas tu kat Tadika Qasrina dengan T. Azizah. Rasanya dekat dua bulan dia tap pergi sekolah sebelum mama tukarkan dia kat Qasrina. Dia takut sikit kalau teacher dia garang..

2009 - T. Qasrina dengan T Kamala n bila T Kamala berhenti, dengan T Azizah. Akhir tahun, Oyin dapat nombor 4, Iqraq dah buku 5, Peter and Jane dan 2B dan Cahayaku dan buku 2. Setakat ni dah pandai membaca yang simple n buku Peter and Jane dah tak payah ajar, dia dah boleh baca sendiri. Masa konsert akhir tahun oyin n kawan-kawan kelas Barney nyanyi lagu syukur (Raihan) n berdikir barat lagi Dikir Puteri. Pantang dengar lagu tu, mesti nak cepat-cepat nyanyi jugak..

2010 - Masih di T Qasrina, ayah bayar fee awal tahun RM870, dengan Teacher Teresa n Teacher Umi. Tahun ni juga jadi sejarah buat oyin sebab telah pergi ke sekolah pakai tudung. Kenapa?. Sebab masa cuti sekolah yang panjang hari tu, ada makhluk asing dah datang buat penempatan kat rambut dia n rambut dia terpaksa dicantas habis. Panjang sikit je dari rambut ayah. Dia malu sebab tu dia pakai tudung g sekolah. Dia kata nanti kawan-kawan kata dia macam boy. Hmmm.. budak-budak zaman sekarang. Bila mama tanya kawan kat school tak tanya ke kenapa oyin pakai tudung?. Dia pun jawab ramai kawan yang tanya, teacher pun tanya jugak... Mamapun tanya, oyin jawab apa?. Oyin kata, mama yang suruh pakai tudung... Hahaha.. budak ni kecik-kecik lagi dah pandai kelentong orang..

Semoga bila besar nanti dia akan pandai nak bezakan yang mana buruk yang mana baik..

Terima kasih diucapkan kepada semua cikgu yang telah mengajar oyin. Jasa cikgu semua takkan kami lupakan...

AKU SEBATANG AISKRIM

Kissah ini ditujukan untuk tatapan oyin. Oyin suka sangat dengar cerita ni dalam kereta otw nak balik kampung. Baca la ya...

Aku sebatang aiskrim. Namaku Aiskrim Strawberry. Badanku berwarna merah jambu @ pink. Aku dilahirkan di dalam sebuah kilang yang besar. Selepas aku lahir, aku nampak mama, ayah dan rakan-rakanku yang lain. Kami semua ditempatkan di dalam bekas yang sangat besar dan sejuk... Ada aiskrim coklat, mango, milo, kacang, oren dan berbagaibagai lagi aiskrim yang lain... Hatiku berasa sangat gembira kerana dapat bermain bersama-sama rakanku dan mama serta ayah.

Pada suatu hari, kami semua telah dimasukkan kedalam sebuah kotak yang besar. Aku ketakutan dan menjerim MAMA, MAMA, MAMA... Mama berkata " ada apa sayang?, jangan takut, mama kan ada ni...". Aku sangat bersyukur kerana aku, mama, ayah, rakanku oren dan coklat, dimasukkan di dalam kotak yang sama.

Tidak lama kemudian, kami semua rasa kotak yang mengisi kami telah diangkat. Tiba-tiba, aduh panasnya.... Rupa-rupanya, kami telah dibawa dari kilang ke dalam sebuah lori.. Sebab itulah tadi kami berasa panas.. Apakah yang akan terjadi kepada kami?. Ya tuhanku, selamatkanlah kami..

Setelah kira-kira sejam di dalam lori, pemandupun memberhentikan kenderaan dan membuka pintu. Kami terdengar bunyi riuh rendah diluar.. Apakah yang terjadi?.. Rupa-rupanya ada rakan-rakan yang menjerit ketakutan memikirkan nasib yang akan menimpa kami..

Kami telah dibawa kedalam sebuah pasaraya yang sangat besar. Suasana didalamnya agak nyaman.. Kemudian, kami telah ditempatkan di dalam peti sejuk yang besar. Aku menghabiskan masa yang ada dengan bermain-main bersama coklat dan juga oren..

Setelah beberapa hari, kami telah didatangi oleh seorang lelaki tua, setelah puas pakcik itu meninjau-ninjau, dia telah memilih aiskrim durian.. kami semua merasa sangat sedih kerana kehilangan seorang kawan..

Tidak lama selepas itu, datang seorang kanak-kanak perempuan berambut panjang dan kerinting bersama ibunya... Dalam hatiku, cantik juga mama kanak-kanak ini. Dia seperti sedang berjalan dengan adiknya.

Aku terdengar kanak-kanak itu berkata " Mama, can i eat ice-cream today?".. Mamanya berkata " ok boleh, tapi sebatang sahaja...". Setelah puas kanak-kanak itu berfikir, dia telah memilihku yang cantik ini. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan dan keluargaku.

Sesampainya kami dirumah kanak-kanak berambut kerinting tadi, dia terus meminta kebenaran untuk memakan ais krim. Mamanya telah memberi kebenaran dan apa lagi.. Dia terus membuka bajuku dan memakanku.. Tamatlah sudah riwayatku sebagai sebatang aiskrim...

THE END....

Thursday, January 14, 2010

Menulis Wasiat

Setelah sekian lama menyimpan hasrat nak buat wasiat, baru semalam terbuka hati nak buka website amanah raya bhd n mencari info macam mana nak buat wasiat. Ingatkan susah n mahal, rupanya murah je.. RM350 je. Tapi masalah problemnyer nak cari supporting dokuments yang banyak utk di simpan oleh ARB. Try la buat secara online, banyak pulak yang x faham. tapi lepas call service centre ARB n dapatkan penerangan, xde la susah mana. Manalah kita tau kan.. kalau tak cuba...

Dengan keadaan sekarang ada anak pompuan yang kucintai, nurin hannani, husband, emak, kakak, adik dan abang, kalau ikut faraid oyin akan dapat separuh drp harta ku yang sedang diusahakan untuk dikumpul, hubby akan dapat suku, lagi suku tu untuk yang lain2.

Dengan adanya wasiat, bolehla bagi sebanyak mana pun pada oyin dan bakal anak (kalau ada) n the rest pada yang lain2. Asalkan xde penerima pusaka yang x berpuas hati, wasiat tu akan dilaksanakan macam yang kita rancangkan. Jadi sekarang ni yang penting adalah kumpul semua dokumen yang ada, n terus pegi ke amanah raya untuk buat wasiat sebelum terlambat...

Since dah nak buat wasiat, kene letak sekali penjaga utk oyin since dia masih di bawah umur.. First, ayah dia la. Lepas tu mak mbah oyin.

Jika ada yang membaca artike ni dan mempunyai harta, jangan lupa utk buat wasiat... Kita tak mahu susahkan anak kita masa kita dah x ada nanti... Dah la kasih sayang kita dah tak dapat bagi, at least kita dapat mudahkan dia menjalani hidup seharian tu pun dah kira ok la kan..

first time blogging

Senang je sebenarnya nak create blog... tap pernah try jadi kita tak tahu. Lepas ni bolehlah transformkan semua idea yang ada di dalam kepala dalam bentuk tulisan. Kira HARI INI DALAM SEJARAH la. Layout, nama, gambar, semuanya oyin yang punya citarasa. Mama ikut je la.... Satu hari nnt kalau oyin dah besar n mama punya bolg ni masih aktif, boleh la oyin baca kan...