Kitaorang bukanlah penggemar filem melayu. Kalau pegi tengok movie, sure tengok cerita yang suit taste oyin macam cats and dog lah, alice in wonderland n princess and the frog.
Tapi bila tengok promo magika macam menarik je and masa tu mama tengah tension dengan assmt paper OM, kitaorg pun pegilah menonton magika kat MBO Ampang.
Secara keseluruhannya entertaining sebab nurin pun suka tengok. Cuma bila ada scene2 yang seram sikit dia mulalah ajak balik. Tapi bila scene lagu, dia pun macam nak dance sama.
Scene yang paling best adalah masa puteri gunung ledang dengan datuk bendahara. Kelakar giler ning baizura dgn sabri yunus and sangat hidup lakonan diaorg.
Apa yang tak bestnya magika ni sebab diaorg tak perasan perkara-perkara kecik yang mencacatkan sikit cerita tu. Contohnya macam Ayu (diana danielle) yang dah berapa hari tak mandi and pakai seluar warna cerah. At one time nampak punggung dah kotor giler sebab dah lama tak tukar baju (which is logic la kan) tapi scene yang selepasnya pulak, seluar dia dah bersih semula. Nampak sangat la dia tukar seluar.
Masa awal2 cerita rasanya nampak ayu pakai kasut warna lain (tak ingat colour) lepas tu perasan dia pakai kasut warna pink pulak.
Lagi satu ada nampak kereta lalu lalang.
All in all, ceritanya masih menarik dan entertaining sampai oyin pun minta DVD utk tengok kat rumah.
Tahniah kepada semua yang terlibat sebab dengan budget yang amat terhad, diaorg boleh hasilkan filem yang menarik.
Wednesday, September 29, 2010
MBA Obstacles
Hari isnin minggu lepas, masa kelas OM baru dapat markah assignment OM. Alangkah kecewanya rasa bila dapat tau grup kitaorang dapat amrkah yang teramatlah rendahnya berbanding dengan orang lain. Hati dah rasa sedih dan terkilan. Tapi nak buat macam mana. Mungkin memang kita tak menjawab soalan. At the end of the class, Dr Alwi bagi pulak markah untuk weekly assignment. Sekali lagi, aku dapat markah yang AMAT RENDAH. Aduh kecewanya rasa. bengapnya aku ni...
Minggu ni, lepas habis mid term econ, rasa beratnya kepala. Dalam kepala otak ni dah fikir macam-macam. Nak quit lah, nak postpone belajar lah. memang rasa tergugat betul perasaan bila dapat markah yang rendah sebab ada kebarangkalian untuk ulang paper ni.
Bila dah tak ada semangat tu, mulalah bercerita dengan member-member pasal masalah kita. Nasib baik ada kawan-kawan yang memang layak jadi pakar motivasi.
Neil kata, take one step at one time and jangan fokus sangat pada garisan penamat. Kalau kita fokus sangat utk future kita akan rasa terbeban bila kita tak perform sekarang ni. Lagipun, tak ada gunanya kita tengok pada orang lain dan bandingkan dengan orang lain sebab setiap orang punya path tu kan tak sama.
Firdaus pulak kata, kalau stop sekarang mungkin tak akan mula semula sampai bila-bila. Betul juga, nak gerakkan semula momentum tu bukannya senang.
Terima kasih pada kawan-kawan yang berikan semangat.
\
Semalam, pergi kelas dengan hati yang bersemangat dan membara. Apa yang penting kita berusaha. Kalau kita tak berusaha, memang sure kita gagal. Tapi, kalau kita berusaha insyaallah kita boleh berjaya. Kalau Billy Lim boleh gagal berkali-kali dan bangun semula, kenapa kita tak boleh?..
Bak kata iklan CIMB " quitting isn't an option for those hungry to succeed". And I'm NOT going to quit!!.

Monday, September 27, 2010
Berdikari
Bila kita terlalu bergantung pada orang lain, kita akan hadapi kesusahan kalau tempat kita bergantung tak boleh membantu kita. Tapi, kalau kita perasan pandai dan bagus dan tak perlukan orang lain, kita akan jadi bongkak, bangga diri dan tak tahu rupanya banyak lagi yang kita tak tahu.
Apa yang pasti, adakalanya kita memang perlukan orang lain dan ada masa juga kita kena berdikari (berdiri di atas kaki sendiri).
Cumanya, kadang-kadang rasa sedih dan terkilan juga bila ada sesetengah orang yang bila perlukan pertolongan kita, bukan main lagi. Tapi, bila kita minta tolong sikit, mulalah cakap busy lah, ada urgent matter lah etc. Bukanlah kita mengharap pertolongan yang kita bagi diberi balasan, tapi sekurang-kurangnya a phone call untuk minta maaf/check adakah kita masih dapat membantu tu dah lebih daripada cukup.
Jadi, dalam apa juga keadaan kita sebenarnya perlu belajar berdikari dan tak mengharap kepada cuma satu sumber rujukan.
Hidup ni memang penuh dengan cabaran. Adakah kita mampu manghadapi semuanya?, hanya Allah yang tahu.

Wednesday, September 22, 2010
Raha, berusahalah....
Hari Isnin, pergi kelas macam biasa. Bila sampai kelas dapat markah assignment literature review. Rasa kecewa dan frust yang teramat sangat bila dapat markah yang amatlah rendahnya. Aduh.. rasa macam nak berhenti belajar pun ada. Apasal lah aku ni bebal sangat.
lepas tu, b4 habis kelas dapat markah weekly assignment pulak. Pun, sekali lagi dapat markah yang sangatlah rendahnya. Apasal lah aku tak terfikir macam mana nak buat assignment ni. macam mana orang lain boleh tau macam mana nak buat?. Aku ni memang tak ada bakat dan kepandaian ke?..
Tensionnye.. Sepanjang hari isnin and semalam memang tak ada mood giler..

Gigi Susu oyin
Semalam, Oyin mengadu kat mama gigi susu oyin yang ketiga dah cabut. Oyin kata, gigi cabut masa tengah makan nasi lunch kat school (qasrina). Sebab berdarah dan sakit agaknya, tak sempat dia nak simpan gigi tu. Sebelum tu, dah dua gigi susu belah bawah yang dah cabut sebab nak bagi laluan pada gigi kekal yang dah mula tumbuh. Jadi tak ada masalah sangat sebab gigi tak sempat rongak. Gigi yang dua batang tu ada mama simpan utk kenang-kenangan.
Tapi, utk gigi yang ketiga ni, gigi kekal belum tumbuh lagi so, ada lopong lah kat depan tu. Hari ni, sebab malu gigi tak ada, pagi-pagi lagi dah telefon mama kat ofis minta cuti tak nak pergi sekolah hari ni. Sebab, dia kata dia tak nak kawan-kawan rosakkan buku dan pensil dia. Sebab diaorang pinjam tapi tak pandai jaga. Amboi.. pandai anak mama bagi alasan.
Sebenarnya, bila mama tanya dua tiga kali, baru dia mengaku sebenarnya dia rasa malu sebab gigi depan dia tak ada. Nanti kawan-kawan gelakkan. Memang dah dijangkakan pun. Anak kecil umur 6 tahun pun tahu malu kan...
So, sebagai jalan penyelesaian, mama janji dengan oyin utk hantar oyin pergi school esok untuk pesan pada teacher supaya marah and tegur budak-budak yang ketawakan dia.
For Oyin, this is part of your growing up process dear. there's no reason for you to be shy. Everbody will be facing the same situation.

Sunday, September 19, 2010
Air Mata Nursalina
Baru habis tengok cerekarama. Cerita yang sungguh sedih rasa nak nangis pulak. Tahniah pada pengarah dan pelakonnya. Walaupun tak mengadap tv dari mula, tapi ceritanya lebih kurang mcm ni la. Salina dan Afkar/fakar,jatuh cinta, kawin lari sebab salina anak org kaya. Lepas tu fakar ni nak cepat kaya,buat bisnes, rugi. Jadi kaki judi. Bila dah banyak hutang judi, dia jual salina utk selesaikan hutang judi dia.
Pada masa yg sama dia masih tak serik lagi sampai jadi pusher pulak. Bila kena hantar dadah ke luar m'sia, dia nak gunakan salina as perisai. Salina minta cerai pun tak mau lepaskan. Bila salina tak nak, dia gunakan anak sebagai modal untuk ugut salina. Seorang ibu tak akan sanggup tengok anaknya disiksa. Salina dapat kekuatan untuk melawan sebab anaknya terancam.
Malangnya, kekuatan diri salina tu tak kena tempat sebab secara tak sengaja dia telah membunuh suaminya. Bila ada ruang dan peluang, manusia memang boleh buat sesuatu yang diluar kebiasaannya.
Kalaulah salina boleh berfikir dengan lebih baik (tapi tak jadilah cerita air mata nursalina). Since suami dia tak mau ceraikan, mintalah fasakh, buat laporan polis sebab diperdagangkan (cakap memang senang, tapi untuk buat tak semudah menulisnya). Kuasa talak bukan di tangan lelaki sahaja. Kita orang perempuan pun kena tahu hak kita sebagai isteri.
Apa yang paling menyedihkan bila last sekali salina berpesan pada mak n ayah dia, supaya jangan bagitau anak-anak dia yang dia (salina) mati di tali gantung walaupun dia buat demi anak dia sendiri.
Semoga kita yang menonton bukan cuma berhibur je tapi kita ambil pengajaran supaya kita tak buat kesilapan yang sama...

Monday, September 6, 2010
MBA - another milestone
Akhirnya... Berjaya jugak aku menghabiskan first-half semester ni dengan jayanya. Berjaya attend 99% kelas. cuma ponteng satu kelas je sebab cik is kawin. Kira ok lah jugak tu.
Cabaran pertama dah berjaya dihadapi. Masih banyak lagi cabaran seterusnya yang perlu dihadapi. (poyolah pulak makcik ni).
Walaupun kesiankan oyin sebab masa dengan dia dah makin berkurangan, tapi rasanya pengorbanan oyin tu sangat berbaloi. Terima kasih sayang. Lagipun mama dah berjaya mentop-upnya dengan habiskan lebih banyak masa dengan awak bila ada free time.
Cumanya sekarang ni kurang sangat membaca. kena lebih banyak membaca lah jawabnya sebab belajar bukan susah sangatpun, yang susahnya sebab tak ada banyak input.
Semester break ni nak habiskan masa dengan baca dan fahamkan nota untuk make sure boleh dapat CGPA yang cun masa exam nanti.

Selamat Hari Raya
Balik kampung.. hohoho balik kg... hati girang. Dari minggu lepas lagi Oyin asyik tanya, Mama bila kita nak balik kampung?. Sekali tu masa OTW balik dari rumah Cik Ayu, Ayah sampai marah oyin sebab asyik mek, mek, je bila nak balik kg. Terus diam..
Jadi, sempena hari yang mulia ni, saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin pada semua. Ayah, Oyin, Mak, Nyai, Kakak2, Abang2, Anak2 sedara, kawan-kawan dan semuanya yang membaca.
Semoga Aidilfitri kali ini akan lebih bermakna berbanding yang lepas. Selamat memandu dan selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.
SELAMAT HARI RAYA!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)