Friday, April 30, 2010

Mari Berbasikal

Wanita berkerjaya ni memang selalu tak ada banyak masa. Start daripada bangun tidur je dah start buat kerja. Rutin harian tu mestilah ada disekalikan dengan mengemas rumah la, basuh baju la, gosok baju la (ini yang paling menyampah sekali), tengok kerja sekolah oyin la. Semuanya tak pernah habis. Sentiasa je ada yang baru.

Kalau kita tak luangkan masa untuk buat aktiviti lain, kita memang tak ada kerja lainlah. Asyik buat kerja rumah je memanjang.

So, hari ni mama nak cerita dengan oyin aktiviti yang selalu kita buat bila mama free selain daripada pegi swimming.

Hari sabtu pagi kalau tak pergi pasar mama selalu jugak bawa oyin pegi naik basikal. Mama suka naik basikal sebab selain dapat relaks kan kepala, boleh juga excercise.

Selalunya kita pergi ke tasik ampang hilir. Tak ada lah jauh sangat, dalam 30 minit je mengayuh. OTW, kita beli air 100plus, roti and surat khabar. Sampai sana, mama rehat oyin main taman. Dah bosan, kita balik.

Owh.. nanti mama upload gambar basikal kita yang cun tu. lain kali mama cerita pulak kita cari biji saga..

Daaaa.....

Thursday, April 29, 2010

Jerawat oh Jerawat..

Tak tau kat mana yang silap, muka aku banyakkkkkk... sangat jerawat. Nak kata salah makan, rasanya aku makan biasa-biasa je. Nak kata dari dulu banyak jerawat, dulu takde pun. Sekali sekala je ada jerawat. Itu biasalah kan. Rasanya macam dah tak sanggup cuci muka sebab rasa macam ada kawah gunung berapi kat muka ni.

Semua masalah ni mulanya macam dah agak lama jugak, awal2 tu takde lah teruk sangat. Sikit-sikit je. Aku try guna SKII. Surut sekejap, lepas tu dia naik balik. Tak tahan wallet pakai SKII. Try pulak pakai herbaline tapi tak larat sbb salesgirl dia sibuk suruh pakai produk dia setiap kali g buat facial. Still, muka tetap penuh jerawat.

BTW, masa ni muka jerawat je tapi takdelah berdenyut2 and besar2 macam jerawat batu. Awal tahun ni, start pakai lancome. Muka yang tak ada jerawat rasa ok tapi tempat yang ada jerawat, terasa berdenyut2 and merah macam kena bakar. Dah la kulit makcik ni putih kemerahan. hahaha (perasan la plk).

So, enough is enough, aku dah tak mau depends on products lagi. Aku nak dapatkan rawatan pakar. Hari Khamis 22/4/10, hari gaji bulan 4 akupun pegilah ke Klinik Pakar Kulit Mohd Noh kat Jalan TAR. Ongkosnya, biasalahkan dah namanya pakar, RM200 duit ku melayang.

Doktor bagi ubat cuci, sapu and makan. Tapi, ikut cakap doktor kena tunggu dalam 8-12 minggu baru boleh nampak kesannya. Ubat pulak kena makan dalam 4-6 bulan untuk pastikan bakteria jahat semuanya mati. Tak kisah lah. Asalkan jerawat tak bermaharaja lela kat muka.


Cumanya bila pakai ubat sapu jerawat utk guna siang hari je kulit rasa macam terbakar, so buat masa ni aku stop dulu guna. Pakai balik lancome pye toner ngan mosturiser sebab kulit terasa amatlah keringnya dan terkopek-kopek.


Bila ada jerawat ni, keyakinan diripun berkurangan. So, buat masa ni cuma blh teruskan rawatan dan bersedia untuk korbankan duit untuk benda lain supaya sentiasa ada cash utk bayar fee sebab kat klinik tu cuma terima cash sahaja. Credit Card pun tak diterima.

Hari ni genap seminggu lepas g jumpa doktor, rasa berdenyut kat tempat yang jerawat dah tak ada, jerawat baru tumbuhpun dah kurang.


Ya Allah ya tuhanku, semoga usaha ini akan berjaya mengembalikan wajahku yang asal. Amin...

Day 97 - 29/4/2010

Hari ni dah hari ke 97 cabaran utk tak guna CC selama 100 hari. Tapi malangnya, hari Ahad lepas sebab tak bawa cash yang cukup masa beli barang dapur kat Tesco Ampang, dah terpaksa guna CC.

Anyway, corrective action has been taken and the amount outstanding has already been settled yesterday via m2u.

nasib baik masih ada cash dekat bank.

So, as at today, balance CC ada lagi RM2980. Masih tunggu duit ayah bagi utk month of may dengan rental for may utk settlekan outstandingnya. Itupun masih short sikit lagi. Aku dah decide nak settlekan satu loan ASB utk elakkan liquidity problem and settlekan o/s CC.

Good luck Raha!..

Cash Management 3

Cash in hand : rm50
list of shopping items : susu yin, cili kering, minyak masak, bawang putih, bwg merah, bawang besar, biskut tiger, mee laksa, kicap, ribena, teh, marjerin, kunyit, halia, horlicks, kiub ayam, buah-buahan.

Wah, banyaknya barang habis, sikitnya duit yang ada....

Items bought : cili kering, bawang putih, merah, besar, biskut tiger, mee laksa, ribena 600ml, kunyit, vitagen a pack n 100plus 1.5l, epal 15 biji all @ RM39.00.

items kiv : susu yin, marjerin, kicap, horlicks. - tak berapa mendesak.

Well, at least tak belanja exceed limit tapi masih tak cukup bagus sbb tak semua barang yang ada dalam list dapat dibeli.

Try again!. Bukan senang nak manage cash di bandar besar ni..

Sunday, April 25, 2010

Qasrina Sports Day 24/4/2010

Smlm hari sukan sekolah oyin. Mama belum sempat lagi upload gambar. Apa yang penting oyin gembira walaupun sepanjang hari tu asyik tanya mana ayah dia yang cuma nampak muka sekejap je lepas tu terus balik rmh dengan alasan panas!. Takpe lah yin, yang penting kita berdua happy even without him. kan?.

BTW, sports day thn ni buat kat padang jabatan pengairan dan saliran sebelah sklh oyin sbb padang kompleks sukan kg pandan tgh upgrade. Cuaca agak panas tapi masih blh tahan la.

Oyin main utk dua acara berapa cepat dapat isi dengan cepat kura-kura cepat. Utk acara pertama kena ambil air dari dalam botol lepas tu masukkan dalam botol 500ml. Air tu plk masukkan dalam botol 1.5ml. Nampak senang tapi bukan satu tugas yang mudah utk budak umur 5/6 thn sbb kena make sure tak ada air yang tumpah. Oops, mama lupa plk nak bgtau oyin rmh hijau sekali dengan aleya, dina dgn afnan.

Utk acara kedua pulak, oyin dan rakan-rakan kena jalan, meniti atas titi utk balancing, lepas tu cari gelung warna hijau ank masukkan dlm kon.

Masa opening, ada perarakan masuk and aerobik by 6 years old termasuklah baby mama ni. Menari aerobik ikut rentak lagu i want nobody nobody but you. Patutlah bukan main lagi bila dengar lagu ni kat radio. Bukan senang nak hafal step dia. I'm, proud of you sayang!.

Event habis kul 11 lebih. Lepas tu kitaorang pergi celebrate kat KFC. Just the two of us. Have fun and have a happy childhood ya sayang. I love you very much!..mmmmuah..

Kesilapan Kewangan dan Cadangan Penyelesaian 2

1. Banyak sangat meminjam - Dah cerita kat yang 1st article.

2. Suka impulse buying
Orang perempuan biasalah kan. Suka sangat membeli belah. Aku pun sama jugak lah. Barang-barang yang tak perlupun beli. Antaranya, kasut dan juga baju. Jadi, utk kurangkan impulse buying ni, aku dah kurangkan berkunjung ke shopping complex dan start sistem sampul surat utk pastikan duit yang dibelanjakan seminggu tak exceed weekly limit.

3. Suka pakai credit card

Ini dah berjaya diatasi dengan better cash management. Lepas ni kena lebih giat berusaha utk kurangkan expenses. Walaupun sediakan stok bahan mentah yang byk kat rumah tu bagus, tapi cara tu banyak pakai cash/CC dan tak praktikal dengan kedudukan kewangan semasa kitaorg. So, skrg ni tak blh simpan stok byk2 utk kurangkan kebergantungan pada CC. Tapi, aku akan sentiasa pastikan ada stok makanan yang cukup kat rumah utk elakkan problem takde makanan plak..

Yang lain akan diceritakan dlm next posting.

Cash Management 2

Beras, minyak masak, telur, garam, kicap, tepung gandum, bihun, rempah penumis, susu oyin, milo, horlicks, gula, sardin, mee cintan, lada putih, biskut tiger, dynamo, ubat gigi dan sabun cuci pinggan. Semua barang-barang ni kena beli sebab dah abis. Ini tak termasuk barang2 dapur utk keperluan seminggu.

BTW, so far cuma blh belanja RM300 je seminggu. BRg2 kat atas kena beli dengan duit RM300 juga. Ini termasuk duit minyak kete kalau ayh tak sponsor.

So, tadi pegilah ke pasar kg pandan utk beli barang2 dapur/ikan/sayur etc bagi bekalan seminggu dgn duit RM120. Duit utk minggu ni dah tinggal RM50 je sbb dah guna buat g jumpa doktor hari khamis lepas. Mlm tadi beli pizza hut utk celebrate besday. Habis RM50 pinjam duit next week. Mintak kat ayah dapat RM70 je.

Balik dari pasar, ada balance duit RM50 je. Barang yang dibeli termasuk juga telur, garam, tepung gandum, gula dgn lada putih.

Lepas balik dari pasar g tesco skjp utk beli brg2 yang xde kat pasar. Malas nak g petang2. Sebab brg yang nak dibeli banyak, duit ada RM50 je, pinjam lagi RM50 drp duit next week. So, cash in hand ada +-RM100.

Barang yang dibeli, beras 10kg (inipun downgrade version)rm32, susu oyin nugro rm19.90, milo rm13, breeze 13, sabun pinggan tesco 1.90, sardin tesco, susu mama rm13, mee cintan rm4.90 dan jajan oyin. Habis RM134!!!. Short RM34 tapi barang yang dibeli tak semua sebab minyak masak, kicap, horlick dengan biskut tiger tak beli lagi.

Mencabar betul kehidupan kat bandar ni. Nampak brg yang dibeli takde lah banyak mana tapi masih tak cukup lagi. 

The worst part is, terpaksa guna CC sebab tak cukup bawa cash!. Cash semua tinggal kat rumah.

So, jalan penyelesaian, esok bayar CC RM134.00. Cash in hand yang ada akan masukkan dalam sampul minggu 1.Keluarkan RM770 cash utk kegunaan week 1(134+166), 2 (300) dan 3 (300). Cash available utk guna week 5 ada RM200 je. Balance proceed jual share utk settlekan CC sebelum tunggu duit ayah bg and duit sewa.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Friday, April 23, 2010

Gigi Kekal Oyin

Hari  ni, dah dua batang gigi kekal belah depan. Tiap-tiap hari mama suruh oyin gosok gigi tetapi oyin tidak mahu gosok gigi sendiri. Oyin minta mama tolong gosok. Gigi susu oyin yang pertama dah tanggal masa oyin minum air masak. Gigi tu memang dah goyang dan longgar, bila gigi kekal dah tumbuh dia tercabut masa oyin minum air kat rumah lepas balik sekolah.

Bila sudah ada gigi kekal, mama selalu pesan supaya oyin menggosok gigi. Jika kita selalu menggosok gigi, gigi kita akan cantik dan putih.

Gigi susu kedua belum tanggal lagi tapi sudah goyang-goyang. Oyin rasa selesa je walaupun gigi belum tumbuh habis.

Wednesday, April 21, 2010

Perjalanan Menuju Kebebasan 4

Sebelum ni dah citer pasal buka buku akaun, kemudian cakap pasal berdisiplin. Yang ketiga aku rasa adalah dengan cakap pasal sediakan tabung kecemasan. Rule of thumb dia adalah dengan sediakan sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan gaji bersih kita. Lagi banyak lagi bagus.

Sebenarnya, selagi kita tak ada emergency fund ni, kita tak boleh nak invest. Sebab kalau kita invest juga, akan banyak sangat hiccups nya sampai matlamat akhir kita tak berjaya. Ini memang menulis berdasarkan pengalaman.

Emergency fund ni gunanya tak lain tak bukan untuk masa kecemasan la kan. Contohnya, masuk hospital atau kereta rosak. Ataupun gaji tak masuk/lambat masuk etc...kalau setakat poket kering hujung2 bulan tu, bukan namanya emergency, itu cari penyakit..

Kat mana nak simpan?. Since kegunaannya untuk emergency, simpanlah kat akaun yang blh diaccess sepanjang masa dan mudah nak keluarkan. Contoh yang baik adalah ASB atau tabung haji. lagi baik kalau simpan dalam akaun yang ada kad ATM tapi takut kita jadi tak berdisiplin pulak. Jadi, tabung haji kira ok lah juga.

Ok. dah ada tiga resepi.
1. Buka akaun bank/savings/ASB/tabung haji etc.
2. Disiplin
3. Emergency fund

lepas ni kita cerita pulak pasal matlamat.

Kesilapan Kewangan dengan Cadangan Penyelesaian

Aku selalu juga terfikir, kalau aku ni terer sangat pasal kewangan, kenapa aku tak kaya-kaya?. Kenapa aku masih banyak hutang?. Mesti ada yang tak kena dengan cara aku. Walaupun ada harta, tapi semuanya dengan berhutang, Sungguh berisiko. Kalau apa-apa jadi kat aku, tentu susah.

So, hari ni nak cerita kesilapan yang aku dah pernah buat dengan peringatan supaya tak buat kesilapan yang sama.

1. Banyak sangat meminjam
2. Suka impulse buying
3. Suka pakai credit card
4. suka invest secara melulu dengan tak ada thorough survey
5. tak belajar daripada kesilapan
6. tak buat emergency fund
7. suka beli barang pakai credit card dengan janji palsu akan bayar secepat mungkin
8. suka beli alat kosmetik terutama alat penjagaan muka yang mahal (sekarang ni muka banyaknyer jerawat..)
9. suka meminjam untuk invest.

Bila dah nampak kelemahan yang ada ni, kita kenalah cari langkah untuk perbaiki dan improve. Berjaya atau tidak, bergantung pada disiplin sendiri, suami dan anakku nurin annani la.

1. Banyak sangat meminjam

Bila dikaji-kaji, teknik ni cuma menguntungkan bank je. Aku untung sikit, rugi yang banyakAku sedang cuba nak kurangkan liabiliti ni. Yang aku blh nampak buat masa ni adalah settlekan credit card dan stop gunakan sampai memang ada duit nak bayar on the spot lepas guna. Jadi langkah yang pertama adalah dengan settlekan hutang credit card. Tapi mana nak cekau duit nak settlekan hutang ni. Tak kan nak bayar pakai air liur.So, aku dah decide dan dah buatpun, aku jual sikit saham aku. Aduh sakitnya hati masa menjual tu. Susah payah aku simpan. Lepas dikira-kira, ada dalam RM4,500 la blh dapat proceed jual share. Hutang CC ada dalam RM6,600. Balance ada dalam 2,100. Tengah cari duit la ni, macam mana nak settlekan.

Lepas settlekan CC, nak clearkan hutang ASB. Nampaknya dah bertahun-tahun simpan ASB, duit ASB tak bertambah, hutang je yang bertambah. Aku nak settlekan loan ASB yang pertama. Kalau berjaya settlekan, blh jimat almost rm400 sebln. jadi sethn dekat 5k jugak. ok lah tu. Bila dah lega dua ni, baru fikir nak beli rumah utk duduk lps kuar dr kuarters.

Plan untuk settlekan yang lain akan diceritakan dalam next article.

Monday, April 19, 2010

Seekor Burung

Pada suatu hari burung itu jalan-jalan di hutan. Sebab anak dia nak makan. Eagle tu makan ular. Lepas tu eagle tu dia cari ular lagi. Dia belum kenyang lagi. Dia cari lagi ular banyak-banyak. Tetapi tak ada ular lagi. Setiap hari eagle nampak seekor arnab,  Dia terus makan. Tetapi arnab tu dia lari laju sekali. Lepas tu eagle tu terus dapat arnab.

The End.

By Nurin Hannani binti Mohd Nazari

Sports day

nurin, hari sabtu saya sports day. saya rumah hijau. izzatul rumah kuning, Aleya rumah hijau. saya sama dengan aleya. HAikal rumah kuning sama macam izzatul. Arif rumah merah. Irdina rumah hijau, sama dengan saya juga. Aihan rumah merah. Mujahid, farhana, nurin afrina rumah biru.

saya main tak tau la. Teacher Teresa kata, kena practice supaya pandai. Saya dengan kawan-kawan saya practice setiap hari. Lepas tu kami practice lagu I want nobody nobody but you. Teacher Teresa dengan teacher umi yang ajar. Best sangat..

Tetapi, kawan tak tau buat. Sebab susah. Teacher kata kena practice banyak hari baru boleh pergi sports..

Saya suka pergi qasrina sebab nanti saya boleh belajar, boleh main, baca iqra', baca buku, kena marah dengan teacher,

Nanti kita cerita lagi k.. Bye - Nurin

58472000 - ini nombor akaun saya sebab saya baru je kira duit saya pakai calculator mama yang hebat.

19/4/2010

Perjalanan Menuju Kebebasan 3

Kisah atau method yang ada kat dlm blog ni aku dah praktikkan. Kebanyakkannya aku dapat idea daripada buku yang aku baca atau dari internet. Ada yang berjaya ada jugak yang gagal. Hari tu aku dah cerita buka buku akaun. Hari ni nak cerita pulak pasal berdisiplin.

Tak dinafikan knowledge kewangan aku ni agak power jgk la (ceh perasan). Aku dah berjaya buka buku akaun. Aku buka akaun ASB, Tabung Haji, Yippie utk Oyin, Bank Rakyat utk Oyin, tabung haji utk oyin, buka akaun CDS, buka akaun apa lagi, Amanah Saham Malaysia pun ada. Pendek kata, akaun2 yang byk penulis cadangkan utk buka dan simpan, aku bukak. Tapi masalah problemo nyer, aku ni seorang yang tak berdisiplin. Aku buka akaun, simpan lepas tu bila keluarkan balik. Takde maknanye..

Bila tak berdisiplin, memang takde maknanyer akaun bank yang banyak pun kalau dalam akaun tu cuma ada berapa sen je!.

So, hari ni cakap pasal disiplin je. Lain kali aku akan cakap pasal kelemahan cara simpanan aku dan emergency fund.

Cash Management

Rasanya aku dah cuba sebaik mungkin. Dah cuba berjimat sejimat yg boleh. Aku dah tak pegi lagi shopping complex. Tak beli merapu-rapu. Tapi, duit masih juga tak cukup. Hari ni aku rasa sengkek yang amat sangat. Dah la ada org janji nak belanja tak jadi belanja. Hampeh btl!

Bila kira-kira balik, memang cash management aku agak teruk. Lepas tu aku ni banyak sangat komitmen. Sebab tu rasa sengkek yang amat sangat. Tapi, komitmen tu semuanya untuk aku pye future. Delayed gratification. Tinggal tunggu masa dia membuahkan hasil je.

So, dalam usaha nak menstabilkan balik cash aku ni, aku ada baca satu idea kat mana dah tak ingat tapi tak pernah praktikkan. Sistem sampul surat. Kalau ikut buku tu, setiap sampul tu akan mewakili satu kelas perbelanjaan. Contohnya satu sampul untuk bayar bil, satu sampul utk savings, satu sampul untuk bayar loan, satu sampul lagi untuk belanja dapur dan sebagainya.

Ada jugak orang tukarkan sistem sampul ni dengan sistem buku akaun bank. Satu akaun bank untuk setiap jenis perbelanjaan.

Apa yang aku nak cuba praktikkan ni lain sikit tapi konsepnya tetap sama. BTW, cara ni cuma akan berjaya kalau aku dah tak bayar lagi hutang CC. Setakat ni hutang CC ada dalam lebih kurang RM6500. Aku dah fikir dah macam mana nak bayar. Itu cerita kat dalam 100 hari tanpa CC.

Caranya, aku sediakan 5 sampul. Setiap satu sampul akan mewakili satu minggu punya expenses. Tak kira la apa jenis expenses pun. Barang dapur, susu oyin, mekap (pakai ke?), toileteries, ikan, sayur, jajan2 oyin, mainan oyin,. Semuanya lah.

Memandangkan aku akan dapat gaji, elaun n sewa pada tarikh yang berbeza-beza, aku dah bahagi-bahagikan expenses wajib yang kena bayar. Gaji -  bayar semua bil n gaji akak. Elaun utk bayar kereta, sewa utk cover ASB loan. Balance setiap daripada expenses wajib ni akn dipoolkan. Ala-ala kumpulan wang disatukan dan dibahagikan pada 5 utk 5 minggu.

Setiap hujung minggu (Ahad), kena buat pertukaran sampul. Duit dalam sampul tu (duit minggu tu) yang tak habis dibelanjakan, tak boleh dicarry forward untuk belanja minggu seterusnya, tapi akan disimpan untuk belanja minggu yang sama. Cthnya, duit utk week 3 masih ada balance Rm50 lagi bila sampai masa nak tukar sampul. Duit tu tak blh guna utk week 4 tapi disimpan utk week 3 akan datang.

Sekarang dah ada figure. Lepas ditambah dan ditolak, aku ada cuma RM300 je nak belanja setiap minggu. Tapi, ini tak ambik kira semua oyin punya yuran sekolah. Itu, minta ayah dia la tanggung..

 RM300 je seminggu, mana cukup kan?. nak beli ikan kat pasar je kadang-kadang dah dekat RM100. Tapi, kalau bagi RM1 juta pun tak cukup juga. So, make do with whatever resources available and we try our best.

Ayah, I need your support!. Jangan lambat transferkan elaun dalam akaun Mama!.

Nanti dah berjalan aku update lagi. Ini baru perancangan.

If you fail to plan, you actually plan to fail.

Financial Management With Nurin - 19/4/2010

Nampaknya strategi bagi dia duit untuk setiap aktiviti berfaedah yang dibuat masih belum menampakkan hasilnya. Maybe sebab dia belum nampak lagi duit dia berkembang. Setakat hari ni, disebabkan sekali sekala je dia rajin, baru dapat Rm13 je. Itupun mama hutang, hari Khamis ni baru bayar. Maybe kalau dia dah start nampak duit dia berkembang dan tinggal sikit je lagi nak beli basikal, baru dia nampak semangat.

It's still too early to judge. At least bagi masa sebulan utk dia dulu and then kita tengok hasilnya.

Friday, April 16, 2010

A.I.D.A

Pernah dengar perkataan A.I.D.A?. Ini bukan Aida Sulastri atau Aida Hazlyn kawan aku masa kat UM dulu. A.I.D.A yang ini lebih istimewa sebenarnya. No offence kepada yang bernama aida.

AIDA sebenarnya adalah

A - Awareness
I - Interest
D - Desire
A - Acceptance.

Maklumat ni aku dapat dari artikel dalam Majalah Financial 1st edisi Januari 2008. Writer dia encik rafie bin Omar, CEO Amanah Raya Legacy Services Sdn. Bhd. Punye la lama, baru sekarang dapat peluang baca. Well, better late than never.

Artikel tu sebenarnya bercerita pasal estate planning. sebabnya, walaupun ramai yang dah berjaya kumpul banyak harta, masih ramai lagi yang kurang kesedaran tentang pengurusan harta selepas kita meninggal. Ramai lagi yang tak aware, tak berminat, tak de kemahuan dan tak mahu terima bila ada yang yang bercerita pasal penulisan wasiat atau macam mana cara yang paling mudah untuk anak kita uruskan harta yang kita tinggalkan untuk dia bila kita dah tak ada nanti.

Untuk aku sendiri, kesedaran dah ada, penerimaan pun dah ada cuma yang belum ada kesediaan untuk buat wasiat sebab duit tak ada.

Hopefully by end of this month aku dah berjaya menjejakkan kaki ke Amanah Raya Bhd kat Jalan Ampang utk uruskan wasiat aku yang pertama.

Along the way, akan ada banyak penambahbaikan terhadap estate planning yang akan aku buat. Tapi, rasanya menulis wasiat ni akan jadi langkah yang kedua selepas aku buat hibah utk oyin utk life insurance.

Thursday, April 15, 2010

Day 83 - 15/4/2010

It's 10 days to my birthday and I'm still struggling financially.. No matter what, life still goes on. At this moment, nurin was pestering me to write more so that she can read it. I feel that I do not know what to write at the moment.

After 83 days, I find it is easy just to forget about spending money especially using credit card. The urgency has already gone. I just need to spend and be content with whatever money left in the account. As some people are saying, the are still a lot of the month at the end of the money. But then, life has been more meaningful for us.

Learning to better manage our financial and to ensure that she gets her new bicycle, Nurin and I agreed that she will be paid if she do something extra apart from going to school. She will be paid RM0.50 for whatever extra work/job done. We have yet to ascertain whether the approach will be successful or not. But, it is better than not trying.

Nurin is much more better at accepting the fact that she won't be getting all that she wants as she understand more the concept of money. Having insufficient money would resulted in her not being able to attend all the extra classes she has at the moment. Working extra mile and earning money would enable her to get what she wants faster.

Shopping Bag

Setiap hujung minggu Oyin mesti ajak pergi swimming kat Kompleks Sukan Bangsar. Walaupun jauh sikit dari rumah, suasana kat kolam renang tu rasanya paling ok berbanding public pool lain yang kitaorg pernah survey. Lagipun, pengguna kat situ educated sikit, jadi kuranglah masalah yang tak berapa seronok nak cakap kat sini.

Lagi satu yang paling seronoknya kat sini adalah sebab setiap hari Ahad, ada pasar malam. Walaupun harga barang dia mahal sikit kalau nak bandingkan dengan pasar malam lain, kat sini seronok sbb ada jual bunga hidup dari cameron highland yang agak murah la harga dia. Bayangkan, satu dozen bunga ros baru R5/6 je. Buah-buahan yang dia jual pun nampak lebih segar. Manalah tak gelap mata menengok.

Satu lagi yang menarik pasal pasar malam bangsar ni adalah sebab diaorang ni begitu tinggi dia punya tahap kesedaran utk kurangkan pencemaran dan pembaziran. Sebabnya, hampir semua yang shopping kat situ bawak beg sendiri. Almaklumlah yg shopping pun mat dgn minat saleh kebanyakannya.

Bila ramai yang bawa beg sendiri kita pun tak rasa malu nak buat benda yang sama. Sekarang ni, hampir setiap masa akan ada shopping beg tu kat dalam kereta. Senang bila nak guna nanti.

Cuma yang tak berapa sedapnya bila pegi shopping kat pasar malam lain. org tengok semacam je. Tapi tak de masalah la, at least kita create awareness pada kakak-kakak dan makcik-makcik yang tengah sibuk memborong.

Kita seorang memang tak boleh selamatkan dunia, tapi kalau kita lakukan dengan team effort, insyallah masalah kekurangan tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan kalau tak diatasi..

Nurin's Fashion sense

Pagi ni, belum sempat nak start buat kerjapun, Oyin telefon. Ingatkan ada hal penting. Rupa-rupanya dia nak tanya baju yang dia matching ke tak hari ni. Dah hampir tiga minggu Oyin pergi sekolah pakai baju sukan sebab 24 April ni ada hari sukan Tadika Qasrina. Jadi, diaorang berlatih la sebelum event day nanti.

So, hari ni Oyin pakai baju warna pink, track bottom warna hitam dgn tudung warna biru. Masa nak keluar rumah tadi dia tak perasan pulak combination tu tak kena. Bila dah sampai sekolah baru perasan. Tak dapat nak buat apa-apa la jawabnya.

Kalau Oyin yang baru umur 6 tahun pun dah ada fashion sense, apatah lagi kita kan.. Dia sebenarnya rasa janggal sebab baju dia warna pink tapi tudung warna biru. Sebab tu dia dapatkan second opinion dari mama dia. Kalau aku jujur sangat, tentulah satu hari ni dia akan rasa tak selesa sbb baju dia tak matching. So, terpaksalah mama Oyin bohong sunat. Next time kena lebih beringat lah supaya check combination baju dulu b4 keluar rumah.

Kadang-kadang kita yang dah dewasa pun sama juga, kurang atau tak ada fashion sense. Aku pun bukan yang jenis baju mesti matching dengan tudung dan kasut. Apa yang penting, asalkan combination tu tak  menyiksa mata. Kalau setakat baju hijau dengan tudung hitam tu kira blh terima lah kan. Jangan pulak baju hijau, tudung pink kasut purple, macam pelangi berjalan la pulak..

Wednesday, April 14, 2010

Perjalanan Menuju Kebebasan 2

Ramai penasihat kewangan kata, "it is not how much you make but how you manage". Ada banyak betulnya apa yang dikatakan tu, tapi how much we make is still very important. Kalau gaji setakat Rm1k-2k dan hidup di bandar besar, memang kita akan menghadapi banyak kesukaran bukan setakat untuk menyimpan, untuk hidup selesa pun agak sukar sebenarnya.

Jadi, camane perjalanan kita menuju kebebasan dalam dimulakan?...

Kenalah mulakan dengan langkah yang pertama dulu..

Macam aku, langkah pertama yang aku buat adalah dengan mula menyimpan. Memang susah yang amat pun.. Penasihat Kewangan blh kata, simpan at least 10% drp take home salary kita. Masa mula-mula kerja, jangankan 10%, 1 persen pun tak blh nak simpan. Bila dah mula menyimpan tu, tangan pun sama jgk gatal nak g keluarkan. Jadi, kita simpan duit kita tu walau sebanyak manapun kat dalam akaun yang takde ATM. Contoh yang paling baik adalah dalam ASB atau Tabung Haji.

Akupun bukan orang senang, masa mula-mula kerja dulu asyik membeli je. menyimpan nyer tak. Yelah kan, masa tu baru rasa nak pegang duit, nak lah memanjakan diri sendiri dan juga memanjakan mak kita. Tapi, jangan risau, perasaan nak memanjakan diri sendiri tu sekejap je asalkan kita boleh kawal diri. Bila umur dah makin meningkat, perasaan nak melepak a.k.a window shopping selalu pun akan hilang dengan sendirinya.

Bila dah buka akaun tu, kita kena lah pulak ada disiplin. Aku juga bukan seorang yang berdisiplin. Asyik sibuk je nak g keluarkan duit. In fact, aku ni jenis pantang tengok duit duduk diam dalam akaun. Ada je idea nak dihabiskan. Bila duit dah habis, mulakan gunakan CC sehingga akupun terjebak dalam hutang CC yang boleh tahan banyaknyer...

So, untuk perjalanan kali ni, yang penting sekali mulakan langkah pertama dengan buka dulu akaun simpanan (ASB/Tabung Haji etc yang tak ada facility ATM) dan berdisiplin.

Nanti kita sambung lagi..

Perjalanan Menuju Kebebasan

Nak bebas?. Bebas dari segi apa?. Aku nak bebas dari segi wang, bebas buat aktiviti yang aku suka buat tanpa kekangan kewangan, bebas urus masa sendiri tanpa perlu ada yang memantau dan bebas menghabiskan masa dengan keluarga. Banyak sebenarnya tafsiran bebas ni. Tapi, hari ni aku nak tulis pasal bebas dari segi kewangan.


Apa maksudnya bebas dari segi kewangan? Bebas sebab kita ada banyak duit ke?. Tak juga rasanya sebab dalam paper pun kita selalu juga baca golongan kaya raya yang jatuh miskin/bankrap sebab banyak berhutang. Kalau dah banyak berhutang tentulah tak bebas dari segi kewangan kan?. Kita akan bebas ke kalau semua orang nampak kita bergaya mewah, duduk rumah besar dan bawak kereta yang hebat? Tak juga rasanya, sebab kalau semua tu dibeli dengan berhutang sampai bil kad kredit cuma mampu bayar minimum je, maknanya tak mampu lah tu.


Bebas dari segi kewangan ni bila kita rasa cukup dengan apa yang kita ada. Kita tak lagi berada di dalam rat race. Kita tak rasa perlu bekerja sebab kita perlukan duit tapi kita bekerja sebab kita suka bekerja.

Tapi, macam mana caranya?.

Tunggu next posting...

Tuesday, April 13, 2010

Memperkasakan Diri

Y.A B Perdana Menteri dalam ucaptamanya sewaktu Invest Malaysia pada 28 mac 2010 yang lalu menyeru kaum wanita supaya meningkatkan keupayaan dengan memperkasakan modal intelektual seiring dengan proses perubahan negara kearah model ekonomi baru yang lebih berasaskan pengetahuan. (sumber : Berita Harian Online)



Kaum wanita sememangnya pandai, tapi entah kenapa kita masih ketinggalan dari banyak segi berbanding kaum lelaki. Di dalam sektor kerajaan juga, walaupun kita mengisi sekitar 60% perjawatan yang ada, tidak ramai yang berada di peringkat pengurusan atasan.



Adakah wanita memang tidak mampu?. Pada pandangan saya, kita bukannya tidak mampu tetapi kita seringkali mempunyai banyak kekangan. Antara keluarga dan mengejar cita-cita, ramai yang sanggup melepaskan cita-cita kerana tidak mahu keluarga tidak terurus.



Kita sebenarnya tidak perlu melihat jauh untuk bersetuju dengan kekangan di atas. Anak saya selalu bertanya, memandangkan ayahnya (suami) sering pulang lewat, tidakkah saya juga mahu pulang lewat untuk bekerja dan mencari wang?. Saya menjawab, jika saya juga pulang lewat, dia akan terabai dan saya tidak akan ada waktu untuk dia. Tidak akan ada yang dapat menghantar dan mengambilnya daripada kelas tambahan atau kelas renang yang amat diminatinya.



Sungguhpun begitu, saya sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Malah, keseronokan belajar/mencari ilmu itu lebih dirasai bila anak ada bersama. Saya rasa lebih senang mengingati apa yang dibaca jika pada waktu yang sama saya menemani anak menonton atau bermain di taman. Keseronokan belajar yang ada dalam diri saya juga menyebabkan anak tiada masalah untuk melupakan siri kartun di Astro tanpa banyak masalah.



Kekangan keluarga yang ada juga membuatkan saya memilih untuk mempelajari perkara yang tidak memerlukan saya berjauhan dengan anak. Saya percaya, ilmu yang sedang dipelajari akan banyak membantu dalam usaha memjadi seorang yang bebas dan berjaya.

Apa yang penting, kita memperbaiki diri. Mungkin tidak untuk negara tapi untuk diri sendiri dan keluarga.

Monday, April 12, 2010

Monday Blues dan Rasa Tanggungjawab

Isnin datang lagi. Bila datangnya hari pertama bekerja perasaan malas biasanya akan datang bertamu. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kita rasa malas untuk memulakan hari ini dengan bangun awal pagi dan memulakan rutin harian dengan bekerja.

Hari ini aku rasa amat malas sekali untuk bekerja. Kalau boleh hari ni langsung tak nak bekerja. Langsung tak nak berfikir. Aku nak berehat je kat rumah.

Tapi malangnya, apa yang aku nak tu tak semestinya apa yang aku boleh buat. Aku kena juga pergi kerja. Amat tidak bertanggungjawab rasanya bila pergi bercuti tanpa mohon cuti terlebih dulu. Keseronokan kita bercuti mungkin secara tidak langsung akan menyebabkan orang lain susah. Mungkin tugasan tak dapat disiapkan, mungkin juga ketiadaan kita menyebabkan keputusan tak dapat dibuat dan secara tidak langsung menyebabkan kerja jadi tertangguh.

Rasa bertanggungjawab dan prihatin kita sebenarnya berjaya menyelamatkan satu hari daripada berlalu dengan sia-sia.

Jadi, ayuh kita laksanakan tanggungjawab kita dan bekerja dengan sepenuh hati. Jangan jadikan hari isnin penghalang kepada kejayaan kita!!!..

Friday, April 9, 2010

Financial Management With Nurin 9/4/10

Setiap hari akan sentiasa ada keinginan baru. Jangan kata orang dewasa, kanak-kanak pun sama juga. Kalau boleh setiap barang/mainan/buku/makanan yang dia suka, dia nak beli. Tak ada frasa "mama tak ada duit nak beli sekarang" kalau bercakap dengan dia. Bila permintaan tak dipenuhi terus tarik muka masam. Cemberut je dia selagi tak dapat apa yang dia nak.

Kalau kita ikutkan perasaan memang kita sentiasa nak berikan yang terbaik utk anak-anak. Tak mahu dia rasa susah macam yang pernah kita rasa satu masa dulu. Tapi, nak bagi kesenangan bukan dengan cara sentiasa dengar cakap anak dan juga penuhi semua permintaannya.

Kalau kita nak bagi kesenangan pada dia, kita juga perlu didik dia tentang wang dan cara nak uruskan.

Jadi, mulai bulan April ni setelah mendapat idea daripada artikel dalam majalah personal money, mama tengah embark on a programme/plan/ to buy a new bicycle for oyin. Memandangkan beskal biru oyin dan kecik dan tak sesuai dengan ketinggian oyin lagi.

Kami (mama dan oyin) dah bersetuju yang oyin akan dapat upah untuk setiap kerja/tugasan yang oyin buat untuk capai cita-cita dia beli beskal baru. Setiap satu tugasan blh dapat RM0.50. Setiap kali lepas habis tugasan kami akan catat dalam buku hutang untuk kira berapa yang terkumpul. Sampai genap RM10 mama akan bagi pada oyin untuk dia simpan.

Bagi setiap mainan yang oyin beli along the way, kosnya akan ditolak daripada duit yang oyin dah kumpul.

Nampak mudahkan?. Kita tunggu 9/5/10 untuk tengok berjaya atau tidak pelan ni. Kalau dia belum berjaya kawal nafsu berbelanja dia, memang akan makin lambatlah dia nak beli basikal baru.

Mama juga kena sentiasa pantau untuk rekodkan tugasan dan upah yang oyin dapat.

Semoga berjaya sayang!.

Wednesday, April 7, 2010

Human Management

Am i good enough?. have I ever hurt my subordinates' feelings?. Did anybody feel i'm a dictator?. Am I doing enough to create condusive working environment?. I think i have done my best.

Bukan senang kita nak puaskan hati semua orang. Lebih-lebih lagi semua orang itu adalah kakitangan kita sendiri. Setiap masalah yang timbul ada hikmahnya kerana masalah itu sebenarnya satu peluang untuk kita berfikir bagi mencari jalan penyelesaian. Orang kata, god does not create something for no reason.

Pengalaman berhadapan dengan superior from hell dan pelbagai kerenah walaupun amat pahit untuk ditelan tapi sebenarnya banyak memberi pengajaran supaya kita tidak melakukan kesilapan yang sama.

I believe that everybody has to be given a chance to defend his/her self. If you think your subordinate is making mistake/do not follow orders etc, then confront him/her. Tell them that this should not be done or this is wrong and at the same time guide them to the right path. Penalizing without giving them a chance to be heard is a cruel act. That very same person might repeating the mistakes because no one cared enough to tell that the act is unacceptable/wrong.

Belajar dari pengalaman sendiri yang amat menyiksakan hati telah mengajar aku untuk jadi lebih baik. Proses pembelajaran tidak akan pernah terhenti sampai kita mati. Apa yang paling penting, disamping mendongak ke atas kita juga kena selalu melihat ke bawah kerana tiada satupun yang statik di dunia ini..

Tuesday, April 6, 2010

Day 74 - 6/4/2010

Kalau tak dipecahkan rujung manakan dapat sagunya.. Kalau kita tak berusaha, sudah tentu kita tak akan berjaya.



Anda adalah seorang yang gagal apabila anda tidak merancang. Jika anda telah merancang dan melaksanakannya tetapi gagal, anda cuma perlu mencuba lagi di masa akan datang sehingga berjaya.



Ini cuma siaran ulangan sebab kata-kata di atas selalu dibaca atau didengar.



Aku ni seorang yang gagal ke?...



Aku ada hutang yang banyak, masih duduk menyewa, takde kereta besar, tidak bercuti keluar negara setiap tahun, tidak juga mampu menghantar cinta hatiku belajar di sekolah internasional.



Tapi, yang penting aku gembira sebab aku in control. Aku gembira sebab aku tau aku lebih tau daripada typical malay lady. Aku tau macam mana nak handle situasi dalam keadaan stress. Aku tau macam mana nak kira income tax. Aku tau apa nak buat kalau tiba-tiba suami aku meninggal. Aku juga tau apa nak tinggalkan untuk nurin kalau tiba-tiba aku tak ada lagi dalam dunia ni.



Itu sudah lebih daripada cukup untuk aku.



Setiap manusia akan ada bahagian masing-masing. Yang paling penting adalah kita kena berusaha dan sentiasa bersyukur. ( for record - aku tengah ambik RFP and baru je lulus paper 3 - Investment. YAHOO!!!. 3 more paper to go..)



So, to be in control, aku pilih untuk tak gunakan CC. Hari ni aku pergi kerja dengan duit tak sampai Rm20 dalam dompet. Aku masih blh rasa gembira. Aku percaya setiap langkah kita cari rezeki, tuhan akan beri kita rezeki 10 kali ganda lagi. Yang penting kita kena berusaha.



Aku masih berjaya lagi tak gunakan CC untuk teruskan life. Getting harder and getting used to it.