Tuesday, February 21, 2012

Nak Jadi Penulis

Yang,

Hari ni mama nak bagitau yang mama bercita-cita nak tulis buku sendiri satu hari nanti. Adakah akan jadi kenyataan atau tidak? hanya masa yang tentukan tapi mama akan berusaha kearah menjadi penulis satu hari nanti. mungkin cuma tulis buku cerita untuk kanak-kanak tapi tak kisah la kan. asalkan mama ada buku tulisan mama sendiri.

Insyaallah....

Wednesday, February 15, 2012

Bawa Balik Beg Sekolah Orang

Yang,

Hari ni lawak bin kelakar sebab awak terlebih rajin tolong angkat bawak balik beg sekolah budak kelas lain, dan tinggalkan beg sekolah awak kat sekolah. Nama budak yang awk ambil beg nya tu, Allisa kelas 1 Gemilang. Lawak, lawak.

Macam mana la awak boleh terbawak balik beg orang pulak..

Nasib baik mak farahani call mama bagitau pasal beg sekolah awak yang ditinggalkan kat sekolah. Nasib baik juga tak hujan, kalau tak.. Hmmm.. tak tau la.

Lepas ni kena fikir macam mana nak pulangkan beg sekolah tu dan minta maaf pada budak darjah satu tu. Kesian dia,. ntah2 dia kena marah dengan ayah dan mak dia.

Thursday, February 9, 2012

Bos Sekolah Tadika

Yang,

Awak selalu cerita pasal cita-cita awak bila dah besar nanti. Awak kata, tak kan la awak nak duduk rumah je macam kakak,nanti bosan la pulak kan..

Mula-mula awak nak jadi cikgu sekolah je. Lepas tu selepas difikir-fikirkan balik dan selepas bincang dengan mama,awak putuskan untuk jadi cikgu yang juga bos sekolah tadika. maksudnya nak buka tadika la kan?

So, sejak hari selasa lagi awak asyik bercerita apa awak nak ajar, berapa awak nak charge student awak nanti..
Bagus la anak mama ni, dah ada rarancangan perniagaan.


Awak dah plan nak ajar swimming dgn dancing, awakkan dah ada basic. Awak kata tak kan awak nak duduk ofis je, awak kena la pegi mengajar juga.

Mama,awak bagi duduk kat kaunter la.. kutip duit yuran.

YUran pulak,awak tak deccide lagi tapi maybe dalam RM200 ke RM900 sebulan. Kalau student awak kata mahal sangat, awak mungkin bagi diskaun la nanti.. 

Hari Ini Kena Rotan..

Yang,

Apa nak cerita ya?. Macam tak ada idea la pulak...
Mama nak pastikan blog ni sentiiasa ada cerita yang menarik supaya awak boleh jadikan panduan bila awak dah besar nanti.
Tadi awakcerita pasal awak kena rotan sebab tak siap lukisan robot.

Setakat hari ni dah 5 kali awak kena rotan..Awak kata awak rasa macam nak nangis je.

Huhuhu... Best tak kena rotan?. Mesti best kan?. Lain kali, kenalah ingat homework cikgu bagi.

Jangan la lupa pulak..