Hari isnin minggu lepas, masa kelas OM baru dapat markah assignment OM. Alangkah kecewanya rasa bila dapat tau grup kitaorang dapat amrkah yang teramatlah rendahnya berbanding dengan orang lain. Hati dah rasa sedih dan terkilan. Tapi nak buat macam mana. Mungkin memang kita tak menjawab soalan. At the end of the class, Dr Alwi bagi pulak markah untuk weekly assignment. Sekali lagi, aku dapat markah yang AMAT RENDAH. Aduh kecewanya rasa. bengapnya aku ni...
Minggu ni, lepas habis mid term econ, rasa beratnya kepala. Dalam kepala otak ni dah fikir macam-macam. Nak quit lah, nak postpone belajar lah. memang rasa tergugat betul perasaan bila dapat markah yang rendah sebab ada kebarangkalian untuk ulang paper ni.
Bila dah tak ada semangat tu, mulalah bercerita dengan member-member pasal masalah kita. Nasib baik ada kawan-kawan yang memang layak jadi pakar motivasi.
Neil kata, take one step at one time and jangan fokus sangat pada garisan penamat. Kalau kita fokus sangat utk future kita akan rasa terbeban bila kita tak perform sekarang ni. Lagipun, tak ada gunanya kita tengok pada orang lain dan bandingkan dengan orang lain sebab setiap orang punya path tu kan tak sama.
Firdaus pulak kata, kalau stop sekarang mungkin tak akan mula semula sampai bila-bila. Betul juga, nak gerakkan semula momentum tu bukannya senang.
Terima kasih pada kawan-kawan yang berikan semangat.
\
Semalam, pergi kelas dengan hati yang bersemangat dan membara. Apa yang penting kita berusaha. Kalau kita tak berusaha, memang sure kita gagal. Tapi, kalau kita berusaha insyaallah kita boleh berjaya. Kalau Billy Lim boleh gagal berkali-kali dan bangun semula, kenapa kita tak boleh?..
Bak kata iklan CIMB " quitting isn't an option for those hungry to succeed". And I'm NOT going to quit!!.
No comments:
Post a Comment