Tuesday, January 31, 2012

kelas tuisyen 2012

Yang,

memandangkan tahun lepas result periksa awak teruk. tak de la sangat teruk, tapi agak teruk juga memandangkan awak dapat nombor 76 per 200, tahun ni tak ada pilihan, terpaksa hantar awak kelas tuisyen.

Mama ingatkan setakat hantar kelas swimming, dancing, art dah cukup. rupanya memang tak cukup sebab tak cukup latihan. bukan sebab tak pandai.

Belajar daripada kesilapan tahun lepas, tahun 2012 ni menyaksikan awak menghadiri kelas hampir setiap hari. Hari isnin dengan hari rabu je yang free.

ada la masa sikit nak buat homework dan tengok tv.

hari ni je awak ada tuisyen kumon dan bm. esok free, khamis ada english - smart reader, jumaat kumon dan dancing, sabtu swimming. kadang-kadang sabtu ada show. ahad kelas art.

fuhh.. memanglah penat dan akan ada yang kata membazir je. mungkin tak berbaloi kos yang ditanggung. banyak juga yang terpaksa mama korbankan untuk pastikan tak ada yuran yang tertunggak.

tapi, pada mama, mama dah buat yang terbaik utk berikan apa yang awak perlukan. terpulang pulak pada awak sama ada nak gunakan kemudahan yang mama dah berikan untuk kebaikan atau nak sia-siakan.

1 comment:

  1. Setakat bulan April 2012. Selasa tuisyen BM, Rabu English, Khamis Maths. Kos BM 70, BI 80, Maths 20. Mama tak berapa berkenan Maths tu sebab ramai sangan student tapi buat masa ni tak ada pilihan so terpaksa bertahan dulu sementara cari kelas lain.

    ReplyDelete