Thursday, November 1, 2012

Syariah RFP

Hi sayang, Hari ni mama nak tulis lagi. Dah lama mama tak update blog. Selalu tak berkesempatan. Mama nak cerita pasal exam yang mama ambil. Syariah RFP ni sambungan daripada RFP certification yang mama ambik tahun lepas. Yang RFP dah lulus, ni mama nak ambil yang syariah untuk tambah pengetahuan dan mana tahu.. Mama boleh jadi financial planner yang berjaya nanti. Tujuan utama mama ambik adalah untuk dapatkan ilmu. Kalau nak dibandingkan dengan RFP, mama rasa lebih banyak yang mama belajar masa RFP terutamanya calculation. Tapi, dengan syariah ni, kesedaran Mama terhadap tanggungjawab sebagai umat islam semakin bertambah. Mama dah nampak bezanya antara ambil takaful dan insurans. Memang kalau difikirkan dari segi monetory, insurans nampak lebih murah kosnya, tapi kita tak boleh berfikiran singkat, kena fikir juga impaknya kalau kita cuma ambil insurans dan bukan takaful. Kira mama insaf sikit la. Mama masih belum boleh terima sepenuhnya pinjaman secara islam kerana pada mama sistem tu lebih kepada menyusahkan/aniaya peminjam. Ini lah yang mama rasa bila mama nak refinance rumah kat selayang. Takde maknanya settle awal. jumlah keseluruhan yang perlu mama bayar masih banyak tu juga. Mama harap bila awak dah besar mama boleh influence awak untuk ambil RFP ni untuk improvekan diri awak. Sekarang ni pun Mama rasa awk punya financial management dah okay untuk seorang yang berumur 8 tahun tapi, masih boleh diperbaiki lagi. Nanti kita cerita lagi kay. Mama nak solat Asar. Luv You!

No comments:

Post a Comment