Sunday, June 13, 2010

Adikku Mahu Kahwin

Setelah beberapa tahun menyulam cinta dan bertunang, akhirnya masa yang ditunggu oleh pasangan ismail dan alin pun hampir tiba. Tinggal kira-kira sebulan je lagi sebelum 24 Julai depan. Seperti biasa, tiada manusia yang lebih sibuk bila bercakap tentang persiapan perkahwinan selain daripada ibu bakal pengantin.

Perkara yang sama pun terjadi pada emak. Nasib baik mak ada ramai anak yang boleh melayan kerenah dia nak berbelanja dan membuat persiapan. Mujur juga adik ada ramai kakak yang sudi nak mensponsor persiapan kahwin dia. Almaklumlah, ini kenduri kahwin yang terakhir dalam keluarga kami.

Bercakap pasal persiapan mak ni, biasalah kali terakhir kenduri kahwin kat kampung tu rasanya dah lebih daripada 4 tahun lepas. Banyak barang-barang yang kena dibeli semula. Ini termasuklah tilam yang aku beli masa tahun 2003 dulu.

Sebelum kami sampai kampung, kak ipah sekeluarga dah sampai terlebih dulu. Memandangkan tujuan balik ke kampung pun memang nak melayan mak berbelanja, kak ipah pun tanya mak sama ada mahu di beli atau tidak tilam yang baru?. Mak kata, tunggu dulu sebab masih ada banyak masa lagi.

Bila tiba aku pulak, mak tanya, Bila kita nak pegi beli tilam?.. Jadi, apa maksudnya kat sini?.

Tak lain dan tak bukan, mak suruh aka mintak aku sponsor tilam la ni. Bukannya tak nak sponsor, tapi mengenangkan CC baru habis bayar and tengah nak kumpul duit untuk bayar yuran master next month, rasa berat jugak permintaan mak ni.

Lepas difikir-fikirkan, pegi lah juga layan mak mencari, membeli dan membayar tilam baru sebab kalau mak tak harapkan pada aku dia nak harap pada siapa lagi. Habis rabak duitku RM750. BTW, mak sponsor RM250 je. Kalau beli tilam span, tak sedap pulak, pakai kejap je dah tak selesa nak tidur.

Aku sentiasa percaya, kalau kita mudahkan hidup orang tua kita, insyaallah Allah akan permudahkan hidup kita pulak. Amin.

Dik, ini kira hadiah kahwin la yer.. Hehehe..

Semoga, adik and alin akan hidup bahagia hingga keakhir hayat. Amin.

No comments:

Post a Comment