Saya nak berkongsi cara saya menyelesaikan masalah kewangan. Memang belum selesai sepenuhnya, tapi sudah bertambah baik. Satu masa dulu saya juga ada hutang CC yang banyak. Berbelas-belas ribu semuanya. Masalah saya bukan pendapatan yang tak cukup, tapi perbelanjaan yang tak berhemah dan tidak dirancang serta pelaburan yang tak mengikut langkah yang betul kerana asyik sangat nak melabur sampai perbelanjaan harian tak mencukupi dan bergantung pada CC.
Saya ada ASB loan RM50K dan RM30K dgn monthly installment RM382 dan RM228. Ada 2 biji rumah yang kedua-duanya saya sewakan walaupun tak dapat cover semua installment tapi masih ok (affordable). Ada kereta dan ada pekerjaan yang baik. Tapi, saya selalu rasa duit tak cukup kerana perlu membayar hutang CC yang banyak (sekurang-kurangnya RM400 sebulan).
Apa yang saya buat, saya senaraikan semua pendapatan bulanan saya kemudian saya senaraikan pulak perbelanjaan wajib bulanan yang tetap seperti kereta, loan ASB, bbsitter, bil-bil api air dan rumah. Lepas tu, saya tolakkan pendapatan dengan perbelanjaan tetap yang ada. Katakan pendapatan RM4,000. Perbelanjaan tetap RM2,500. Baki sebanyak RM1,500 tu saya bahagikan kepada 5 minggu (dlm sebulan ada lebih kurang 5 minggu) jadi kita dapat RM300 seminggu. RM300 tu kita masukkan dalam 5 sampul utk setiap minggu. Jadi, setiap minggu kita ada maksimum RM300 utk dibelanjakan. Tak kiralah untuk apa, makanan, tambang pengangkutan, berhibur, membeli belah dan sebagainya. Kalau ada extra saya akan simpan untuk minggu yang sama bulan hadapan atau simpan dalam emergency fund.
No comments:
Post a Comment