Semalam, 1 Ramadhan 1431 Hijrah, bersamaan dengan 10 Ogos 2010 adalah hari bersejarah buat cik Nurin Hannani sebab dia dah mula berpuasa. Walaupun tak puasa penuh, sekurang-kurangnya dia dah menunjukkan minat dan keinginan untuk berpuasa. Itu yang lebih penting.
Bangun pagi pukul 5, mama kejutkan tapi dia terlalu mengantuk nak bangun so cuma bersahur susu sebotol je. Coco Crunch and air bliss terpaksa masukkan balik.
Pergi sekolah, nasib baik ramai juga kawan dia puasa. Izzatul, aleya, farhana puasa. Nana puasa juga, tapi dia tak tahan. Haikal, esok baru nak puasa.
Balik sekolah, dah tak tahan dia buka puasa dengan minum susu. Pukul 5 dah minta nasi dengan kakak.
Malam tadi lepas kelas, instead of pegi terawih, kami pergi pasar malam (teruk betul). Apa yang menariknya kat pasar malam, dia minta jam loceng yang bunyinya sebatu boleh dengar supaya senang dia nak bangun sahur.
Jadi pagi tadi, mama kejutkan dia and oyin siap suruh mama bunyikan jam loceng yang baru beli tu, baru dia nak bangun. Hari ni sahur coco crunch dengan air soya bean dan sebotol susu (ini memang tak boleh tinggal).
Semoga hari ni dan hari-hari seterusnya Oyin akan puasa penuh supaya hari raya tahun ni lebih bermakna buat kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment