Malam tadi selepas membersihkan muka, seperti biasa saya menyapukan toner dan pelembap untuk pastikan kulit tak terlalu kering. Maklumlah, umurpun dah 34 tahun, bukannya muda lagi.Seperti biasa juga, Nurin tak mahu tidur lagi dan setia menemankan mama dia menepek muka kerana dia tak suka tidur sorang-sorang.
Sedang sibuk menepek muka, oyin tanya " kat muka mama ada apa tu, kenapa jadi macam tu?. mama kata, yang mana, dia kata yang panjang-panjang kat muka.
Oowhh.. rupa-rupanya oyin tanya pasal parut besar kat bawah mata yang cuma akan nampak kalau buka spec. kalau pakai spec memang tak berapa perasan pun..
Untuk pengetahuan oyin, mama dapat parut tu daripada Mak Uni..
Di kampung sri bunian, tinggal seorang budak perempuan yang belum pandai berjalan dengan mak, bapak, kakak dan abang dia. Satu hari tu kakak dia yang bernama Mak Uni telah membawa budak kecil tersebut brjalan-jalan dengan menaiki basikal. Tiba-tiba, dengan tak sengaja mak uni telah tejatuh daripada basikal. Apabila mak uni terjatuh, budak kecil yang sedang dibawanya turut terjatuh. Oleh kerana pada zaman dahulu tiada kemudahan perubatan yang canggih dan kerana mak dan bapak budak itu orang kampung yang miskin, mereka tidak membawa budak itu ke hospital, akibat daripada jatuh basikal itulah yang menyebabkan budak itu mempunyai parut di muka. Parut itu kekal hingga ke hari ini.
Budak itu adalah mama..
the end..
No comments:
Post a Comment