Semalam, Oyin mengadu kat mama gigi susu oyin yang ketiga dah cabut. Oyin kata, gigi cabut masa tengah makan nasi lunch kat school (qasrina). Sebab berdarah dan sakit agaknya, tak sempat dia nak simpan gigi tu. Sebelum tu, dah dua gigi susu belah bawah yang dah cabut sebab nak bagi laluan pada gigi kekal yang dah mula tumbuh. Jadi tak ada masalah sangat sebab gigi tak sempat rongak. Gigi yang dua batang tu ada mama simpan utk kenang-kenangan.
Tapi, utk gigi yang ketiga ni, gigi kekal belum tumbuh lagi so, ada lopong lah kat depan tu. Hari ni, sebab malu gigi tak ada, pagi-pagi lagi dah telefon mama kat ofis minta cuti tak nak pergi sekolah hari ni. Sebab, dia kata dia tak nak kawan-kawan rosakkan buku dan pensil dia. Sebab diaorang pinjam tapi tak pandai jaga. Amboi.. pandai anak mama bagi alasan.
Sebenarnya, bila mama tanya dua tiga kali, baru dia mengaku sebenarnya dia rasa malu sebab gigi depan dia tak ada. Nanti kawan-kawan gelakkan. Memang dah dijangkakan pun. Anak kecil umur 6 tahun pun tahu malu kan...
So, sebagai jalan penyelesaian, mama janji dengan oyin utk hantar oyin pergi school esok untuk pesan pada teacher supaya marah and tegur budak-budak yang ketawakan dia.
For Oyin, this is part of your growing up process dear. there's no reason for you to be shy. Everbody will be facing the same situation.
Hari Khamis lepas, Oyin tengok surat khabar cerita pasal kembar siam (ahmad dan muhammad) yang dipisahkan beberapa tahun lepas. Dah besar dah kembar tu. Dah 12 tahun. Salah seorang tak ada kaki dan itulah yg bakar semangat oyin nak pegi sekolah semula. Kalau orang yang tak ada kaki pun bersemangat nak sekolah, apalah sangat dengan oyin yang baru nak tumbuh gigi.
ReplyDelete