Hari Isnin, pergi kelas macam biasa. Bila sampai kelas dapat markah assignment literature review. Rasa kecewa dan frust yang teramat sangat bila dapat markah yang amatlah rendahnya. Aduh.. rasa macam nak berhenti belajar pun ada. Apasal lah aku ni bebal sangat.
lepas tu, b4 habis kelas dapat markah weekly assignment pulak. Pun, sekali lagi dapat markah yang sangatlah rendahnya. Apasal lah aku tak terfikir macam mana nak buat assignment ni. macam mana orang lain boleh tau macam mana nak buat?. Aku ni memang tak ada bakat dan kepandaian ke?..
Tensionnye.. Sepanjang hari isnin and semalam memang tak ada mood giler..
Bila dah cool down, fikir-fikirkan balik, tak ada manusia yang perfect. Tak apalah diaorang dapat markah tinggi tapi aku dapat markah rendah pun. Sekurang-kurangnya aku cuba. Lagipun, kalau aku memang dah pandai buat apa aku belajar lagi. kalau ditakdirkan fail pun, aku masih boleh cuba lagi next time. Sedangkan billy lim yang gagal dan rugi berjuta-juta ringgit boleh bangun semula, inikan pulak setakat dapat markah asmt rendah.. USAHA lagi lah!!
ReplyDelete