Hari ini nak berkongsi pengalaman mengambil mak di Stesyen bas sementara kat Bukit Jalil memandangkan Puduraya ditutup untuk naik taraf.
Mak bertolak dari Pontian naik bas mayang sari dalam pukul 8 pagi. Anggaran masa nak sampai ke KL dalam 5 jam. Memandangkan kena turun kat Bukit Jalil, tempoh masa perjalanan berkurang dalam setengah jam. Jadinya, kalau naik bas pukul 8, dalam pukul 1 boleh sampai kat BJ.
Oleh kerana mak seorang yang tak tau membaca, kenalah selalu telefon mak untuk budjet masa mak akan sampai. Last sekali call, mak kat jauh lagi. Lagi 30 minit call, mak kata dah sampai Serdang yang letaknya cuma sepelaung je dari BJ.
Apa lagi, berkejar nak ke BJ dari Ofis yang perjalanan lebih kurang 20 minit.
Apa yang diceritakan disini adalah pasal kesusahan orang naik bas kat Bukit Jalil. Kebetulan pulak, masa mak sampai tu, hujan lebat. So, lepas parking kereta teruslah pegi cari mak. Memang dah pesan kat mak, jangan pegi mana-mana, duduk je kat situ nanti orang ambik.
Mak kata dia ada kat bawah pondok. So pegi tanya kat kaunter bas, diaorang kata bas mayang sari tadi berhenti kat platform nombor 5. Pegilah cari platform nombor 5. Apa yang menyedihkan, dahlah hujan, walkway yang disediakan tu tak ada connector. Jadinya, dari satu khemah ke satu khemah yang lain ada lompong kat tengahnya. Untuk sampai ke Platform 5, ada beberapa khemah yang tak bersambung sampai menyebabkan orang ramai (termasuk yang tengah menulis ni) basah kuyup. Macam manalah diaorang punya planning ni.
Kesian orang yang memang menggunakan bas ekspress untuk bergerak.
Walkway yang ada tu rasanya dah cukup besar, cuma tak interconnected antara satu sama lain, jadi kalau hujan, nak bergerak dari satu khemah ke satu khemah yang lain, memang terpaksa merempuh hujan.
Ahirnya, setelah tawaf satu stesten BJ tu jumpa mak kat pondok tunggu teksi. Dia tak cakap la pulak tunggu kat tempat org ambik teksi..
maklumlah, org yg naik bas siapa.. org tak jaga dan fikir keperluan mereka.. sedih tgk keadaan ni...
ReplyDeletekalau yg naik flight tu, depa jaga la...