Tuesday, November 16, 2010
Bukit Tinggi Trip 13 November 2010
Dah lama kitaorang tak pergi bercuti. Bukan tak mau, tapi belum mampu. Since nak pergi jauh-jauh perlukan kos yang besar, last saturday kitaorang pergi bercuti dalam malaysia je. Radius 100km dari rumah.
Ini merupakan trip mama yang kedua ke Bukit Tinggi (BT). First time masa kena gantikan bos untuk bengkel. Masa tu tak best sebab Oyin tak ikut. Kali ni pegi memang nak berjalan je.
Keluar dari rumah dalam pukul 9 pagi. Lepas breakfast, terus bergerak lalu karak highway. Oleh kerana dah tau harga makanan n minuman kat sana mahal, kitaorang bawak bekal air 100plus dari rumah. Jimat sikit.
Sampai kat sana rasanya dalam pukul 10.30 ke pukul 11. Destinasi pertama, rabbit park. Tak banyak manapun rabbitnya. Bolehlah untuk oyin main-main. Owh, entrance fee, seorang RM3 jadi pergi berlima RM15. Oyin naik donkey satu round, RM6. Dekat rabbit park ni ada juga ditunjukkan kandang untuk rabbit mengawan and kandang rabbit baru lahir. Ada yang sehari dan ada juga yang 2 minggu. Yang pastinya semua cute2 belaka dan Oyin merayu supaya dibenarkan bela rabbit. Tapi gagal.
Nasib baik kami sampai awal sebab tak lama lepas tu ada satu rombongan budak-budak sekolah dalam 2-3 bas. Orang jadi lebih ramai daripada rabbit.
Sebelum tu juga mama dah tetapkan budget untuk dibelanjakan sebanyak RM300 je. Semua bayar pakai cash.
Dah puas main dengan arnab, kami terus pergi ke Colmar tropicale. Senibinanya memang cantik, macam pegi paris la pulak...BTW, entrance fee ke Colmar n japanese village adalah RM12 utk org dewasa, RM8 utk kanak-kanak. So, semua sekali RM56.
Dari Colmar kami naik Tram utk pergi ke Japanese Village. Ada botanical garden, japanese garden, kimono rental dan kedai cenderamata. Kami nampak beberapa ekor orang utan (rasanya la) yang warna hitam kat area japanese village ni, oyin terus ajak keluar sebab takut.
Lebih kurang satu jam kat JV, kami naik tram semula ke colmar.
Di Colmar, mama dengan oyin buat aktiviti mewarna kat tembikar/claytan dan yang sewaktu denganya la. Selalu orang buat souvenir. Yang ni, dia dah siap ukir, tinggal warnakan je. Mama pilih frame gambar supaya senang nak framekan gambar kami pergi bukit tinggi. Oyin pilih lady bird. Oleh kerana dia suka sangat, mama bagi permission dia buat hello kitty pulak. Memang agak comot dan tak berapa cantik tapi takpelah ni first time buat. tak ada idea apa nak buat. Kos RM43.
Kakak dengan Oji pegi pusing-pusing paris (ala-ala paris la..). Ayah seperti biasa, buat muzik supaya tak penat nak drive balik nanti.
Habis mewarna, kami pegi makan. Habis RM100 untuk makan tengah hari. Rasa tak berbaloi sebab makanan dia tak sedap.
Lepas makan, pergi jalan-jalan sekitar paris. Masa ni Oyin dah penat dan merajuk sebab tak dapat buat sand art. Mama kata tak berbaloi buat sand art, sebab kat mana2 pun ada sand art.
Kos menghabiskan masa sehari di BT, RM280. Still within budget.
Kami bergerak balik dari BT dalam pukul 4.30 setelah kepenatan berjalan. Bukan tak nak tidur kat sana, tapi rate dia melampau sangat rasanya. Sampai RM350 semalam. Lebih baik balik hari je.
Sampai rumah dalam pukul 6.00 petang.
SERONOKnye pergi bercuti. Ayah lain kali bawa kitaorang bercuti lagi ya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment