Tuesday, November 9, 2010

Kemana Perginya Duit Aku????..

Dari sehari ke sehari, aku rasa masih banyak jugak hutang. Masih juga tak ada a lot of cash. Mana perginya duit aku selama ni?. Kalau macam ni gayanya, memang matlamat nak bersara awal tak akan tercapai.

Nak mintak naik gaji, dah naik dah, tapi nafsu nak berbelanja semakin juga membuak-buak.

So, mulai bulan November 2010 ni selama setahun sampai 31 Oktober 2011, aku berazam nak puasa. Bukan puasa menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tapi nak puasa beli baju dan kasut.

Untuk diri sendiri memang tak nak beli baju dan kasut baru.

Untuk Oyin pulak, kena limitkan baju dan kasut baru bila diperlukan sahaja.

Mungkin dengan cara ni akan dapat jimatkan sikit duit dan matlamat nak simpan 100g dalam GSPA akan tercapai secepat mungkin.

1 comment:

  1. Tambah sikit. Puasa bukan setakat baju je. Kena puasa sekali tudung, kasut dan juga handbag.

    ReplyDelete