Dari kecik aku memang x suka pakai barang kemas. Partly because mak memang xde duit nak melayan kemahuan aku and partly sebab aku rasa rimas pakai barang kemas. Rasa tak selesa pun ada juga..
Bila dah besar, kerja, kahwin dan ada anak pun.. aku masih kurang gemar pakai barang kemas. Sebab, duit pun tak berapa nak ada and aku pun tak pernah menyimpan untuk beli emas. So kesimpulannya, memang tak ada dan tak minat nak ada barang kemas. Tapi kalau diberi 1kg emas dalam akaun gold savings passbook maybank @ public bank sure aku x menolak!.
Bila oyin lahir, kalau mak2 lain biasanya rajin belikan anak diaorang barang kemas, aku x beli seurat pun untuk oyin. Sbb aku rimas tengok. Baik belikan dia buku atau alat tulis. Atau simpan je duit dia kat bank.
Sepanjang cuti sekolah bln 12 tahun 2009, oyin banyak kali jumpa sedara mara dia. Bukan setakat jumpa kakak-kakak sepupu, oyin juga berjumpa dengan miss kutu. Ekoran daripada itu, mahkota oyin terpaksa dicantas habis. Memang terasa sayang. Tapi nak buat macam mana, nanti berjangkit pulak.
Bila rambut dah pendek tu, oyin selalu tak suka rambut dia sebab nampak macam boy. Jadinya. mama cadangkan supaya oyin pakai anting-anting. Pujuk punya pujuk, akhirnya oyin pun setuju lah nak pakai anting-anting.
Mama pun bawak oyin g Habib Jewel kat Alpha Angle Wangsa Maju untuk bertindik n cari sekali subang yang sesuai dengan anak mama yang cantik ni..
Tindik telinga yang pertama cuma rasa terkejut je sebab sakit sikit. Bila tindik telinga sebelah lagi terus meraung kesakitan. Hua....
Kesian cik cantik..
Kalau ikut staf Habib tu, kene tunggu 2 minggu baru blh tikar earings sementara tu dengan yang kekal. Tapi sbb oyin tgh excited nak pakai earings, hari2 tanya blh x buka anting2 tu utk tukarkan dengan yang emas.
Sampai satu hari tu, waktu yang sepatutnya buka, anting2 tu agak ketat n susah nak buka. Bila susah nak buka n sakit, oyin terus phobia dan tak benarkan sesiapapun pegang telinga dia.
Sampai lepas balik dr kampung masa raya cina hari tu, mama dgn oji berhempas pulas memujuk lebih sejam utk dia bagi bukak. Sebelum tu anting2 yang sebelah dah tertanggal dia punya lock masa oyin sibuk bermain. Jadi tinggal sebelah je lagi. Buat drama la petang tu.., Kena marah, pujuk, marah lagi... Oyin, Oyin..
Akhirnya, ayah berjaya tarik keluar anting2 tu lepas mama pujuk dia bg telinga dia kat ayah.
Sejak dari tu, oyin langsung tak mau pakai anting2 sebab sakitnya masih terasa. Lubang dia pund ah hampir tertutup..
No comments:
Post a Comment