Ramai penasihat kewangan kata, "it is not how much you make but how you manage". Ada banyak betulnya apa yang dikatakan tu, tapi how much we make is still very important. Kalau gaji setakat Rm1k-2k dan hidup di bandar besar, memang kita akan menghadapi banyak kesukaran bukan setakat untuk menyimpan, untuk hidup selesa pun agak sukar sebenarnya.
Jadi, camane perjalanan kita menuju kebebasan dalam dimulakan?...
Kenalah mulakan dengan langkah yang pertama dulu..
Macam aku, langkah pertama yang aku buat adalah dengan mula menyimpan. Memang susah yang amat pun.. Penasihat Kewangan blh kata, simpan at least 10% drp take home salary kita. Masa mula-mula kerja, jangankan 10%, 1 persen pun tak blh nak simpan. Bila dah mula menyimpan tu, tangan pun sama jgk gatal nak g keluarkan. Jadi, kita simpan duit kita tu walau sebanyak manapun kat dalam akaun yang takde ATM. Contoh yang paling baik adalah dalam ASB atau Tabung Haji.
Akupun bukan orang senang, masa mula-mula kerja dulu asyik membeli je. menyimpan nyer tak. Yelah kan, masa tu baru rasa nak pegang duit, nak lah memanjakan diri sendiri dan juga memanjakan mak kita. Tapi, jangan risau, perasaan nak memanjakan diri sendiri tu sekejap je asalkan kita boleh kawal diri. Bila umur dah makin meningkat, perasaan nak melepak a.k.a window shopping selalu pun akan hilang dengan sendirinya.
Bila dah buka akaun tu, kita kena lah pulak ada disiplin. Aku juga bukan seorang yang berdisiplin. Asyik sibuk je nak g keluarkan duit. In fact, aku ni jenis pantang tengok duit duduk diam dalam akaun. Ada je idea nak dihabiskan. Bila duit dah habis, mulakan gunakan CC sehingga akupun terjebak dalam hutang CC yang boleh tahan banyaknyer...
So, untuk perjalanan kali ni, yang penting sekali mulakan langkah pertama dengan buka dulu akaun simpanan (ASB/Tabung Haji etc yang tak ada facility ATM) dan berdisiplin.
Nanti kita sambung lagi..
Salam,
ReplyDeleteApabila menyimpan, rasanya kita perlu jugak menyimpan mengikut keperluan dan jangka masa. Ada simpanan utk jangka pendek, sederhana dan panjang. Yg pendek mungkin boleh masuk ASB/TH yang senang utk dikeluarkan dan pulangan yg berpatutan utk cover inflasi, dan juga cover 3 to 6 bln perbelanjaan kita. Selebihnya, baiklah dilaburkan kpd tempat lain utk pulangan jangka sederhana yg dpt memberikan pulangan yg lebih tinggi.
Aku setuju. Nanti aku sambung lagi artikel.
ReplyDelete