Dah lama rasanya tak menulis. Rasa rindu sangat nak meluahkan perasaan dan rasa hati. Sebenarnya, bukan tak nak menulis, tapi oleh kerana masalah kesihatan yang tak mengizinkan terpaksalah juga dilupakan seketika hobi menulis.
Hari minggu lepas (labour day) kitaorg balik ke Sungai Balang Muar, mungkin disebabkan cuaca panas yang amat, balik dari kampung terus demam. Rasa letih dan lemah yang amat sangat. Ingatkan lepas rehat sekejap demam boleh kebab. Sebab dah tak tahan sangat kena aircond, lepas lunch hour dah mintak permission bos utk balik ke rumah. Hari Selasa masih tak sihat lagi sampai terpaksa ambik EL sebab tak larat nak pergi jumpa doktor.
Hari Rabu, masih rasa tak berapa sihat. Lepas je waktu ofis, terus pergi klinik. DOktor kata demam kuat, MC satu hari. Kalau tak mengenangkan ada meeting hari ISnin dengan selasa sure aku langsung tak datang ofis jumaat lepas.
Tepat je pukul 5, terus balik sebab tak tahan sejuk. Weekend, tak ada buat apa-apa sebab badan masih terasa lemah.
Sampailah ke hari ni, masih belum pulih sepenuhnya. TApi getting better. NAsib baik bukan denggi atau H1N1.
Apa yang penting, kita kenalah jaga kesihatan dan diri kita sendiri.
pregnant kot?
ReplyDelete-rene-
kalau ya la.. tapi 99% sure tak..
ReplyDelete