Tuesday, May 25, 2010

Menjadi Ibu/Emak/Mama/Mummy dan Kawan

Bila datangnya bulan Mei ni, akan ada pelbagai jenis sambutan. Ada hari ibu, hari guru, hari belia, hari jururawat dan bermacam-macam jenis hari lagilah. Walaupun tahun ni tak dapat kad sempena hari ibu (sedih),  tapi tetap juga gembira sebab dapat jadi mama kepada nurin hannani. Ramai lagi bakal2 ibu yang mengharap untuk dapat anak tapi masih belum dikurniakan anak. Jadi, walaupun cuma ada seorang anak, rasa gembira menjadi ibu memang satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Sebenarnya bila kita jadi mama ni kita kena selalu banyak berfikir sebelum kita bertindak. Tak boleh buat secara melulu. Ada sekali tu, sebab marahkan nurin mama campak penyapu yang tengah kat tangan ke lantai. Memanglah dia rasa takut tapi bila dia rasa tak puas hati dengan kita, diapun buat perkara yang sama. Dibalingnya barang yang ada kat tangan dia dengan selambanya. Bila kita tanya kenapa buat macam tu, dia kata sebab mama pun buat macam tu (baling barang) bila marah kat dia.

Anak memang cermin diri kita sendiri. Kalau baik yang kita ajar, akan baik jugalah penerimaan dan tindakan dia.

Ada sekali tu nampak banyak sampah bersepah-sepah kat koridor rumah. Kitapun saja je bukak cerita kenapa diaorang ni tak buang sampah dalam tong sampah. Nurin punya kesimpulan, diaorang ni buang sampah bersepah-sepah dan tak masuk dalam tong sampah sebab MAMA DIAORANG TAK AJAR. Betapa kuatnya pengaruh mama pada anaknya.

Sekarang ni Oyin asyik cerita nak adik je. Memanglah nak adik/baby tapi nampaknya masih belum ada rezeki lagi. Harap-harap doa untuk dapat adik akan dimakbulkan tuhan.

Amin...

No comments:

Post a Comment