Friday, February 5, 2010

Dia datang lagi....

Dia tak perlukan kita. Kita perlukan dia, tapi kalau boleh kita tak mahu dia datang. Bukan sebab kita tak nak, tapi sebab kedatangannya perlu disertakan dengan usaha dan matlamat. Itulah exam atau peperiksaan atau test atau penilaian. Nama mungkin berbeza, tapi matlamatnya tetap sama. Untuk menilai. Sama ada penilaian untuk naik pangkat, untuk tentukan pemahaman kita setelah belajar atau untuk pastikan kita layak menyandang sesuatu gelaran.

Ada lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum peperiksaan. Mungkin akan ada yang kata, dah tua-tua ni buat apa nak belajar dan ambil exam lagi. Ada juga yang rasa apa gunanya ambil subjek tu, bukan boleh buat duit atau ada career advancement pun. Malaysia adalah negara yang bebas, semua boleh mengutarakan pendapat masing-masing.

Jadi, kenapa aku ambil exam? atau, kenapa sambung belajar?...

Dalam hidup, setiap manusia akan ada kepentingan masing-masing. Akan ada yang sangat pemurah macam member kat tingkat 7. Akan ada juga yang kedekut dan suka mengambil kesempatan pada orang lain. Ada yang suka baling batu sembunyi tangan. Ada yang suka cabaran mahukan sesuatu yang memang dia tak boleh dapat. Macam-macam jenis manusia ada dalam dunia ni. Aku suka belajar. Suka berangan. Suka luahkan apa yang ada dalam kepada dalam bentuk tulisan dan suka merajuk. hehehe...

Jadi, walaupun aku tak suka dia datang, aku nantikan juga kehadirannya. Yang penting, kena ada persediaan. Exam ni mengajar kita memahami sebenarnya ada ramai lagi orang yang lebih pandai daripada kita dan untuk kita sedar bahawa banyak lagi ilmu yang boleh diteroka. Ia juga boleh dijadikan bukti sebenarnya kita ni memang pandai. Sebab walaupun kita tau sesuatu ilmu, tapi tak dapat dibuktikan dengan paper qualification, orang tak kan tau kita memang pandai.

24 Februari, cepatlah datang....

No comments:

Post a Comment