Sebagai seorang emak tak ada yang paling menyusahkan hatinya melainkan bila anaknya sakit. Kalau boleh biarlah Allah bagi sakit tu kat dia, jangan anak yang sakit. Macam tu jugalah yang aku rasa hari ni.
Lepas habis kelas drama tadi, kami pergi galaxy ampang tengok shrek. Oyin bukan main beria-ia nak tengok tapi bila dah tengok takut pulak. Mungkin keadaan yang sangat sejuk tu buatkan dia tak tahan sampai jadi demam.
Dalam kereta lagi dia dah bising sakit telinga dan pening kepala. Mama ingatkan oyin mengada-ngada. Rupanya memang dia demam.
Sampai rumah terus mandi and memandangkan esok ada party kat qasrina, kenalah bawa something untuk oyin makan dengan kawan-kawan dia. So hari ni kami dah setuju untuk oyin bawa nenas rebus (dessert tu). Mamapun sibuk lah kat dapur siapkan dessert utk party oyin esok. Dia masih lagi tak sihat.
Lepas habis masak, tengok macam dah ok sikit. Ayahpun kata dah ok ni, esok je bawa pergi klinik. Mamapun rileks je la.
Bila dah masuk bilik, rasa badan dia masih panas lagi. Dah la tu, dia tak boleh tidur pulak.. Ajak ayah pergi klinik ayah tak nak sebab pada dia demam biasa je. Esok pagi elok lah tu.
Memandangkan ayah tak mahu hantar oyin ke klinik, mama pergi berdua ajelah dengan oyin. After all, we have each other what untuk temankan diri masing-masing memandangkan jam masa keluar rumah tu dah pukul 1.30 pagi. Takut tu memanglah ada, tapi demi nak pastikan boleh tidur lena dan peace of mind, mama redah juga.
Sampai je kat klinik, oyin muntah. Nasib baik tak kena kat baju/kat lantai klinik. Lepas dapat ubat doktor, balik, makan ubat, dia nak makan nasi pulak.. Mamapun apa lagi pukul 2 pagi goreng telur... Nasib baik nasi ada. Dah siap, tak selera pulak.. Terpaksalah tukang masak yang makan.
By the time mama menulis ni dalam pukul 2.45 pagi, oyin dah boleh tidur nyenyak, panas badan pun dah kurang dan mama boleh tidur dengan lena. Tak taulah boleh bangun ke tidak esok pagi ni.
Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku kekuatan dan keyakinan. Terima kasih juga kerana Kau sembuhkan sakit anakku. Amin..
make sure kat rumah sentiasa ada ubat demam..so next time x perlu lah p klinik awal2 pagi camtu...takut lak dgr kau p klinik kul 1 pagi..
ReplyDelete