Cuti umum memang selalu ditunggu-tunggu. Lebih-lebih lagi jika cuti umum jatuh hari Jumaat atau Isnin kerana akan ada hujung minggu yang panjang. Bersempena dengan hari wesak, kami berlima telah bercuti @ mandi sungai di kemensah yang terletak di belakang Zoo Negara.
Walaupun cuma terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah, inilah kali pertama kami sampai ke Kemensah untuk berkelah.
Perjalanan dari rumah cuma mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Untuk kesana kami menggunakan lebuhraya lingkaran tengah 2 (MRR 2) dari arah Seremban. Pusingan U perlu dibuat dipersimpangan Taman Melawati menghala ke arah Zoo Negara. Seterusnya, susur masuk di persimpangan menuju ke Zoo Negara sehingga sampai ke kawasan letak kereta Zoo Negara yang ketiga. Teruskan perjalanan selepas melewati tempat letak kereta zoo negara kerana lokasi perkelahan Sungai Kemensah ada di hadapan. Hanya perlu bergerak terus kehadapan tanpa membelok ke mana-mana persimpangan.
Sebenarnya terdapat banyak lokasi perkelahan yang ada di sepanjang Sungai Kemensah. Kami memilih untuk meneruskan perjalanan sehingga ke hujung jalan dan bertemu dengan Isi Rimba Resort. Pada mulanya kami memang kurang berkenan dengan keadaan sekitar sungai berkenaan yang tidak menarik. Namun, setelah meninjau dengan lebih jauh di sekitar Isi Rimba, kami terus bersetuju untuk menghabiskan masa bersama di sana.
Apa yang menariknya di Isi Rimba adalah ia merupakan lokasi perkelahan yang terakhir di sepanjang Sungai Kemensah. Airnya jernih dan sejuk. Ikan yang ada pula merupakan dari jenis yang digunakan di spa ikan kerana jika diletakkan kaki di dalam air ia akan memakan sel-sel mati kita. Menarik bukan?.
Kami juga berjumpa dengan ketam dan ular. Apa yang lebih menarik, seekor kumbang turut berminat dengan kami apabila ia hinggap sehingga di dalam baju Kak Ana, kakak sepupu Nurin.
Di samping memasang khemah yang dibawa bersama, pihak resort juga ada menyediakan wakaf yang dikenakan bayaran hanya RM20 sebuah. Memang menarik, namun keadaan wakaf yang tidak terurus dan agak usang agak mengecewakan. Mujur kami membawa bersama tikar yang dapat digunakan.
Kami menghabiskan masa dengan bermain air, membina istana pasir dan makan soto ayam yang di masak oleh Kak Ana.
Memandangkan hari hampir hujan, Sungai Kemensah kami tinggalkan sekitar jam 3 petang dengan harapan akan berkunjung lagi di masa hadapan.
Hari ni bila bangun dari tidur, badan oyin penuh dengan bintik-bintik macam ruam. Bila jumpa doktor, maybe allergic sama ada pada air atau kena gigit serangga.
ReplyDeletehari ni ruam oyin masih belum baik lagi. semakin banyak rasanya. Demam dia pun tak kebah lagi. sekejap ok, sekejap panas. Semoga oyin cepat sembuh. Amin..
ReplyDelete