Saturday, January 16, 2010

Credit Card v Debit Card

Semakin banyak kemudahan yang disediakan, sepatutnya hidup akan jadi semakin mudah. tapi, kalau tak kena caranya, mungkin hidup kita akan jadi susah pulak..



Sebagai contohnya, kemudahan kredit kad. kalau kita pandai gunakan kita akan dapat banyak manfaatnya. Sebaliknya pula kalau kita ni cuma pandai guna tapi tak pandai manfaatkan kemudahan kad kredit ni.



Bila bercakap tentang kad kredit, akan ada juga pendapat yang timbul pasal kad debit. Mungkin ada yang dah pernah guna, mungkin ada yang selalu guna, mungkin juga ada yang langsung tak tau debit kad tu apa. Tak pernah guna pun..
Untuk yang tak tau atau kurang pasti, debit kad ni mempunyai fungsi yang sama macam kad kredit juga. Ada juga service provider sama ada visa atau master card. Apa yang bezakan antara kedua-duanya adalah yang satu tu digunakan secara berhutang, manakala yang satu lagi, kalau tak ada duit dalam akaun, alamatnya swipe 100 kali pun transaction tak berjaya.
Kelebihan kedua-dua kad ini adalah kita tak perlu nak bawa duit yang banyak untuk berbelanja. Asalkan ada premis/kedai yang pamerkan tanda visa/mastercard, kedua-dua kad ini boleh digunakan. Mudah dan selamat.
Bagi yang suka berbelanja tapi liat nak membayar, debit kad adalah pilihan yang lebih tepat. Kita tidak akan menghadapi masalah perlu membayar hutang apabila cukup tempohnya. Begitu juga bagi golongan yang takut nak berhutang, debit kad dapat mengatasi keperluan membawa wang yang banyak sewaktu membeli-belah. Cuma, harus diingat kad debit ni biasanya tetapkan jumlah had berbelanja dalam sehari. Jadi, sebelum shopping tu, pastikan set limit dulu berapa yang boleh dibelanjakan daripada akaun tersebut.
Kad kredit juga banyak kelebihannya, antaranya kalau kita terdesak tiada cash pada masa tersebut. Bolehlah kita guna kad kredit. Bukan itu sahaja, ada juga ditawarkan mata ganjaran (points) kalau kita menggunakan kad kredit ni. Jadi, disamping berbelanja, boleh juga mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukarkan kemudian.
Sungguhpun banyak kelebihan, saya juga pernah menghadapi masalah sewaktu menggunakan kad debit ni. Antara masalah yang berlaku adalah bila offline dan transaksi tidak berjaya. Ini berlaku terutamanya pada waktu malam atau di stesyen minyak. Pengguna juga mesti sentiasa menyemak amaun yang dicaj ke dalam akaun adalah amaun yang sepatutnya. Ini penting terutama sewaktu menggunakan kad debit untuk mendaftar masuk di hotel. Amaun yang perlu didahulukan dengan amaun yang dikenakan mungkin berbeza dan boleh menyebabkan kita dicaj sebanyak dua kali.
Apa yang pasti, saya rasa kedua-duanya sama penting. Kad debit dan kad kredit. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita gunakan untuk kemudahan kita dan bukan untuk menyusahkan kita di masa hadapan.





No comments:

Post a Comment