Sebenarnya di Malaysia ni banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Sama ada kita nak ataupun tidak je. Kos pun tak lah mahal sangat.
Mengambil peluang cuti Thaipusam n Hari Wilayah, kami sekeluarga telah berkunjung ke rumah Mak Nora. Perjalanan dari rumah ke Kapar lebih kurang 1 jam. Bertolak jam 12 t/hari, dalam pukul 1 dah sampai kat rumah mak nora. Sebelum tu singgah sekejap kat pekan kapar sbb ada org mengidam nak belanja kitaorang semua Pizza Hut.
Lepas berehat n solat, perjalanan ke Kuala Selangor pun bermula. Sebenarnya bukan tak pernah pergi ke Kuala Selangor, cuma setiap kali pergi cuma lalu je sebab pegi pasar Pasir Penambang beli bekalan ikan.
Destinasi pertama, Pasar Pasir Penambang la. Pasar ni letaknya selepas bandar Kuala Selangor selepas jambatan. Kalau dari arah Teluk Intan, sebelum sampai Bandar KSelangor akan jumpa pasar ni dulu di sebelah kanan. Harga ikan dan makanan laut kalau nak dibandingkan dengan di KL takde la beza sangat pun. Yang bezanya pilihan yang ada dan juga kesegaran ikan-ikan yang dijual. Sayur-sayuran memang bukan pilihan sebab kebanyakkannya dah layu.
Habis membeli belah di pasar, kami singgah di Bukit Malawati. Istimewanya di sini sebab ada TRAM. Untuk naik ke atas bukit, sama ada kita kena panjat bukit, atau naik Tram. Kenderaan awam tidak dibenarkan naik pada hari minggu. Dah lama tak naik tram. Sampai di atas, banyak monyet yang jinak dah menunggu untuk diberi makan. Walaupun tak menyerang orang, tapi agak bahaya juga bagi yang sedang pegang makanan sebab kalau tak diberi monyet akan panjat ke badan orang tersebut.
Di atas bukit Malawati juga ada Muzium Kuala Selangor dan Rumah Api yang siap dibina tahun 1907 lagi. Malangnya tak boleh masuk tengok apa yang ada dalam Rumah Api tu. Rasanya kalau dikenakan bayaran pun, akan ada yang sanggup bayar untuk tengok apa yang ada dalam rumah api. Kat muzium pulak, ada disediakan sejarah pasal Kuala Selangor yang pernah jadi pus at perdagangan terkenal selepas Melaka suatu masa dahulu.
Penat berpusing-pusing melihat pemandangan dari atas bukit, kamipun turun. Pemandu tram macam tak peduli keselamatan penumpang bila memandu terlalu laju. Harap-harap MDKS dapat pantau perkara ini.
Desinasi seterusnya adalah medan ikan bakar untuk mengisi perut yang dah berkeroncong... Mak Nora bawa kami semua pegi makan seafood kat Aroma Ikan Bakar yang terletak kat Jeram. Memang sedap dan murah. Bayangkan, untuk 6 orang dewasa dan 5 kanak-kanak cuma RM150 sahaja!. Kami bukan makan setakat nasi goreng, sebab dah lama tak makan diluar, ayah belanja makan yang sedap2. Kami order Ikan Jenahak masak 3 rasa, Ikan kerapu masam manis, sotong goreng tepung, kerang bakar, sup ekor, kerabu mangga, telur bestik, sayur campur, air buah oren dan tembikai, sayur cendawan goreng, sayur kangkung ikan masin dan nasi putih. Semuanya untuk R150 sahaja. Lain kali kalau nak makan seafood sure kami datang lagi. Sayang takde steamboat kegemaran kami.
Dah penat dan kekenyangan, kami balik kerumah mak nora. Mandi dan berehat. Pukul 10 malam baru bergerak balik kerumah..
No comments:
Post a Comment