- Hari ini 23 Januari 2010. Mulai hari ni aku berjanji pada diri sendiri tak akan gunakan kad kredit untuk sebarang urusniaga. Kad kredit akan hanya digunakan kalau duit langsung tak ada untuk pergi hospital dan mestilah cepat-cepat dibayar once ada duit. Satu transaksi credit card akan kena denda satu hari tak boleh pakai kredit kad.
- Hari Pertama - Pegi habib jewel Alpha Angle untuk tindik telinga oyin. Bawa gelang emas lama yang memang tak pakai utk trade in dengan anting-anting oyin. Dapat lebih RM600. Anting-anting Rm200, RM400 guna buat SHOPPING!. hu best nyer.., Yang penting tak guna kad kredit. Kad debit je guna. Hari ni kira berjaya!
- Maklumat tambahan - Cash in hand ada about RM60 sahaja, cash available in bank ada RM870 sahaja untuk sehingga gaji bulan Jan 10 nanti.
- CC O/standing balance @ 24 Jan 10 - RM7,920 - kita tengok nanti apa jadi dengan balance o/s ni nanti.
- Hari Kedua - 24/1/2010
- Setakat pukul 7.00pm masih lagi berjaya tanpa kredit kad. Tadi pegi shell beli air utk staf yang siapkan kemas untuk pindah pejabat habis RM62. Itupun short RM1 sebab mereka tak terima kad walaupun debit kad. Nasib baik ada seorang brader kalindan lori cbb 3669 (kalau tak silap) yang baik hati mensponsor rm1 tu. God bless you!. TQ very much!....
- So as @ 10.00pm 25/1/10, cash in hand RM0, cash in bank RM870 and CC balance RM7,920.
- Wish me luck!
- Hari Kedua BERJAYA!.. Yahoo.......
HARI KETIGA - 25/1/2010
Hari ni hari gaji. Mengenangkan banyaknyer komitmen yang ada, rasanya duit gaji tu cuma lalu je kat dalam akaun. Lepas tu semuanya habis..
Nway, @ 5.00pm masih lagi berjaya tanpa CC. Cash in hand ada Rm8 (minta ayah) hahaha..., cash in bank RM870+gaji (biarlah rahsia). CC Balance RM7,920.
Payment made today cuma gaji kakak je (inipun rahsia...). Semua bil bulan ni dah bayar, tinggal tunggu bulan depan utk bayar Kereta dengan ASB Loan.
Mulai bulan ni juga kena start simpan RM100 utk budget raya bulan 9 nanti.
Maklumat tambahan Cash in hand RM250, cash in bank RM1,600, CC balance RM7,920.
HARI INI BERJAYA hidup tanpa kredit kad!. Semoga esok pun sama...
HARI KEEMPAT - 26/1/2010
Hari ni tak berbelanja apa pun. Pegi desa pandan dan telah berjaya mengawal nafsu drpd membeli belah.
Hari ini berjaya hidup tanpa CC. Alhamdulilah..
HARI KELIMA - 27/1/2010
Sementara tunggu oyin habis kelas kat T Midah, pegi tesco g cari barang dapur n tidbits. Habis RM70 jg.., Layan oyin makan donut kat big apple pun bknnya murah.. sekali sekala blh la... Chk akaun, duit rmh dah masuk tapi pada masa yg sama legal fee tukar dr master title ke individual title pun kene bayar jg. Hmmm... duit sewa cuma lalu kat dlm akaun je la lepas tolak legal fee dgn installment rmh. Takpe la. Ini utk oyin.
So far dah 5 hari. Masih BERJAYA lagi tanpa CC. Alhamdulilah..
No comments:
Post a Comment