Masa oyin lahir bulan Jun 2004 dengan berat cuma 2.14kg, rambut dia lurus, lebat dan menegak. Gelap pulak tu kulit dia. Lebih kurang sebulan lepas lahir, mama n ayah buat akikah seekor kambing untuk oyin kat kg mak mbah. Esok harinya terus kami cukur habis rambut dia. Tapi bukan ayah/mama yang buat, ada seorang bidan kg nama Mak Nyai yang tolong buat.
Lepas dicukur dan dibotakkan, rambut oyin memang lambat sangat tumbuh. In fact, sejak lahir sampai sekarang, tak pernah cukur pun.. Semakin hari, rambut oyin jadi makin cantik sebab curly halus secara semulajadi. Mungkin memang keturunan kot sbb kebanyakan kakak/abg sepupu dia yang cukur rambut lepas lahir semuanya berambut kerinting. Punya lah ramai yang jelouse dengan rambut oyin ni. Setiap kali berjalan, ada je yang menegur puji rambut dia cantik. Mama pun rasa sayang nak potong.
Tapi yang jadi masalah nyer, susah nak bela. Belum pandai nak sikat sendiri. Kalau mama sikat kan, sikit-sikit dah mengamuk x nak sebab rasa sakit kepala dia kena sikat rambut. Ending up sikat sekali sekala je. Walaupun jarang disikat, rambut dia still nmpk maintain dan cantik. Ceh, bangga diri la pulak mama ni. Kakaka...
Sebab dah 5 tahun lebih tak pernah potong, memang nampak cantik la tapi menjadi semakin susah nak disikat. Oleh kerana jarang dibela, ditambah pulak dengan faktor cuti sekolah. Pegi berjalan la, sedara mara datang la, balik kg la, jumpa ramai orang, rambut oyin telah didatangi oleh tetamu tak diundang aka kutu. Menjerit mama tengok kutu oyin.. Ini semua berlaku masa cuti sekolah bulan Disember 2009.
Sejak tau oyin ada kutu, bermula la rutin baru mama bila balik keje.. Cari kutu la apa lagi... Sebab tak sanggup tgk kutu dan telur yang semakin membiak, mama pujuk oyin utk potong rambut. Mula-mula potong sampai paras bahu je. Masih ok lagi la sbb masih nampak macam girl. Masa ni mama la jadi hairstylist nyea...
Lepas dari potong kali pertama, pakai ubat kutu, rupa-rupanya susah si tetamu tak diundang ni nak pergi. Setelah puas memujuk, akhirnya berjaya juga mama bawa oyin g kedai gunting rambut L'oreal kat desa pandan.
"Amoi tu tanye, "macam mana mau gunting?", mama kata sependek yg mungkin tp girl cut. Habis semua rambut oyin!. Sampai oyin malu nak g sklh sbb takut kawan dia kata dia macam boy... Kesian oyin..
Mama kata takpe, sekejap lg panjang la rambut oyin. Mula2 kena gunting oyin pun tak suka rambut dia sbb pendek sangat. mama pun rasa sayang tapi ok jg sbb dah tak payah susah2 nak sikat n bela macam dulu.
Harap2 lepas rambut oyin tumbuh panjang nanti, rambut dia masih macam dulu juga. Curly...
No comments:
Post a Comment