Thursday, January 21, 2010

Cuti-cuti Malaysia Terengganu




Bukannya tak pernah ke KT. Tapi setiap kali pergi sbb urusan kerja, naik flight, pegi hotel, keje lepas tu terus naik flight semula. Jadi, cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga telah berkunjung ke ibu negeri terengganu darul iman. Percutian kali ini turut disertai oleh mak long, kak long dan juga oji. berjaya jugak kitaorang meracun fikiran mak long untuk stay seminggu kat rumah kl n ikut kitaorg ke KT. hahaha..



Perjalanan bermula selepas waktu isya' dalam pukul 9.00 malam 24 Disember 2009. Christmas Eve la. Rasa letih juga sbb siang keje, malam travel. Tapi seronok sbb oyin ada kawan, jadi dia tak kacau mama sangat. BTW akak tak ikut sebab dia g jumpa marka dia kat JB. Half way perjalanan berhenti kat RnR Temerloh. Semua pakat tido je sebab dah mengantuk. Sampai kat rumah mak ipah dlm kul 1 pagi.

memandangkan ini cuti-cuti mesia, takde la rush. pagi dalam kul 10 baru gerak dari kemamang menuju ke KT. Pemandu pelancong tak bertauliah 3 beranak pon ikut sama. Cantik pemandangan dari Kemaman ke KT ni sebab lalu tepi pantai. Oyin paling excited masa lalu kat bandar emas hitam, Kerteh sebab tengok kilang-kilang pemprosesan minyak yang siap keluarkan api dari cerobong. Mengganga kejap mulut dia. Memang menarik pemandangan kat kerteh ni sebab nampak moderen la berbanding bandar-bandar lain di t'ganu. Yang tak berapa best nyer pulak, xde shopping complex nak menyoping. tengok-tengok je la.

B4 sampai kat KT singgah sebentar di Nor Arfa Batik. Apa lagi, beli baju batik la.. Nasib baik ada syiling peruntukan, kalau x alamatnya ...


Sepanjang perjalanan nampak laut biru memang tak bosan. Lain kali nak pegi lagi n stay semalam dua kat chalet tepi pantai yang cantik tu.

Sampai kat pantai (tak ingat nama, seberang takir kot yang dekat dgn stadium sukan air) makan tengah hari. Oyin sangat teruja sbb nampak layang-layang. Nasib baik ada kawan n ayh utk layan dia main layang2. Bkn budak2 je, kak izzati pon main jugak layang2.


habis main layang2, g round bandar KT n ke pasar payang. Pasar ni macam pasar larkin kat JB la. Cuma kebanyakan yang dijual selain brg2 makan adalah produk berasaskan batik. Since dah membeli dan membelah di Nor arfa tadi, g pasar payang jalan-jalan je la. Ramai sangat orang, susah nak buat pilihan.

OTW balik, singgah sat kat masjid terapung. Masjid cantik, banyak ikan plk tu kat dlm sungai. Tapi xde pulak org jual makanan ikan/roti. tak bolehlah kitaorg bagi ikan makan. apapun toilet utk kemudahan pengunjung kat situ mmg kelas la. Kira standard toilet kat KLCC. tahniah utk pengurusan masjid/kem pelancongan/penyedia kemudahan. yang tak berapa bestnye, kat sungai tu ada sampah yang agak banyak juga la.

Penat melancong, singgah sebentar di Kelulut membeli keropok lekor. Memang sedap kepok dia. tak macam yg jual kat KL ni. Apa nak buat, ikan mahal...

Sampai semula kat rmh mak ipah dah kul 8 malam. Penat...

last day di Kemamang, g cari kepok utk di bawa pulang. Petang dalam pukul 6 kami pu bertolak balik sbb mak long dah tak sabar nak tgk rumah dia di Kota Tinggi..

Semoga tuhan bagi kesihatan yang baik dan murah rezeki tuk pergi melancong lagi nanti. Amin....





No comments:

Post a Comment