Friday, January 15, 2010

AKU SEBATANG AISKRIM

Kissah ini ditujukan untuk tatapan oyin. Oyin suka sangat dengar cerita ni dalam kereta otw nak balik kampung. Baca la ya...

Aku sebatang aiskrim. Namaku Aiskrim Strawberry. Badanku berwarna merah jambu @ pink. Aku dilahirkan di dalam sebuah kilang yang besar. Selepas aku lahir, aku nampak mama, ayah dan rakan-rakanku yang lain. Kami semua ditempatkan di dalam bekas yang sangat besar dan sejuk... Ada aiskrim coklat, mango, milo, kacang, oren dan berbagaibagai lagi aiskrim yang lain... Hatiku berasa sangat gembira kerana dapat bermain bersama-sama rakanku dan mama serta ayah.

Pada suatu hari, kami semua telah dimasukkan kedalam sebuah kotak yang besar. Aku ketakutan dan menjerim MAMA, MAMA, MAMA... Mama berkata " ada apa sayang?, jangan takut, mama kan ada ni...". Aku sangat bersyukur kerana aku, mama, ayah, rakanku oren dan coklat, dimasukkan di dalam kotak yang sama.

Tidak lama kemudian, kami semua rasa kotak yang mengisi kami telah diangkat. Tiba-tiba, aduh panasnya.... Rupa-rupanya, kami telah dibawa dari kilang ke dalam sebuah lori.. Sebab itulah tadi kami berasa panas.. Apakah yang akan terjadi kepada kami?. Ya tuhanku, selamatkanlah kami..

Setelah kira-kira sejam di dalam lori, pemandupun memberhentikan kenderaan dan membuka pintu. Kami terdengar bunyi riuh rendah diluar.. Apakah yang terjadi?.. Rupa-rupanya ada rakan-rakan yang menjerit ketakutan memikirkan nasib yang akan menimpa kami..

Kami telah dibawa kedalam sebuah pasaraya yang sangat besar. Suasana didalamnya agak nyaman.. Kemudian, kami telah ditempatkan di dalam peti sejuk yang besar. Aku menghabiskan masa yang ada dengan bermain-main bersama coklat dan juga oren..

Setelah beberapa hari, kami telah didatangi oleh seorang lelaki tua, setelah puas pakcik itu meninjau-ninjau, dia telah memilih aiskrim durian.. kami semua merasa sangat sedih kerana kehilangan seorang kawan..

Tidak lama selepas itu, datang seorang kanak-kanak perempuan berambut panjang dan kerinting bersama ibunya... Dalam hatiku, cantik juga mama kanak-kanak ini. Dia seperti sedang berjalan dengan adiknya.

Aku terdengar kanak-kanak itu berkata " Mama, can i eat ice-cream today?".. Mamanya berkata " ok boleh, tapi sebatang sahaja...". Setelah puas kanak-kanak itu berfikir, dia telah memilihku yang cantik ini. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan dan keluargaku.

Sesampainya kami dirumah kanak-kanak berambut kerinting tadi, dia terus meminta kebenaran untuk memakan ais krim. Mamanya telah memberi kebenaran dan apa lagi.. Dia terus membuka bajuku dan memakanku.. Tamatlah sudah riwayatku sebagai sebatang aiskrim...

THE END....

1 comment: