Thursday, January 14, 2010

Menulis Wasiat

Setelah sekian lama menyimpan hasrat nak buat wasiat, baru semalam terbuka hati nak buka website amanah raya bhd n mencari info macam mana nak buat wasiat. Ingatkan susah n mahal, rupanya murah je.. RM350 je. Tapi masalah problemnyer nak cari supporting dokuments yang banyak utk di simpan oleh ARB. Try la buat secara online, banyak pulak yang x faham. tapi lepas call service centre ARB n dapatkan penerangan, xde la susah mana. Manalah kita tau kan.. kalau tak cuba...

Dengan keadaan sekarang ada anak pompuan yang kucintai, nurin hannani, husband, emak, kakak, adik dan abang, kalau ikut faraid oyin akan dapat separuh drp harta ku yang sedang diusahakan untuk dikumpul, hubby akan dapat suku, lagi suku tu untuk yang lain2.

Dengan adanya wasiat, bolehla bagi sebanyak mana pun pada oyin dan bakal anak (kalau ada) n the rest pada yang lain2. Asalkan xde penerima pusaka yang x berpuas hati, wasiat tu akan dilaksanakan macam yang kita rancangkan. Jadi sekarang ni yang penting adalah kumpul semua dokumen yang ada, n terus pegi ke amanah raya untuk buat wasiat sebelum terlambat...

Since dah nak buat wasiat, kene letak sekali penjaga utk oyin since dia masih di bawah umur.. First, ayah dia la. Lepas tu mak mbah oyin.

Jika ada yang membaca artike ni dan mempunyai harta, jangan lupa utk buat wasiat... Kita tak mahu susahkan anak kita masa kita dah x ada nanti... Dah la kasih sayang kita dah tak dapat bagi, at least kita dapat mudahkan dia menjalani hidup seharian tu pun dah kira ok la kan..

3 comments:

  1. Alhamdulilah, selepas kali pertama berhajat menulis wasiat, akhirnya pada bulan September 2011 mama telah berjaya menulis wasiat di Amanah Raya Berhad. Kalau satu hari mama pergi dulu, pergilah ke Amanah Raya Berhad. Mama dah bukakan jalan untuk awak supaya tak susah bila mama dah tak ada nanti.

    ReplyDelete