Friday, January 15, 2010

Sistem Filing di Rumah


Adakah anda pernah menghabiskan masa berjam-jam cuma untuk mencari sehelai surat penting?. Atau tercari-cari kat mana letak pay slip dua bulan lepas?.










Kalau orang tau mesti ada yang kata poyo amat minah ni. Aku still simpan slip gaji n offer letter masa keje Zalghani & Co n Maybank. Itu dah dekat 10 tahun tu. Considering aku keje kat Z&CO dari tahun 2000 smpi 2002, MBB dari 2002 smpi 2005. Kalau payslip masa keje gomen ni jangan cerita la sure punya ada. Agreement pinjaman boleh ubah dengan Petronas yang sign disign tahun 1997 pun ada lagi. Lawak giler.. rasa sayang nak buang dokumen-dokumen ni. Lagipun kalau ikut Income Tax Act kena simpan at least 6/7 tahun. Aku cuma buang bil-bil masa duduk rumah sewa dulu n card credit yang dah tutup. Itu pun setelah dokumen tu dishred (betul ke eja?) supaya takkan ada orang yang boleh baca.


Macam mana aku buat?. Senang jer sebab dah maintain cara ni bertahun-tahun lamanya.


Pertama

kalau x ada ring file, pegi la c4 ke, jusco ke, sogo ke, the mall ke, beli la ring file dulu..




Kedua

Buat pengelasan. Macam aku buat beberapa file.


1. fail bil


2. fail hutang (sebagai peringatan supaya x kumpul hutang banyak2.) Terutamanya credit card.


3. rumah (kalau banyak rumah, lagi byk la fail tu sbb satu rumah satu fail)


4. Insuran


5. Kereta (satu kete satu file)


6. Kewangan (ini utk simpan slip/baucer unit trust n share market)


7. perkhidmatan (ceh mentang2 keje gomen) - masukkan la offer letter, slip gaji, bonus etc pasal employment la


8. income tax


9. anak - untuk simpan hasil2 kerja dan keras tangan oyin sejak dia masuk tadika


10. pelbagai - ala2 korporat la..



11. Buat la file-file yang lain mengikut kesesuaian...



ketiga



Kena la rajin menyimpan di dalam file. Untuk elak hilang, gunakan juga konsep kotak kasut @ drawer. Tak payah la hari-hari buat filing, bila rasa ada mood baru buat. Selesai dua masalah, satu surat menyurat senang nak cari n tak hilang dan dapat bantu kurangkan beban kewangan.




Rasanya dari start keje dah maintain sistem macam ni. Sebab tu payslip masa keje z&co pun masih ada lagi. hahaha...








1 comment: